KAD RAYA UNTUK PEMBACA SETIA BLOG PUTERI

Assalammualaikum...
Salam Ramadhan dan Salam Lebaran buat sahabat-sahabat blogger yang setia menanti setiap entry yang ditaip oleh saya setiap bulan. Memandangkan sejak sambung belajar ke menera gading, tak banyak masa nak update entry terbaru walaupun dah banyak kali cakap nak update macam-macam tapi tak terupdate hehehe...

Okey sempena beberapa hari lagi nak sambut lebaran hari kemenangan umat Islam, kali ini saya nak mengambil kesempatan untuk mengucapkan " Salam Aidilfitri Maaf Zahir & Batin". Seandainya saya ada terkasar bicara dalam menutur beberapa artikel di blog ini harap dimaafkan, segala yang baik ambil teladan segala yang kurang di mata harap dimaafkan dan ditegur secara berhikmah hendakNya. Saya insan biasa ada kekurangan dan kelemahan tersendiri =).

Di sini saya nak kirim kad hari raya buat semua pembaca setia, nak ambil buat kenangan ambillah copy+paste+share=save image as?? hehehe


Sekian, Wassalam =)

PROGRAM PERTAMA ALUMNI PRA-U

Assalammualaikum
Fuhh dah lama tak update apa-apa kan? Haha mood sedang bermalasan untuk meng update apa-apa sebenarnya. Okey nak update yang the latest program cuti-cuti sem nie dengan berbakti untuk sertai program alumni SMKAS. Pada 2 ogos 2012 yang lalu, secara tidak langsungnya aku terlibat dalam program nie disebabkan kebosanan terlampau duduk di rumah yer..Tak pasal-pasal aku terkait dijadikan AJK dalam Program pertama kalinya untuk bekas-bekas pelajar Pra-U SMKAS julung kalinya. So jom tengok beberapa keping gambar yang tak berapa jelas hahaha...


















Secara rasminya tertubuhlah beberapa orang AJK dan MPP dalam organisasi nie:
Pengerusi: Saudara Salleh Tugimin
Timbalan Pengerusi: Saya sendiri
Setiausaha: Saudari Aqidah Zaini
Bendahari: Saudari Fazlina Ahmad
6 AJK lain:
Amrun Ruzali (STPM 2010) | Nadiah Hazirah (STPM 2011) | Muhammad Arif (STPM 2007) | Faiz Farhan (STPM 2009) | dan ada 2 orang lagi tak tahu hehe
Okey sekian di sini
Wassalam
 

Copyright by © 2013 Studio Puteri Nabilah