MERDEKA TETAP MERDEKA, SOLAT JANGAN TINGGALKAN WALAU SEKALI!

Assalammualaikum...
Apa khabar Iman anda hari ini? Cukup sudah solat kita hari ini? Kalau cukup Alhamdulillah iman anda semua sudah terpelihara. Mudah-mudahan sentiasa dipelihara, Insyaallah. Amin Ya Rabb...

Sekian lama tak menulis hari ini tertarik dengan satu berita yang mengejutkan dan paling dikesali. Baca kisah di bawah ini:

"Sebentar tadi (jam 9.00 pagi) saya menonton rancangan Assalamualaikum TV Alhijrah. Ada ibu kpd seorang pelajar menelefon secara langsung mengadu akan hal anaknya yg dikerah hadir ke Perhimpinan/Konsert Merdeka (Janji Ditepati) di Stadium Bukit Jalil malam tadi.
Anaknya diarahkan utk hadir ke sekolah seawal jam 11 pagi dan bas sekolah bertolak jam 12 tgh hari. Ibu mengekori bas dgn kereta sendiri. Si Ibu kesal kerana anaknya dan semua pelajar tdk dapat solat Jumaat. Sesampainya di Bukit Jalil Si Ibu melihat ramai lagi petugas muslim tidak solat Jumaat. Solat Asar dan Maghrib juga hanyut.
Mungkin tdk menyangka panggilan sebegitu, penerbit ‘Assalamualaikum’ tdk sempat memutuskan talian namun cepat-cepat Ustaz Izhar yg mengendalikan slot itu memotong percakapan Si Ibu tadi dengan alasan masa tidak mencukupi. Tapi dah terlambat, seluruh Malaysia yg menonton rancangan itu sudah tahu perkara yg sebenar.

MERDEKA! MERDEKA!
copy dari Tetuan MediaIslam"

Astaghfirullah hal azim, saya bukan nak memburukkan sesiapa, tapi sila ambil berat soal ini, iaitu soal SOLAT! Anda semua Islam, saya harap bukan Islam yang ada pada Kad Pengenalan anda tapi dalam jiwa anda juga.

Kalau soal ini sememangnya rakyat bersuara tegas terhadap pemimpin negara supaya terima teguran ini, supaya tidak berulang kembali untuk mengabadikan kenangan merdeka negara kita dengan mencemarkan agama agung kita ISLAM! Saya sangat terkilan pabila pihak yang bertanggungjawab tidak mengambil berat soal ini. Memang cakap memang mudah, nak cari pahala cari sendiri, tapi ingatlah jangan sampai ajak anak-anak atau orang-orang lain tidak dapat menunaikan kewajipan mereka, saya tidak anti sesiapa di sini ingin menegaskan sekiranya nak laksanakan Islam tegaskan soal solat, solat terjaga iman terpelihara insyaallah akhlak kita juga baik....Sekarang Allah sudah buka aib, sehingga ramai rakyat Malaysia yang menonton rancangan tersebut ketahui, itulah Allah baru beri peringatan sedikit, teguran dengan perantaraan seorang ibu yang kesal terhadap perkara tersebut.

Seperti mana ada salah seorang mahasiswa juga mengeluh kekecewaan terhadap perkara tersebut:


So, anda nilaikan sendiri, bukan nak burukkan sesiapa tapi tolong upgrate kan apa yang ditegur itu, kita tak naklah berbalah sesama sendiri, by the way ini bukan hal kecil yang patuh dipandang enteng, ingat yer soalan pertama yang bakal kita ditanya adalah SOLAT!! Tolong ingatkan sahabat-sahabat semua solat tiang agama, tanpa solat kita siapa? Kita sama sahaja dengan orang bukan Islam....Ingat-ingatkan....jangan berbalah pula kita saudara sesama Islam, tolong upgrate kan nilai-nilai Islam dalam setiap program.....tolonglah~~
Sekian wassalam.....

1 Comments:

※ Najia Idrina ※ said...

Ish boleh sampai macam tu...? tak perlu kot paksa buat twitter kalau just nak Hashtag yg mereka buat trending kat twitter smpi catat rekod? OHHHHHH, Teruk lah.

 

Copyright by © 2013 Studio Puteri Nabilah