SUSAH KALAU SEMUA NAK JADIKAN POLITIK

Assalammualaikum wbt


Sekian lama tidak menaip sebarang artikel menjadikan blog ini kurang seri tuannya yang suka berceloteh. Hari ini tergerak nak menaip disebabkan "sentap" dengan statement yang mengatakan aku seorang yang famous rancak dibicarakan sebagai kuat berpolitik. Dalam hidup aku tak pernah terfikir nak jadi salah seorang ahli politik pun.

Tragedi join modul 4 kat uitm pheww amek kau kena sekali sentap nama kena umum depan ramai tapi not bad laa coz just budak fakulti aku je yang join time tu so tak ada perasaan malu sangat pun laa kan. Untuk pengetahuan semua yang kenali diri inilah kan, yang sebenarnya saya ni bukanlah anti sangat kerajaan tapi bila benda salah memang patutlah ditegur. Tapi masalahnya pernah ke pemimpin kita ni nak dengar apa teguran dari rakyat jelata? hurmmm that's why menjadikan aku tidak puas hati. Salah ke aku sebagai seorang pelajar sekalipun nak bersuara? Dah tu apa function Allah bagi mulut untuk bicara, telinga untuk mendengar, mata untuk melihat anggota badan untuk bertindak? So apa function aku hidup kalau semuanya tak ada makna nak mempertahankan? Sudah tentu dalam Al Quran telah membicarakan bahawa manusia di hidupkan adalah untuk menegakkan kebenaran Islam, bukan memperkotak katikkan!

Aku tak tahu kenapa ditakdirkan masuk ke UITM, hurmm...mungkin ada hikmah....sebab macam-macam ujian aku dapat bila masuk UITM. Sebab ikutkan UITM ada tempat terakhir di hatiku...huawaaa!!! Tempat utama di hatiku semestinya UIAM | USIM |UKM |UNISZA dan di MESIR!! Arghh....teringin nak belajar agama balik...tapi belum ada rezeki untuk belajar secara teori...mungkin perlu mencari andai ingin mendalami lagi.

Haishh...rindunya zaman sekolah dulu...tak masalah nak fikir sangat kan, tapi sejak usia dah cecah 21 tahun nie macam-macam kena fikir sebab semakin lama tanggungjawab semakin tinggi, lagi-lagi tugas sebagai seorang khalifah di muka bumi ini...okeylah malas nak cakap panjang bosan nak cakap pasal politik kotor...
sekian wassalam
 

Copyright by © 2013 Studio Puteri Nabilah