HAKIKAT TUDUNG LABUH

Assalammualaikum wbt.

Teringat sejenak, waktu mula-mula menjinakkan diri dengan tudung labuh.

Dapat tawaran Form 4 di SMKA Segamat [2007] - Rasa diri tak layak, siap tanya pada ibu, macam mana nak makan kalau tudung labuh sangat? Nanti kotor sana sini. Time tu labuh bukan kemain masa mula-mula masuk. Rasa nak tergelak bila teringat semula. Bila pakai tudung labuh, badan nampak macam gemuk dan besar. Sebab kalau pakai tudung labuh mesti kena pakai baju labuh, besar dan tak jarang.

Pertengahan Form 4 - Tudung labuh yang bukan kemain tu di adjust semula jadi standard size macam budak-budak lain. Tapi kat sekolah je pakai tudung labuh jenis bulat tu sebab peraturan kan. Kat luar sekolah je terus terbang tudung labuh ganti tudung bawal yang jarang bidang '45 tu. Masa tu tak rasa lagi kenikmatan tudung labuh. Stoking dan stongan jangan harap nak pakai, kira ikut trend budak-budak kat sekolah jugalah.

Form 5 - Dah jadi senior, kena jadi contoh kononnya, masih jadi budak skema time tuh. Stoking dan stongan mula jadi rutin, tapi kat sekolah ajelah. Keluar je pagar sekolah jadi budak biasa. haha. Suatu ketika berfikir, sampai bila nak jadi macam 'chipsmore'? Kejap macam ni, kejap macam tu, takde identiti tersendiri. Bukan mudah nak jadi baik. Semua bermula dari hati yang bersih sebab mudah nak terima. Masa umur budak-budak macam tu, antara anti-couple juga. Masa tu diperangi oleh kata-kata senior yang tak sukakan cara pemakaian pelajar perempuan batch kami yang semakin singkat dan tak mengikut tatacara pemakaian tudung labuh sebenar (ukurannya bawah siku, bawah pusat, bawah punggung) dan tidak memakai stoking selepas keluar dari kawasan asrama puteri.

After SPM - Mula membeli bawal bidang '60. Rasa pelik. Rasa janggal tak payah cakap, tapi Alhamdulillah ramai kawan-kawan support dan suka. Masa tu, terfikir nak terus berubah sebab tengok ustazah pakai tudung labuh cantik, ada kawan pakai tudung labuh bawal cantik sangat-sangat, dan terjatuh cinta pada tudung labuh bawal ye masa tu. haha. Jadi terikut-ikut lagi time tu. Bila dah tamat peperiksaan, mula bertanya pada diri, segan pula nak jumpa kawan lama, mesti ramai terkejut kalau pakai tudung labuh, semua nanti panggil aku ustazah. Tak sukalah. Masa tu rasa rendah diri dengan tudung labuh, tapi Allah jaga hati ini bila Allah tunjuk lagi sahabat-sahabat yang bertudung labuh itu sangat cantik! Jadi semangat semakin kuat.

Form 6 - Bila pakai tudung labuh, terfikir pula soal jodoh. Masa ni ramai dah couple. Rasa diri tak ada sesiapa yang suka pada aku. Hakikatnya ada. Tapi masa tu masih mengekalkan trademark sendiri untuk tak nak couple until nikah. But, masa inilah dugaan hati dinodai. Allah uji dengan ujian cinta zaman remaja. Masa ini 2 kali kecewa dihadapi dengan cinta sebelum nikah. Pada mulanya memang kecewa dan berputus asa yang teramat sehingga rasa tak nak hidup. Tapi Allah Maha Mengetahui, bukan setakat ujian cinta dan ujian hati diduga, tapi diduga dengan sektor kejayaan dalam peperiksaan tidak mampu dikecapi. Memang berputus asa paling dahsyat dalam hidup. Alhamdulillah dikurniakan ibu bapa yang sangat memahami, merekalah penguat saat suka dan duka. Hanya mereka tahu siapa yang pernah hadir dalam hidup ini dan pernah melukai hati ini dan pernah permainkan perasaan puteri mereka ini. Mereka kenal setiap lelaki yang pernah hadir dalam hidup puteri mereka, terima kasih duhai ayah dan ibu, dikaulah sahabat dikaulah permata dunia akhiratku.

Pelajar UiTM - Bukan mudah nak jaga hati supaya istiqamah sekiranya tidak dijaga dari awal. Setiap dugaan dan ujian yang Allah hadir sebelum aku jejak ke menara gading inilah mengajar aku jadi lebih kuat dan jadi lebih mengetahui apa yang terbaik dan apa yang terburuk andai aku lakukan sesuatu tanpa berfikir terlebih dahulu. Bertudung labuh di universiti, tiada rasa pelik dan jelik pun dalam hati, sebab ku lihat ramai juga di kalangan pelajar universiti berpakaian seperti aku, tapi mereka lebih bagus. Adakala aku akan jadi cultural shock. Al-maklum terbiasa sudah suasana islamik dan tarbiyah di bumi SMKAS, tiba-tiba suasana jadi lain bila mana tiada islamik dan tarbiyah lagi untuk mendidik diri ini, semuanya kena cari sendiri, lagi-lagi "Usrah", memang taklah uitm nak sediakan. Jadi akan rasa kekosongan juga di situ. Dengan tudung labuh inilah yang membuatkan aku berfikir banyak kali untuk jaga diri, konon jaga ikhtilat tapi perkara itu juga aku tidak mampu lakukan. Seringkali bergurau senda dengan yang bukan muhrim, sering mengada-ngada juga, sering galak ketawa, sering bermain-main dengan lelaki. Susahnya nak jaga diri ini andai tiada siapa yang mengingatkan, Ya Allah aku rindukan sahabat-sahabat perempuan yang banyak mengajar aku cara jadi wanita yang tidak dipandang lelaki, tapi aku tidak mampu lakukan keseorangan, aku perlukan seseorang yang mampu bimbing aku. Aku juga pernah dilabel oleh pensyarah yang aku bertudung labuh pun berani tiru dalam test, yes masa itu aku tak berani untuk mengaku yang aku tak pernah tiru, sebab sebelum aku bertudung labuh dahulu pun pernah meniru, dan sekarang juga pernah meniru, tipu dan bohonglah kalau semua orang yang bertudung labuh tak pernah buat kesalahan sekecil itu. Kalau aku nak mengaku sekalipun, aku tak akan bersuara kerana itu akan jadi riak pada diri dan lebih baik aku berdiam hanya Allah yang tahu siapa aku sebenar.

Bila tiada sahabat-sahabat seangkatan sepeti di SMKAS, aku cuba bawa diri untuk lebih mendekati Allah. Bukan mudah ya dalam hidup mencari sesuap ilmu agama di dalam kalangan pelajar yang bukan belatar belakangkan sekolah agama dan keluarga yang menitik beratkan soal agama, semua orang ada identiti tersendiri dan aku bersyukur kerana setiap jalan yang aku lalui ini dipandu Allah untuk aku. Aku bersyukur punya ayah dan ibu yang sentiasa mengingatkan anak-anaknya tentang solat, Al Quran dan zikrullah. Aku juga bersyukur punya adik-beradik yang berhati lembut dan mudah berkongsi tentang soal agama. Terima kasih Ya Allah atas kurniaan keluarga paling terindah ini.

Setiap orang ada masa silamnya tersendiri, begitu juga aku. Aku bukan dilahirkan terus bertudung labuh litup, tapi Allah banyak sayangkan aku, bila Allah sayangkan aku, dan aku jaga hubungan aku dengan Allah, Allah akan bantu setiap langkah kehidupan hambanya yang sentiasa meminta bantuan darinya walaupun berulang-ulang kali kesalahan yang sama dilakukan. Jangan pernah tinggalkan Allah, kerana Allah tak pernah tinggalkan kita sedetik saat pun. Subhanallah. 

Sekian Wassalam.

CINTA ITU PASTI KEMBALI

Assalammualaikum wbt..
Bukan mudah nak jadi wanita yang berani menyuarakan hasrat di hati, andaikata menyukai seseorang. Inilah pertama kalinya puteri memberanikan diri menyatakan hasrat di hati pada seorang lelaki. Bukan ingin mengajak untuk bercinta, tapi hanya sekadar luahan jujur dari hati kerana terpikat akhlak yang diberi. Banyak perkara baru puteri dapat belajar dari dia. Bukan sekadar ilmu agama, ilmu perniagaan serba sedikit dapat puteri ketahui. 

Kata orang ibarat perigi mencari timba, tapi itu pepatah melayu, kalau islam ajar, sekiranya wanita itu menyatakan hasrat hatinya kepada seseorang lelaki yang disukai atas dasar agamanya adalah lebih baik. Ini bukan desperate, hanya mahu bertanya sudah berpunya ke belum. Tapi itulah masa yang akan menentukan segalanya.

Hari ini, pertama kali di ajak keluar tapi puteri terpakasa menolak ajakan itu sebab kena juga ikut cakap ibu. Ibu tahu puteri masih ada hati lagi dengan dia. Walaupun dah tahu apa jawapan dari dia, puteri terima dengan redha. Walhal perkara itu bukan mudah nak dilupakan, sebab kenapa, puteri banyak kali doa: "Andai dia bukan untukku jauhkanlah nama dia, apa-apa tentang dia dari ingatan dan hati ini". Tapi semua itu tak terjadi malahan semakin bertambah-tambah, adakah ini mainan syaitan?

Bukan nak jadi alim ke apa, tapi atas ketidak izinan ibu, puteri turutkan, orang kata instinct seorang ibu itu lebih baik didengari daripada dilawan. Ibu cakap kalau puteri pergi juga, ibu takut puteri akan kecewa, mungkin ada hikmah yang baik buat puteri. Mana tahu dia juga sedang menilai sejauh mana akhlak puteri dalam sebuah pergaulan dalam persahabatan. Ya, kita mungkin tak sedar buat masa sekarang, mungkin suatu ketika nanti Allah akan tunjukkan perkara yang lebih baik, yang lebih terhormat, yang lebih mulia disisiNya kelak, mana tahukan? Semua itu kehendak Allah. 

Hati ini walaupun sedang berbolak balik sekalipun, Alhamdulillah Allah utuskan jawapan terbaik dari ibu. Baru terasa lega nak dengar cakap ibu. Sampai bila puteri nak jadi macam selalu kan. Walaupun anggapan sebagai kawan, tapi perasaan malu dan segan itu lebih dari segalanya. Mungkin bukan sekarang ditakdirkan untuk berjumpa, biarkan masa yang menentukan segalanya. Insyaallah.


Mungkin puteri perlu perbaiki diri sebaik mana yang mungkin terlebih dahulu, akan datang sesiapa yang menjadi imam buat puteri akan merasa mudah untuk didik puteri ke arah bersama-sama menjadi yang dicintai Allah dan rasul. Biarkan ianya sakit sekarang, jangan kemudian kelak kita sengsara kerana kesakitan yang kita cari sendiri.

Serius kali ini puteri tak nak ajak ber couple pun just nak bagitahu sahaja hati ini. Walaupun sebenarnya puteri juga belum bersedia untuk menjadi permaisuri di hati sesiapa pun. Cuma perasaan itu sungguh menyakitkan. Andainya dia perasan, maafkan puteri sebab terlanjur berkata. Ya, puteri tahu kita berkenalan atas dasar sebuah persahabatan. Tapi tipulah kalau sedetik masa pun tak pernah rasa suka atau sayang kalau dah rapat. 

Apa-apa pun sekarang puteri hanya mampu bertawakal sahaja, sebab rasa serik untuk mengatakan perasaan itu lebih menyakitkan. Okey untuk hari ini sahaja hanya perkara hati dan cinta di layankan. Maaf kalau cerita kali ini agak membosankan. Tapi inilah diari puteri untuk menulis apa yang puteri rasakan saat ini. Maafkan puteri sebab tak dapat jumpa or keluar bersama makan and borak-borak. Sebab my mom tak bagi, puteri kena ikut cakap ibu, sebab syurga puteri buat masa sekarang adalah ibu.

Sekian wassalam.

THE MOMENT KL TRIP SEMESTER 5

Assalammualaikum wbt..
Lawatan ke Kuala Lumpur bagi semester ke 5, banyak membuka dan memberi ruang hati dan mata untuk melihat sejauh mana nilai persahabatan nilai pengetahuan itu diungkapkan. Ada yang manis ada juga yang pahit. 

Lokasi 1: Skali Data Center at CST Company, Cyberjaya



Lokasi 2: Jabatan Meteorologi Malaysia, Petaling Jaya





Apa-apa pun biarlah masa menentukan siapa kita akan datang, Sekian wassalam. 

KENAPA KITA DIUJI?

Assalammualaikum wbt..


Salam buat semua pembaca blog puteri. Hari ini menjadi satu hari yang paling mencabar, yang paling membuatkan hati ini rasa terkilan dek sikap manusia yang tak pernah memikirkan hati dan perasaan orang lain. Sukar nak faham kenapa mereka begitu, begini?

Kenapa kita diuji?
Ujian itu satu rahmat. Itu tanda Allah sayang kita. Itu tanda Allah rindu kita. Itu tanda Allah nak kita jumpa dengan Dia. Dalam banyak-banyak bersahabat, yang paling banyak dugaan adalah ketika di alam universiti. 

Teringat lagi kata-kata akak-akak senior SMKAS suatu ketika dahulu di Surau. Mereka seringkali mengingatkan kami adik-adik supaya bersedia apa yang berlaku dan apa yang akan berlaku di luar sana. Kita di sini semuanya bertudung labuh, kita di sini semuanya tahu hukum Allah, kita di sini semuanya belajar secara mendalam ilmu Akhirat. Tapi di luar, banyak cabaran akan mendatang. Akan ada orang tanya macam-macam pada kita, walhal umur kita baru setahun jagung, kenapa? Sebab kita budak sekolah agama. Itu perspektif orang luar. 

Kadang-kadang apa yang diimpikan dari sekolah nak bersama sampai akhir dengan kawan-kawan sekolah agama, sebab kita takkan rasa kosong. Tapi, Allah sendiri ada menyatakan, Allah akan ambil orang yang didik kita untuk jauh dari kita, Dia nak tahu kita lakukan semua ini sebab orang yang didik kita atau kita sendiri buat kerana Allah.

Teringat lagi masa zaman persekolahan, universiti-universiti jenis islamik pilihan pertamaku: UIAM, USIM, UNISZA, UNIVERSITI AL AZHAR...
Tak pernah terdetik langsung pilihan yang kuterima ini adalah buatku...
Tapi aku tak layak di sana hanya kerana Bahasa Arab. Aku redha. Taqdir menentukan aku di sini. Aku terima seadanya.

Kuingat ilmu agama mudah dicari, tapi rupa-rupanya banyak halangan. Nak cari orang soleh, boleh dikira dengan jari tak sampai 10 jari. Kalian aku rindu sangat, aku rindu ukhuwah yang dibina, aku rindu mendengar celoteh kisah-kisah para sahabat, aku rindu mendengar berita-berita tentang akhirat. Aku rindu para ustaz dan ustazah yang seringkali dan tak pernah jemu bertazkirah, kita berusrah bersama, mendengar kepelbagaian ceramah yang meruntun di jiwa. Menitik air mata ini, tatkala di sini, aku perlu terkapai-kapai mencari setitis ilmu agama....sukarnya....tak jumpa...
Tapi, Al Quran membantu aku menjadi lebih kuat. Ya, Allah sentiasa ada buatku, saban malam aku meruntun, memohon agar aku terpelihara, agar aku istiqamah sebanyak mana telah aku usahakan selama ini.

Bukan senang nak berhijrah, bukan mudah nak berubah. satu persatu. Pabila melihat wajah-wajah mereka sahaja, hati ini terus tenang. Tenang sangat-sangat...Terima kasih kerana ilmu yang kalian bagi buat aku kuat di sini...terima kasih sahabat, terima kasih warga pendidik...kalian tetap di
hati.

Duhai ayah dan ibu,
Rinduku pada kalian sangat menggunung....
kalian banyak berpesan saat diri ini terleka, terlalai, terlupa, terabai tentang duniawi....

Benar kata orang, bukan mudah nak jadi baik, jadi baik orang pijak, jadi jahat orang mengata, jadilah yang bersederhana. Sekian wassalam.

YA RASULULLAH AKU MERINDUIMU

Assalammualaikum wbt..
12 Rabiulawal? Masih ingat lagikah kita tarikh istimewa ini? Masih ingat lagikah nama seseorang yang merindui kita suatu ketika dahulu?Sudahkah kita menyampaikan salam rindu dan cinta kita kepadanya? Pernahkah terfikir suatu ketika nanti kita akan bertemu dengannya?

"Umati, umati, umati" Teriakan daripada kekasih kita, kekasih awal dan akhir. Kekasih yang menyanyangi kita seluruh jiwa dan raganya sebelum kita dilahirkan lagi. Pernahkah kita menghargainya?


Terdetik di hati ini, "Ya Rasulullah aku merinduimu". Kerap kali perasaan rindu ini menerjah di hati ini. Mungkin hati ini bukan milik manusia yang dulunya disalah gunakan. Sekarang merasakan rindunya kekasihku yang satu ini. Kekasih yang telah lama merindui umat-umatnya. 


Ya Rasulullah
Salam buat mu duhai kekasih Allah
Kami sentiasa mengingatimu
Wahai penghulu anbia
Ya Rasulullah
Kini tiba detik yang bersejarah
Hari kelahiranmu yang ditunggu
Detik gemilang
Seluruh alam bergembira
Dengan kedatangan dirimu
Bagaikan rembulan mengambang
Membawa cahaya yang terang
Hapuslah segala kejahilan
Musnahlah segala kezaliman
Ya Rasulullah ya habiballah (2x)
Sejarah perjuangan mu
Diingat dikenang kembali
Dijadikan contoh tauladan
Di dalam mengharungi kehidupan
Tabahnya dirimu ya Rasul
Menempuhi dugaan tuhan
Biar pun dicaci difitnah
Semangatmu terus menyala
Akhirnya membawa kecemerlangan
Akhirnya membawa kemenangan
Ya Rasulullah ya habibAllah (2x)


Sekian wassalam.

MEREKA K.A.M.I

Assalammualaikum wbt...
Salam ukhuwah dari puteri. Dah lama tak update sebarang cerita. Apa yang nak cerita ya hari ini? Tak ada apa yang menarik, cuma ikutkan hari ini kena pergi satu program. Tapi nak dijadikan cerita kami tak dapat pergi sebab tak cukup bas. Memang agak bengang, sebabnya penat-penat bangun pagi-pagi semata-mata melanguk kat medan ilmu. Nasib baik tak pakai baju bagai nak ghak. BTW, ada jugalah hikmahnya. Hari ini semua kelas cancel, then bolehlah siapkan segala bagai kerja-kerja yang bertimbun-timbun.....




Semester kali ini SISMA dah ada baju rasmi tersendiri. Baju korporat purple+yellow=black. So let's chek it out our photoshot yang seberapa.





Sekian wassalam. 

OHSEM LIFE!

Assalammualaikum wbt..
Hari ini puteri nak share sepanjang aktiviti semester ke-5. Banyak juga perjalanan hidup yang ohsem! Banyak perkara dapat dipelajari.

Baru-baru ini, puteri bersama kawan pergi buat research seorang tokoh wanita yang sangat ohsem di Kuala Lumpur! Siapa? Seorang ibu, seorang ahli perniagaan, seorang suri rumah, seorang isteri, seorang wanita yang punyai hati yang sangat ohsem! 



Before do the research, we go somewhere yang ohsem juga. Sebuah studio, pertama kali menapak jugalah. Tempat ini dapat kami lawati sebab tempat kerja seorang kenalan kawan puteri (bakal kakak ipar).




Ini juga pengalaman pertama kali bermusafir secara tidak langsung tanpa family atau rombongan beramai-ramai. Sepanjang stay di KL, memang cuak juga tapi disebabkan ada kenalan yang support us tempat tinggal, siap bawa window shopping di Times Square. Naik turun LRT dan Monorail, yeah1 sepanjang seumur hidup inilah yang pertama, jadi agak jakun di situ yerk! haha...BTW, pengalaman ini sangat-sangat ohsem! TQ so much kepada yang sudi berbelanja, sudi bawa jalan-jalan pusing bandaraya KL yang besar itu!

Inilah detik yang bersejarah. Tiada pengajaran sekiranya tidak dibuat, tiada pengalaman kalau perjalanan tak sejauh mana kita melangkah. 

Bermusafir, indah sungguh dalam perjalanan sepanjang bermusafir bersama 4 orang sahabat. Walaupun agak janggal tapi sungguh ohsem! Okeylah itu sahaja coretan kali ini. Sekian, wassalam.

STUDENT LIFE NOWADAYS

Assalammualaikum wbt..
Alhamdulillah bertemu lagi puteri dengan pembaca blog yang setia. Hari ini baru dapat meluangkan sedikit masa menulis cerita tentang puteri menghadapi kehidupan sebagai pelajar tahun akhir. Bukan dapat rest or relax selalu macam tahun pertama dulu-dulu tu. Kali ini amat memerlukan komitmen yang lebih tinggi untuk siapkan kertas kerja projek yang berlambak tu, entah boleh siap ke tidak tu tak tahulah. Sebab memang agak sukar sedikit nak memulakannya. 

Sebelum itu, puteri nak ucapkan "Salam Aidiladha 1434H"! Sepanjang cuti raya + mid term break ni puteri banyak habiskan masa depan laptop untuk membaca subjek-subjek yang bakal test naik cuti nanti. Selain tu, puteri siap buat buku comel untuk subjek-subjek semester ini. Rajinkan? haha actually, rasa seronok bilea tengok buku berwarna-warni dan happy go lucky macam kanak-kanak ribena. Nak post gambar tak sempat nak capture sebab buku tu tak stapler lagi. 

Okey sekarang banyak dah puteri sediakan Study Planner either kat dinding bilik rumah sewa, kat komputer, kalau ada meja belajar sendiri gerenti penuh jadual! 



Memang agak padat. Penuh dengan assignment yang belum dimulakan pun, test yang bakal menjelma, skrip lakonan, masa nak berlakon semua tu perlukan masa. Kalau tak memang pressure tak sudah. Kalau boleh semester kali ini tak nak buat hal, walaupun kadang-kadang bukan mudah nak elak. Cuba menjadi seorang yang lebih penyabar dan cuba untuk tidak mengungkit. Walaupun kadang-kadang tu merungut jugalah. Agak sukar bekerja dalam kumpulan. Sebab kadang-kadang tu tak ada peluang nak berikan idea. Tapi accept jelah daripada berlaku pergaduhan. Even ada rasa tak puas ke tapi apakan daya, kita ni bukannya budak Dean List or Dekan pun, tak pernah pun! Sebab tu orang selalu pandang rendah. It's okey walaupun tahu ada kelebihan yang Allah bagi iaitu soft skill dalam editing dan coding sekalipun, orang tetap takkan nak pandang awak tu siapa kalau tak dapat dean list right? Btw, itu semua dunia semata, puteri study pun bukan sebab nak something special sangat pun. Maybe ini juga satu hobby yang puteri idam-idamkan. Walaupun bukan seorang art designer yang ambil course art and design sekalipun, information system management juga mengajar puteri menjadi seorang yang lebih berinovasi dan kreatif melakukan sesuatu perubahan. 

Islam itukan cantik, indah jadi seni juga ada keindahan dan kecantikannya. Makanya gabungkanlah jadikan ianya sesuatu impak yang maksima. Betul tak? Masalah? Owh itu takkan pernah berakhir, walaupun kita mengelak sejauh mana sekalipun, masalah tetap ada. Apa-apa setiap masalah itu, ada sebab, kenapa kita perlu tempuhi. Kadang-kadang Allah nak uji either kita ni bersabar atau tidak, either kita ni bijak atau tidak untuk pilih dunia atau akhirat. Kadang-kadang puteri terfikir, apa yang puteri ada kalau dunia puteri minta? Apa yang puteri dapat kalau puteri pilih dunia? Kadang-kadang rasa resah gelisah, tak tenang, hidup tunggang-langgang. Tengok baliklah apa yang kita lakukan seharian. Mungkin ada lubang-lubang dosa noda kita dah lakukan.

Okey setakat di sini celoteh puteri, sekian wassalam.

THE MIND OF IT SYSTEM WITH IN THE WORLD IT SYSTEM

Assalammualaikum wbt.
Today, will be the last day for puteri for writing and blogging. It is because today is the last day for puteri the end of my semester break holiday. On 09 September 2013 puteri will studying for the new semester in semester 5. And Insyaallah I will graduate my study on the last month of 2014.

Okey, sebenarnya kali ini puteri nak bercerita tentang semester ke-7 yang akan dialami oleh setiap mahasiswa dan mahasiswi fakulti pengurusan sistem maklumat. Bila tengok job specification and place of their LI/Practical Place membuatkan puteri rasa cuak dan cemas. Bukan setakat tu saja, tapi rasa menakutkan pula untuk menghadapi dunia pekerjaan yang bertemakan IT. Whoaa...memang menakjubkan dan menggerunkan jugalah. 

Most of my best and great senior, tengok cara mereka berkomunikasi dan bekerja nampak macam ala-ala profesional. Tapi bila tengok kat diri sendiri nak sentuh benda-benda teknikal dan komputer, memang agak sukar nak faham items computer tu sendiri. Lagi-lagi bila kena create a system. Memang sangat mencabar! Puteri baca setiap job specification every my senior batch 1st at UiTM Machang degree students, and then puteri monolog sendiri: "Wah, hebatnya tempat diorang praktikal, tapi macam susah aje."


Yes, memang agak runsing bila puteri fikir macam mana puteri nak serasikan diri dengan dunia IT dan berminda IT. Orang akan cakap puteri mahir bab-bab men coding HTML, CSS but puteri is not the person who are expert in system IT description what other people thinking about puteri.  And one more thing puteri rasa puteri must take serius to study smart but not hard, it is because puteri must smart to handle anything your theory minded in practically minded. Hurmm, agak susah jugalah.

Puteri seorang yang sukakan pada praktikal berbanding dengan teori. Kalau bab-bab suruh design or create something about art, Puteri think can do it. But, if something like kira-kira or membaca or berbisnes agak kurang di situ. Apa-apa pun puteri will be try to do something elsewhich is can make improve myself to be the great and best person on system IT.

Yes, puteri would like to be a webmaster or web designer or graphic designer or something like create a website and some art and design. For me, I would like to try some job specification from TNB (Tenaga Nasinal Berhad) or telvesion broadcasting company likes TV ALHijrah or Astro or some another private company. Why Puteri not choose some company from government? Bukan puteri tak mahu, tapi ada sesuatu kelainan kalau mencuba di syarikat swasta walaupun job swasta agak mencabar dan lain macam kerjanya. By the way, practice make perfect!

Okeylah itu sahaja catatan dan coretan  yang puteri nak kongsi sama-sama kawan-kawan yang rajin membaca hasil penulisan puteri di sini. Doakan puteri berjaya dunia dan akhirat. Aamiin. Insyaallah. Sekian wassalam.

ORDER FOR EDITING PHOTO | DRAFT DESIGN [ONLY]

Assalammualaikum wbt.
Untuk tempahan design hanya kepada Editing Photo | Draft Design boleh di tempah di sini. Ada kepelbagaian reka bentuk design untuk Editing Photo | Draft Design  yang boleh di request kepada puteri. Tapi sebelum anda membuat sebarang tempahan sila baca sampai habis dan ikut step by step terma & syarat di bawah:

  1. Beri maklumat tentang jenis Editing Photo | Draft Design yang anda inginkan.
  2. Beri maklumat tentang warna gabungan | combine color untuk Editing Photo | Draft Design yang anda inginkan.
  3. Nyatakan/ sediakan/ berikan gambar yang anda ingin letak di bahagian Editing Photo | Draft Design yang anda rasa sesuai untuk blog anda.
  4. Nyatakan juga corak atau design yang bagaimana anda ingin tonjolkan dalam Editing Photo | Draft Design anda.
  5. Sekiranya anda tiada gambar atau logo, anda juga boleh request kepada puteri untuk design gambar atau logo yang anda inginkan, tetapi harganya agak berlainan. Sebagai contohanda request untuk doodle, maka harganya adalah doodle + Editing Photo | Draft Design.
  6. Nyatakan juga ayat | trademark | slogan | kata-kata hikmah  yang anda ingin letakkan bersama Editing Photo | Draft Design anda.
  7. Harga asal Editing Photo | Draft Design per satu adalah RM10. Harga tambahan untuk doodle akan di charge mengikut harga doodle sebenar, anda boleh lihat [Di Sini] untuk tahu harga doodle per satu.
  8. Puteri berhak meletak 'copyright' dalam setiap Editing Photo | Draft Design anda mengikut kesesuaiannya.
  9. Bayaran hendaklah didahulukan sebelum puteri memulakan sebarang process untuk design, sekiranya bayaran 50% atau full payment tidak dijelaskan sebarang process untuk design tidak akan dimulakan. First come, first serve.
Di bawah ini, disertakan contoh bagi menempah sebarang jenis Editing Photo | Draft Design dan beserta dengan harga yang telah ditetapkan. Sebarang perbincangan tentang harga boleh deal melalui FB | EMAIL puteri.

Antara jenis-jenis atau pilihan yang anda boleh tempat untuk design draft sahaja adalah:
  • Banner | Signboard | Papan Tanda nama kedai | shop.
  • Flyers | Banner events. For example: Program di Universiti |Sekolah | Nama gerai jualan.
  • Lain-lain draft design boleh sitempah hanya untuk DRAFT sahaja, untuk printing dan kertas cetakan, puteri tak ambil tempahan tersebut. For example: kad kahwin | kad raya | etc.


Sekian wassalam.

ORDER FOR WALLPAPER | COVER PHOTO FB

Assalammualaikum wbt.
Untuk tempahan design hanya kepada Wallpaper |Cover Photo FB boleh di tempah di sini. Ada kepelbagaian reka bentuk design untuk Wallpaper |Cover Photo FB yang boleh di request kepada puteri. Tapi sebelum anda membuat sebarang tempahan sila baca sampai habis dan ikut step by step terma & syarat di bawah:

  1. Beri maklumat tentang jenis Wallpaper |Cover Photo FB yang anda inginkan.
  2. Beri maklumat tentang warna gabungan | combine color untuk Wallpaper |Cover Photo FB yang anda inginkan.
  3. Nyatakan/ sediakan/ berikan gambar yang anda ingin letak di bahagian Wallpaper |Cover Photo FB yang anda rasa sesuai untuk blog anda.
  4. Nyatakan juga corak atau design yang bagaimana anda ingin tonjolkan dalam Wallpaper |Cover Photo FB anda.
  5. Sekiranya anda tiada gambar atau logo, anda juga boleh request kepada puteri untuk design gambar atau logo yang anda inginkan, tetapi harganya agak berlainan. Sebagai contohanda request untuk doodle, maka harganya adalah doodle +Wallpaper |Cover Photo FB.
  6. Nyatakan juga ayat | trademark | slogan | kata-kata hikmah  yang anda ingin letakkan bersama Wallpaper |Cover Photo FB anda.
  7. Harga asal Wallpaper |Cover Photo FB per satu adalah RM10. Harga tambahan untuk doodle akan di charge mengikut harga doodle sebenar, anda boleh lihat [Di Sini] untuk tahu harga doodle per satu.
  8. Puteri berhak meletak 'copyright' dalam setiap Wallpaper |Cover Photo FB anda mengikut kesesuaiannya.
  9. Bayaran hendaklah didahulukan sebelum puteri memulakan sebarang process untuk design, sekiranya bayaran 50% atau full payment tidak dijelaskan sebarang process untuk design tidak akan dimulakan. First come, first serve.
Di bawah ini, disertakan contoh bagi menempah sebarang jenis Wallpaper |Cover Photo FB dan beserta dengan harga yang telah ditetapkan. Sebarang perbincangan tentang harga boleh deal melalui FB | EMAIL puteri.


Sekian wassalam.

ORDER FOR HEADER | BANNER [ONLY]

Assalammualaikum wbt.
Untuk tempahan design hanya kepada Header | Banner | Logo boleh di tempah di sini. Ada kepelbagaian reka bentuk design untuk Header | Banner | Logo yang boleh di request kepada puteri. Tapi sebelum anda membuat sebarang tempahan sila baca sampai habis dan ikut step by step terma & syarat di bawah:

  1. Beri maklumat tentang jenis Header | Banner | Logo yang anda inginkan.
  2. Beri maklumat tentang warna gabungan | combine color untuk Header | Banner | Logo yang anda inginkan.
  3. Nyatakan/ sediakan/ berikan gambar yang anda ingin letak di bahagian Header | Banner | Logo yang anda rasa sesuai untuk blog anda.
  4. Nyatakan juga corak atau design yang bagaimana anda ingin tonjolkan dalam Header | Banner | Logo anda.
  5. Sekiranya anda tiada gambar atau logo, anda juga boleh request kepada puteri untuk design gambar atau logo yang anda inginkan, tetapi harganya agak berlainan. Sebagai contoh: anda request untuk doodle, maka harganya adalah doodle + Header | Banner | Logo.
  6. Nyatakan juga ayat | trademark | slogan | kata-kata hikmah  yang anda ingin letakkan bersama Header | Banner | Logo anda.
  7. Harga asal Header | Banner | Logo per satu adalah RM5. Harga tambahan untuk doodle akan di charge mengikut harga doodle sebenar, anda boleh lihat [Di Sini] untuk tahu harga doodle per satu.
  8. Puteri berhak meletak 'copyright' dalam setiap Header | Banner | Logo anda mengikut kesesuaiannya.
  9. Bayaran hendaklah didahulukan sebelum puteri memulakan sebarang process untuk design, sekiranya bayaran 50% atau full payment tidak dijelaskan sebarang process untuk design tidak akan dimulakan. First come, first serve.



Sekiranya anda berminat, bolehlah menempah dengan puteri di laman FB atau EMAIL.
Sekian wassalam.

ANYONE CAN EXCHANGE!

Assalammualaikum wbt.


Banyak benda puteri nak kongsi. Dari satu cerita ke satu cerita. Banyak juga entry yang puteri lebihkan kepada bicara hati. Exchange yourself! Yes, puteri rasa sekarang puteri lebih baik daripada dulu. Ibu puteri dah mention puteri semakin matang dalam berfikir dan bertindak. Pengalaman pahit sebelum ini banyak mematangkan puteri menjadi seorang yang lebih baik.

Bukan mudah nak berubah. Sikit demi sedikit. Satu persatu puteri cuba ubah, puteri muhasabah diri balik, cuba perbaiki diri balik. Banyak benda bila puteri baca balik entry puteri yang lama-lama tu, langsung tak matang! Dari ayat agak keanak-anakan, lepas tu kepada ayat keremajaan yang suka memberontak dan agak degil serta keras kepala, sampailah entry yang sekarang nie puteri sedang karangkan.

Ibu paling banyak berkorban perasaan nak menghadapi anak perempuannya yang melalui zaman ketidak stabilan emosi. Bila puteri muhasabah setiap sebelum tidur atau pun sedang menaip entry nie, puteri akan rasa sebak, sedih dan kecewa dengan diri sendiri. Lalu bertanya pada diri: "Kenapa aku sangat teruk?" Ya Allah sesungguhnya puteri khilaf, puteri jahil dalam menguasai emosi dan ego pada masa lalu. Tapi, tindakan lalu puteri itu banyak mengubah puteri menjadi apa yang puteri jadi sekarang. Lebih bersifat rasional dan profesional. Bercakap bila perlu. Berfikir sebelum berkata-kata. Bertindak bila perlu. Semua tu banyak melalui proses kesabaran dan tabah yang tahap tertinggi. Banyak dugaan bila difikir semua itu adalah terbaik untuk sesuatu perubahan dalam diri.

Sekarang, puteri dah boleh slow talk dengan ibu, dah tak macam dulu-dulu. Bila bercakap dengan ibu dah boleh bawa berbincang, dah boleh terima setiap teguran, dah boleh terima lawak ibu dan bila ibu cakap sesuatu or membebel, puteri akan senyap. Tapi itulah kadang-kadang ada sikitlah menjawabnya tapi tak macam dulu. Terlalu kerap nak memberontak dan selalu sangat nak menang bila cakap dengan ibu, maksudnya melawan laa tu. By the way, setiap kejadian itu ada hikmah di sebaliknya. Sekarang ibu jadi macam kawan puteri. Setiap masalah ibu dengar, setiap masalah ibu cuba cari jalan penyelesaiannya, sama-sama berbincang. Bila soal jodoh, ibulah orang pertama puteri akan kongsikan. Tiada orang lain, tiada yang tersembunyi. Tiada lagi rahsia antara ibu dan anak.

Sekarang, bila puteri buat salah or terkasar dengan ibu, cepat-cepat puteri minta maaf. Kalau dulu punyalah payah nak ucapkan kata "MAAF" tu. Teruk betul! 

"Kasih Ibu Membawa Ke Syurga"

Sebaris kata itulah membuat puteri bertekad dan nekad nak berubah. Sebab ibu jugalah yang menjadi puteri satu inspirasi untuk mencapai impian dan dapatkan kejayaan, bukan semata-mata nak memberi kebanggaan buat ibu dan ayah, tapi puteri buat semua ini, sebab puteri paling banyak buat dosa dengan mereka. Puteri berharap puteri sempat nak balas jasa mereka, puteri sempat nak berbakti kepada mereka, puteri sempat nak menunaikan haji dan umrah bersama-sama ibu dan ayah. Macam-macam lagilah puteri nak something yang special dengan mereka yang banyak bersabar dengan kerenah puteri dari sejak kecil lagi. Ibu selalu mention, dalam banyak-banyak anak, puterilah yang paling mencabar nak jaga. 

Mungkin inilah ujian buat ibu dan juga puteri. Orang kata, kalau anak lahir dalam karung ni agak degil dan keras kepala. Memang pun, sangat degil dan keras kepala. Dari kecil, ibu pernah cakap, puteri menangis tak pernah berhenti dari sejak lahir sampai berapa bulan, puteri tak tahu. Ibu cakap kalau lambat bertindak, mungkin puteri tak macam sekarang. Mungkin menjadi anak istimewa iaitu sindrom down kalau tak salah namanya. Tapi, Alhamdulillah Allah Maha Pengasih lagi Penyayang. Allah tak beri ujian yang berat itu pada ibu. Ibu cepat tahu bila nenek inform pasal keganjilan sikap masa puteri kecil dulu macam "Ahmad Albab", nasib baiklah tak diberinya nama "Nur Albab" hahaha..Now, nak dijadikan cerita, asal orang felda ke, orang kampung ke terutama kawan-kawan ayah dan ibu gerenti akan cakap: "Ini ke anak yang selalu menangis tu? Dah besar dah dia." Owh memang segan juga nak mengaku, hahaha, by the way itulah trademark puteri masa kecikkecik sinonet dulu kan? hahaha

Okeylah sampai di sini kalam untuk hari ini untuk bicara hati puteri. Semoga ada cerita yang lebih membahagiakan untuk dikongsikan bersama. Apa-apa yang kurang tu semuanya daripada puteri sendiri. Maafkan segala salah silap, segala kekhilafan masa lalu puteri. Andai ada yang tersinggung tu maafkanlah puteri. Semoga Allah memberkati hidup kalian semua. Okey korang, enjoy!

Sekian wassalam.

CINTA? SEBAB CINTA, AKU BEGINI

Assalammualaikum wbt..


Cinta? Apa maksud cinta? Cinta tu penting ke? Kadang-kadang pening nak takrifkan apa itu cinta dengan manusia. Dari rasa cinta timbul pula rasa rindu. Bila dah rindu di situ timbul orang ketiga menghasut (syaitan). Memang menakutkan bila ingat balik kisah-kisah percintaan yang tersangkut di tengah jalan tu. Ya, puteri bukanlah sempurna pun untuk sesiapa. Puteri hanyalah manusia biasa, yang akan bangkit selepas beberapa kali terjatuh. Jatuhnya puteri dalam perjalanan, dalam setiap liku-liku kehidupan bukannya setakat luka-luka kecil kat kulit je, tapi sampai bernanah dah hati ni. Serik! Bila ditunjal pelbagai persoalan tentang cinta. Kadang-kadang puteri lali nak mendengar. Kadang-kadang tu puteri rasa untuk bercinta tu macam dah tak ada dalam kamus hidup. 

Susahnya nak lupa cinta pertama yang pernah hadir dalam hidup. Dalam hidup akan ada yang pertama. Dalam hidup jugalah akan ada kegagalan. Apa puncanya? Tak sabar? Ingin mencuba? Mungkinlah. Itulah naluri remaja yang puteri pernah lalui. Sangat menyakitkan dan rasa diri ini tidaklah baik seperti mana pandangan orang di sekeliling. Kadang-kadang hati ini pernah juga tertaut secara tak sengaja, bila terlihat dan terpandang seorang pemuda yang sangat manis wajahnya, seperti baiknya para rasul dan nabi. Tampak warak, tampak alim. Tapi, bila refleksikan pada diri puteri sendiri, puteri rasa sangat rendah diri, rasa macam tak layak pun untuk sesiapa memiliki diri ini, sungguh tak secocok, tak sepadan pun, langsung tak ada kesedondonan. Perasaan ini membuatkan seolah-olah puteri tak ada life nak bercinta dengan sesiapa pun. Bukan tak redha, tapi perit rasa di hati. Susahnya nak ubati. 

Kata orang, cinta itu lumrah. Tapi, puteri pelik kenapa ujian cinta ini bagi orang sangat ringan, bila puteri hadapi ianya sangat mencabar. Ini soal hati. Hati yang tidak kuat dengan landasan iman memang akan goyah. Tapi, semua itu kisah lama. Kisah lama yang buat puteri makin lama, makin kuat, makin cuba untuk perbaiki diri. Bila disoal tentang cinta, tentang jodoh, puteri akan jawab sekarang bukan masanya. Walhal hati ini cukup kuat nak merasa dicintai dan mencintai secara halal. Sungguh cemburu bila melihat orang lain bahagia, puteri tumpang gembira. Cuma kadang-kadang bila tengok saban hari ke hari akan ada sahaja orang buat majlis akad nikah. Bila pula turn puteri ya? 

Normal kan perasaan itu hadir? Baru-baru nie, puteri dapat 2 khabar berita dari bekas pecinta puteri (exbf). Sebelum ini, puteri pernah couple 2x. Itupun berpisah kerana bersebab. Memang bukan jodoh dari Allah. Puteri redha.  Bulan September 2013 nanti (exbf) puteri yang pertama akan kahwin dengan pilihan hatinya, kami berpisah pun sebab puteri yang minta putus. Bulan Mac tahun depan (exbf) puteri yang kedua pula kahwin , itupun dengan pilihan mak dia. Dalam menyampaikan kegembiraan tu, tiba-tiba terselit perasaan dalam hati puteri:
"Ya Allah, kuatkan aku. Hilangkan rasa sayang dan cinta yang berbaki ini. Sungguh aku redha dengan qada' dan qadarMu. Aku tahu ini adalah perancanganMu yang terbaik untukku. Jodoh aku dengan mereka bukanlah yang terbaik dalam perancanganku. Berilah aku kekuatan iman dan rasa sayang ini hanya untukMu yang satu. Temukanlah aku dengan imam yang bakal membimbingku ke jalan syurgaMu. Sungguh aku redha, Ya Allah. Andai tiada jodohku di dunia ini, hadirkanlah aku sekeping hati untuk aku merindui jodohku di syurga nanti. Aamiin Ya Rabb."

Setiap saban hari, meniti doa-doa ini tulus dari hati ini. Kerana puteri rasa nak rebah setiap kali menatap wajah-wajah yang pernah hadir dalam sekeping hati ini. Bukan sekadar rebah, bahkan hati rasa sebak, rasa pilu, hampir menitis air mata, tapi puteri tepis, sebab apa? Mereka tak berhak pun jadi bahan untuk puteri menangisi. Mereka bukan sesiapa pun. Siapa mereka? Mereka hanyalah hadir sekejap cuma, hanya ingin menguji kekuatan hati dan iman. Sungguh puteri tersungkur dalam ujian ini. 

Kadang-kadang rasa sedih bila puteri berfikir, kenapa puteri tak pernah elak rasa ingin dicintai atau mencintai dengan sesuatu yang belum halal untukku? Hilang sudah prinsip-prinsip yang puteri gagahkan. Hanya sekadar ayat-ayat cinta yang diberikan oleh mereka, yang mana ianya boleh je jumpa kat tepi jalan tu, pun boleh terkandas. Lawak pun ada, gelak guling-guling bila ingat balik. Propa aje lebih! Cakap tak serupa bikin! Susahkan nak jadi yang betul-betul menjaga hati? Memang susah! Kadang-kadang itu tertanya-tanya sendiri: "Kenapa Allah temukan aku dengan seseorang yang salah (bukan jodoh untukku)?"


Akhir kalam cinta, inilah bicara hati yang tulus dari hujung hati puteri. Setulus-tulusnya! NOKHTAH! Cukuplah dengan ujian ber'couple' yang tak sudah nie. Hopefully sangat puteri dapat jumpa seseorang yang memahami puteri, menerima puteri seadanya walaupun dia yang akan jadi suami puteri suatu hari nanti tu tahu selok belok kisah percintaan puteri sebelum akad nikah antara kami kelak. Puteri tak nak cari yang terlalu sempurna. Cukuplah sekadar yang mahu bangkit dan teruskan liku-liku hidup ini untuk menempuh ke arah perjalanan ke syurga Allah. Bukan yang tampak alim, warak atau sebagainya. Cukuplah dia lelaki yang bawa puteri dan bimbing puteri ke jalan yang diredhai Allah. Setiap manusia itu takkan pernah sempurna, pasti akan ada cacat celanya. 

Sekian wassalam.

ORDER FOR BLOGSHOP TEMPLATE

Assalammualaikum wbt..
Untuk tempahan Blogshop Template harga yang ditawarkan adalah RM50/blog. Ini adalah kerana penggunaan dan design agak berlainan sedikit. Di sini puteri akan sertakan terma dan syarat bagi mengelakkan sebarang salah faham mahupun ketidak puas hati terhadap design atau olahan. Sekiranya, anda tidak dapat mematuhi sebarang terma dan syarat yang telah digariskan oleh puteri, puteri berhak membatalkan process edit dan design blog anda, dan wang anda akan dikembalikan. Sekian.

  1. Column blog yang akan diproses hanyalah 2 column sahaja. Sekiranya anda mahukan 3 column puteri tidak akan meneruskan process tersebut.
  2. Design puteri akan berubah dari semasa ke semasa. Sekiranya anda ingin menambah sebarang item, sila nyatakan semasa anda ingin menempah. 
  3. Sebelum process design dimulakan, sila pastikan anda Download/Back up coding/template lama/blog anda. Sebarang kerosakan atau kehilangan maklumat dari blog anda,itu bukan lagi di bawah tanggungjawab puteri.
  4. Blog anda akan diproses mengikut turutan. 1st come 1st serve. Tidak ada sebarang loncatan.
  5. Blog anda akan diproses selepas anda membuat bayaran sebanyak 50% atau full payment. Sebarang bayaran, anda hendaklah sertakan resit atau information bayaran anda kepada puteri sama ada dengan Facebook/ email.
  6. Bayaran diterima adalah dari akaun Maybank/ Bank Islam. Untuk bayaran Top up takkan dilayan.
  7. Tempahan ini diambil dengan menggunakan platform Blogger.com. Selain daripada platform tersebut, tempahan anda akan dibatalkan. 
  8. Sekiranya anda bukan ahli Blogger.com, untuk pembukaan akaun baru akan di charge sebanyak RM10
  9. Puteri bukan seorang Webmaster Profesional, sebarang design adalah olahan dari bacaan coding HTML| CSS| PHP dan Design dari Adobe Photoshop.
  10. Anda hanya boleh menukar sebarang idea design sebanyak 2x sahaja. Sekiranya lebih akan di charge.
  11. Pastikan anda sertakan draft design daripada anda sendiri bagi mengelakkan sebarang salah faham atau tidak suka dengan design puteri. Sekiranya, anda menyerahkan 100% design daripada idea puteri sendiri, anda hanya ada 1x sahaja peluang untuk menukar idea design anda.
  12. Sekiranya anda ingin membatalkan design anda dari puteri, pastikan anda inform awal supaya puteri tidak terlepas pandang.
  13. Design full template, puteri berhak meletakkan Copyright di blog anda.
  14. Sebarang pertukaran design hendaklah dimaklumkan selewat-lewatnya sehari selepas puteri beritahu anda tentang pemprosesan blog anda. Sebarang pertukaran design tidak akan dilayan selepas itu melainkan tiada customer lain sedang menunggu proses penyiapan blog mereka. 
  15. Pastikan anda sentiasa keep in touch bersama puteri untuk bekerjasama bagi mempercepatkan process penyiapan blog anda.




  1. Email  dan Password Blog anda
  2. Kombinasi warna
  3. Tema blog
  4. Design header [sertakan gambar | ayat | contoh background]
  5. Design Navigation Bar/ Tab Menu [nyatakan jenis tab menu yang anda mahu contoh: Dropdown Menu| Image Tab Menu| Simple Tab Menu| Right & Left Button]

Right & Left Button

Dropdown Menu
Image Tab Menu
Simple Tab Menu
P/s: Puteri akan membuka sebarang tempahan Blog Template mengikut masa cuti puteri. Hal ini kerana puteri merupakan seorang pelajar IPTA sepenuh masa. Jadi, untuk menempah template hendaklah mengikuti masa cuti puteri. Harap maklum. Maaf sekiranya masa yang anda ingin menempah puteri tidak dapat mengambil tempahan tersebut. Walaubagaimanapun, puteri akan inform semula kepada setiap email/pm inbox facebook puteri bagi memberitahu tentang pembukaan tempahan blog ini. 

Sekian wassalam.

ORDER FOR PERSONAL BLOG

Assalammualaikum wbt..
Untuk tempahan Personal Template, harga yang ditawarkan adalah lebih murah sedikit daripada Blogshop Template, iaitu RM30/blog. Ini adalah kerana penggunaan dan design agak berlainan sedikit. Di sini puteri akan sertakan terma dan syarat bagi mengelakkan sebarang salah faham mahupun ketidak puas hati terhadap design atau olahan. Sekiranya, anda tidak dapat mematuhi sebarang terma dan syarat yang telah digariskan oleh puteri, puteri berhak membatalkan process edit dan design blog anda, dan wang anda akan dikembalikan. Sekian.

  1. Column blog yang akan diproses hanyalah 2 column sahaja. Sekiranya anda mahukan 3 column puteri tidak akan meneruskan process tersebut.
  2. Design puteri akan berubah dari semasa ke semasa. Sekiranya anda ingin menambah sebarang item, sila nyatakan semasa anda ingin menempah. 
  3. Sebelum process design dimulakan, sila pastikan anda Download/Back up coding/template lama/blog anda. Sebarang kerosakan atau kehilangan maklumat dari blog anda,itu bukan lagi di bawah tanggungjawab puteri.
  4. Blog anda akan diproses mengikut turutan. 1st come 1st serve. Tidak ada sebarang loncatan.
  5. Blog anda akan diproses selepas anda membuat bayaran sebanyak 50% atau full payment. Sebarang bayaran, anda hendaklah sertakan resit atau information bayaran anda kepada puteri sama ada dengan Facebook/ email.
  6. Bayaran diterima adalah dari akaun Maybank/ Bank Islam. Untuk bayaran Top up takkan dilayan.
  7. Tempahan ini diambil dengan menggunakan platform Blogger.com. Selain daripada platform tersebut, tempahan anda akan dibatalkan. 
  8. Sekiranya anda bukan ahli Blogger.com, untuk pembukaan akaun baru akan di charge sebanyak RM10
  9. Puteri bukan seorang Webmaster Profesional, sebarang design adalah olahan dari bacaan coding HTML| CSS| PHP dan Design dari Adobe Photoshop.
  10. Anda hanya boleh menukar sebarang idea design sebanyak 2x sahaja. Sekiranya lebih akan di charge.
  11. Pastikan anda sertakan draft design daripada anda sendiri bagi mengelakkan sebarang salah faham atau tidak suka dengan design puteri. Sekiranya, anda menyerahkan 100% design daripada idea puteri sendiri, anda hanya ada 1x sahaja peluang untuk menukar idea design anda.
  12. Sekiranya anda ingin membatalkan design anda dari puteri, pastikan anda inform awal supaya puteri tidak terlepas pandang.
  13. Design full template, puteri berhak meletakkan Copyright di blog anda.
  14. Sebarang pertukaran design hendaklah dimaklumkan selewat-lewatnya sehari selepas puteri beritahu anda tentang pemprosesan blog anda. Sebarang pertukaran design tidak akan dilayan selepas itu melainkan tiada customer lain sedang menunggu proses penyiapan blog mereka. 
  15. Pastikan anda sentiasa keep in touch bersama puteri untuk bekerjasama bagi mempercepatkan process penyiapan blog anda.

  1. Email  dan Password Blog anda
  2. Kombinasi warna
  3. Tema blog
  4. Design header [sertakan gambar | ayat | contoh background]


P/s: Puteri akan membuka sebarang tempahan Blog Template mengikut masa cuti puteri. Hal ini kerana puteri merupakan seorang pelajar IPTA sepenuh masa. Jadi, untuk menempah template hendaklah mengikuti masa cuti puteri. Harap maklum. Maaf sekiranya masa yang anda ingin menempah puteri tidak dapat mengambil tempahan tersebut. Walaubagaimanapun, puteri akan inform semula kepada setiap email/pm inbox facebook puteri bagi memberitahu tentang pembukaan tempahan blog ini. 

Sekian wassalam.

HOW TO ORDER DOODLE?

Assalammualaikum wbt...
Kali ini puteri nak memperkenalkan satu lagi tempahan baru dibuka baru-baru ini, iaitu doodle. Dengan harga yang berpatutan, Insyaallah boleh bincang semula soal harga. Puteri gunakan software "Adobe Photoshop", Jadi sekiranya berminat nak buat sebarang tempahan boleh layari Facebook puteri: [Klik sini] atau email puteri [puterinabilah0107@gmail.com]. 

Ada 3 jenis atau cara pembayaran. Boleh di request nak barang apa. Tapi, hasil lukisan doodle puteri adalah sendirian berhad, jadi kalau nak request nak sebiji macam someone lain yang punya, maaf puteri tak dapat nak ambil tempahan, sebab ini adalah hasil kreativiti puteri sendiri dan tidak diciplak lain-lain produk. Sekian.


 


Sebarang pertanyaan atau tempahan boleh berbincang di Facebook atau email puteri. Sekian wassalam

 

Copyright by © 2013 Studio Puteri Nabilah