BERIKAN HATI INI UNTUK DIA


Assalammualaikum wbt...

Setiap kehidupan pasti ada liku-liku dan cubaan yang perlu kita harungi. Setiap cubaan yang kita hadapi mesti ada sebab kenap ianya berlaku. Kita tak pinta tapi ia datang dengan sendiri tanpa kita sedar, tanpa kita mahu tapi ia tetap menyelubungi kehidupan kita. Itulah dinamakan mehnah ujian. Setiap ujian itu Allah bagi pada kita untuk tahu apakah kita akan melupakan dia, atau kit akan menyalahkan dia, atau kita akan sentiasa berdamping dan berharap kepadaNya? Ya sebab itulah Allah bagi kita ujian supaya kita tahu iman kita setakat mana, sekukuh mana kita, setinggi masa kesabaran kita dan bagaimana kita tempuhinya.

Sejak tinggal berjauhan dari ibu dan ayah serta keluarga yang lain, puteri mula merasai perubahan dalam kehidupan. Bagaimana nak mencari rezeki yang diredhai, bagaimana nak menghadapi masalah, bagaimana nak menyelesaikan masalah, bagaimana nak berdikari, bagaimana nak berdepan dengan kepelbagaian ragam dan kerenah manusia dan bagaimana kita nak mengenal Islam yang sebenar. Semuanya memerlukan persoalan untuk kita tahu dan mencari jawapan di sebalik setiap persoalan yang datang bertubi-tubi dalam kehidupan kita.

Semenjak menjadi mahasiswi universiti, pelbagai ragam dan kerenah puteri sudah jumpa. Ada yang sebegini rupa dan ada sebegitu rupa. Banyak benda kita perlu pelajari dari pengalaman hidup. Bak kata orang, pengalaman adalah guru paling terbaik untuk mengajar kita. Dalam banyak-banyak ujian yang sangat puteri takuti adalah iman dan taqwa.

Kalau di sekolah setiap ada sahaja orang akan menegur kita. Apa kita salah atau tidak melakukan itu atau ini. Ada guru seringkali memberi peringatan dan nasihat. Ada kawan yang sudi menegur dan nasihat. Itu kalau dulu bersekolah di sekolah agama sememangnya banyak perbezaan sekiranya berada di luar. Bila berada di universiti ni macam-macam orang cakap. Almost budak sekolah agama akan ada "cultural shocked". Puteri tahu semua itu. Puteri terasa tercabar sebenarnya apabila orang menyamakan puteri dengan mereka-mereka yang lain, puteri memohon kepada Allah agar jagakan diri ini dari godaan manusia. Alhamdulillah sehingga ke hari Allah menjaga puteri dan menegur puteri setiap kali puteri dilanda musibah dan masalah. Sejak tinggal berjauhan betapa puteri terlalu bergantung kepada Allah, kerana ibu puteri selalu berpesan, kalau ada masalah jangan menangis sahaja, mintalah pada Allah supaya permudahkan urusan puteri di sini. Ingin bercerita kepada kawan sememangnya mudah, tapi apa yang diinginkan tidaklah sepertimana Allah ketahui. Puteri ceritakan pada ibu, ibu berkata bersabarlah setiap ujian yang diberi itu mesti ada hikmah disebaliknya. Terima kasih ibu. Terima kasih Allah. Puteri mensyukuri dengan segala nikmat ujian yang kau berikan kepada puteri. Ianya memberi puteri 1001 makna untuk mempelajari selok belok kehidupan di dunia ini.

Dari masalah kawan, kepada masalah belajar, kepada masalah percintaaan. Semua masalah itu sememangnya sudah sebati dalam diari hidup seorang pelajar universiti. Bukan mudah nak jaga hati orang, semuanya memerlukan kesabaran dan sikap positif dari diri sendiri.

Dalam masalah kawan puteri sekarang tidak menjadi masalah besar, kerana puteri sendiri sudah mempunyai kawan-kawan yang sudah memahami puteri bagaimana dan puteri juga sudah kenal mereka bagaimana, kalau kecil hati pun hanya sekejap sahaja, lepas tu happy semula. Kalau masalah belajar, itu adalah normal untuk seorang pelajar seperti puteri. Kerana dalam dunia ini tak ada perkara yang senang melainkan diri kita berfikiran positif dan terbuka. Insyaallah semuanya akan menjadi mudah. Sekarang ini aku mempunyai masalah dalam percintaan. Tak bermaksud puteri sedang menjalinkan hubungan dengan sesiapa. Tapi semakin meningkat usiaku ini, ibu cakap ianya normal kalau kita sudah sukakan seseorang atau merindukan seseorang. Maka semua itu ibu cakap normal sahaja cumanya jangan sampai terlalu memikirkan sangat atau terlalu terbawa-bawa. Okey puteri faham. Baru-baru hati dan hidup puteri selalu diganggu oleh bayangan si dia. Ibu cakap tak apa kalau perempuan memulakan dahulu, sebabnya zaman nabi dulu pun Siti Khadijah memulakan peminangan. Tapi ibu cakap jangan terlalu berharap. Jadi, puteri terima nasihat ibu, dan puteri cuba sibukkan diri puteri, andai bayangan si dia hadir, puteri akan terus baca Al- Quran, sekiranya hati ini terlalu rindukan dia, puteri terus berwudhuk lalu menunaikan solat sunat. Alhamdulillah semuanya jadi seperti biasa. Puteri tak tahu kenapa hati ini tiba-tiba menjadi begitu rindu padanya. Padahal si dia perlu memberikan jawapan yang sepatutnya dia beri kepada puteri. Tapi sampai sekarang tiada jawapan untuk semua itu.



Sama ada si dia sudi atau tidak puteri masih di awang-awangan. Maka puteri ambil keputusan bersabar dan menunggu. Sebab ibu cakap kalau dah propose tapi dia tak juga balas-balas, jangan propose banyak-banyak kali sebabnya lelaki mudah fed up. So puteri senyap dan berdiam diri. Status di facebook dan twitter semuanya untuk dia cuba puteri berhentikan. Tapi yang puteri peliknya, setiap kali refresh profile mesti gambar dia akan terpampang, kenapa? Ya Allah hentikan rasa sakit ini. Dan terakhirnya puteri akan buat solat istikharah. Biarlah masa menentukan keadaaan dan bila persoalan itu akan terjawab.

Semalam sangat happy bila dapat menghadirkan diri dalam majlis ilmu yang best! Bicara Cinta bersama seorang artis iaitu Farah Asyikin, moderator saudara Fectri Yahya dan seorang Ustaz dari Uitm Shah Alam, Ustaz Mohd Nor Mamat.

 Kami bff together with kak Farah Asyikin =)
Kami bff bersama Ustaz Mohd Nor Mamat =)

Okey cukup sampai sini sahaja puteri nak berceloteh dengan suasana blog yang bertemakan bari dan biru hehehe....sekian wassalam =)

1 Comments:

Amoooi said...

Setuju dengan quotes itu!

 

Copyright by © 2013 Studio Puteri Nabilah