MASALAH UMAT AKHIR ZAMAN

Assalammualaikum wbt...
Pernah tak kawan-kawan berfikir sejenak, muhasabah diri sekejap, 5-10 minit jadilah. Puteri nak ajak kawan-kawan jadi pemikir Islam, shabab(remaja/belia) yang kental sanggup berjihad di jalan Allah dan berfikir tentang masalah umat akhir zaman. Puteri tak nak kawan-kawan fikir tentang negara kita Malaysia sekarang sedang berperang dengan parti politik. Tapi puteri nak ajak kawan-kawan fikir di luar kotak tentang masalah umat akhir zaman iaitu kita semua. 


Tentang akhlak, budi bahasa, ibadah, tingkah laku, cara kehidupan, cara pemikiran dan seangkatan dengannya. Kawan-kawan tak pernah fikir ke seandainya negara kita ini seperti apa yang berlaku dengan saudara seIslam kita? Mereka juga seperti kita, punya pemimpin yang tidak ikut ajaran Islam yang sebenar, namanya sahaja disahkan sebagai negara Islam. Tapi cara pemikiran kita, cara kehidupan kita, cara pemakaian kita masih lagi dijajah dan berjaya dikuasai oleh orang kafir. Mereka sedang bergelak ketawa, bertepuk tangan melihat umat Islam sedang bertelagah. Mereka suka umat Islam bergaduh antara satu sama lain. Mereka tak nak umat Islam bersatu! Kerana apa? Kerana mereka sudah mengkaji kitab Al Quran kita, mereka dah tahu kekuatan umat Islam itu di mana. Kekuatan umat Islam itu adalah sifat persaudaraan Islam yang bersatu! Kekuatan ibadah yang dapat meningkatkan keimanan umat Islam itulah jadi kekuatan umat Islam yang sangat mereka gerunkan. Bukan dengan senjata nuklear atau senjata api ke jet pejuang atau bom pemusnah. Tapi kekuatan dalaman, kekuatan ikatan saudara sesama Islam itulah tunjang utama kemenangan umat Islam. Cuba kita 'flashback' sejarah peperangan Islam dahulu,bagaimana mereka menang hanya bilangan tentera dan senjata yang hanya sedikit jumlahnya dapat memenangi jumlah musuh yang sebegitu ramai? Bukan sejarah itu sahaja, cuba perhatikan pula sejarah peperangan Islam yang kalah, bagaimana mereka boleh kalah? Mereka kalah hanya kerana tamakkan harta pampasan atau dikenali harta duniawi. Macam itulah kita sekarang. Hanya kerana duit, kita menjadi tamak, kita menjadi sombong, kita berlagak, kita lupa siapa bagi kemewahan itu. Masa itu kita dah tak ingat dah siapa tuhan kita, sanggup korbankan saudara, sanggup korbankan agama Islam! Hanya kerana ketamakkan dan halobanya kita terhadap harta duniawi semata!

Tapi kita masih lagi di ceruk lama, tak pernah nak muhasabah sendiri mencari jalan, mencari satu diskusi untuk bincang tentang masalah umat akhir zaman. Bukan sahaja begitu, sampai sanggup pentingkan diri sendiri hanya kerana tak nak membantu tegakkan agama Allah. Katanya buat apa susahkan diri sendiri, pemimpin negara kan ada? Adakah kawan-kawan tak tahu, tugas kita juga adalah pemimpin, kita dilantik Allah menjadi khalifah. Tak ingat ke? Khalifah itu juga pemimpin. Kalaupun bukan pemimpin negara, bukan pemimpin organisasi, tapi kita pemimpin diri sendiri dan keluarga kita. Itu tugas dan tanggungjawab kita.

Sebenarnya, puteri tulis artikel pada kali ini berdasarkan apa yang puteri lihat, dengar dan rasa suasana yang terlalu tidak rasional dan bijak. Bila mana nak dekat PRU 13 ini, macam-macam fitnah, macam-macam caci maki, macam-macam kutukan dan kritikan, bukan dengan bahasa yang berbudi tapi bahasa yang kurang sopan. Kita adalah Muslim dan Muslimah umat Islam, adakah Allah ajar umatNya berbicara sebegitu? Adakah AlQuran sebagai panduan kita tercatatnya sifat dan sikat umat Islam sebegitu rupa? Adakah Nabi kita Nabi Muhammad S.A.W mengajar kita berakhlak sedemikian? Renungkalan wahai sahabat-sahabat, saudara-saudara Islam puteri, puteri hanyalah seorang wanita Islam yang tak punya apa-apa, puteri hanya ada maruah Islam, puteri hanya ada Allah tempat pergantungan, itu sudah mencukupi buat puteri nak ajak sahabat-sahabat puteri, saudara-saudara seIslam puteri renungkanlah.

Terkadang, puteri malu, malu dengan sikap orang yang mengaku dia Islam, tapi dia tidak pernah meletakan ciri-ciri seorang Islam itu ada padanya. Dia mengaku dia Islam, tapi kata-katanya tidak seperti sebagaimana seorang pemimpin Islam yang sebenar seperti khalifah-khalifah Islam terdahulu, ya kita memang di akhir zaman, tak bermakna kita perlu jadikan alasan sedemikian untuk redha semuanya, kita kena bangkit untuk Islam! Takkan nak mati sia-sia tanpa menegakkan agama Allah? Sedangkan itulah satu-satu jihad yang sangat mulia untuk syahid. Innallahman ana...."Semoga Allah bersama kita" Aamiin Ya Rabb...
Sekian Wassalam

BEST KE GUNA KAD DISKAUN SISWA 1 MALAYSIA?

Assalammualaikum wbt...
Kepada mahasiswa/i IPTA dan IPTS sudahkah anda mendapat Kad Diskaun Siswa 1 Malaysia? Apa pendapat korang sebagai pengguna dan penerima  Kad Diskaun Siswa 1 Malaysia?


 Ini adalah pendapat salah seorang mahasiswa IPT yang cuba menyampaikan cadangan dan pendapat. Tapi bila puteri baca di post pelajar ini, di setiap komennya ada macam-macam komen. Ada yang kata:
  1. Pelajar ni tak bersyukur
  2. Pelajar ni dah bagi betis nak peha
  3. Pelajar ni tak reti kenang budi
  4. Pelajar ni banyak complain
  5. Pelajar ni manja sangat
Dan macam-macam lagi komen yang puteri malas nak baca orang tengah bertelagah, tapi ada juga para pelajar yang faham dengan maksud pelajar ini tulis apa, sebab pelajarlah yang mengalami masalah ini cuba meningkatkan mutu dan kualiti apa sebenar tujuan Kad Diskaun Siswa 1 Malaysia diberi.

Bagi pendapat puteri sendiri yang menerima, menggunakan kad ini. puteri rasa kad ini sebenarnya tiada apa-apa fungsi pun. Pengalaman puteri guna kad ini di pasaraya Mydin dan KFC. Diskaunnya serupa puteri tak yah bagi sebab tak banyak pun kurangnya. Selepas itu puteri langsung tak pernah guna kad ini. Hanya interframe dalam dompet semata-mata. Tapi tak tahulah apa pengalaman korang sebagai pelajar yang menerima dan menggunakan kad ini. Adakah keadaannya sama atau adakah ianya bermanfaat untuk korang?

Jom tengok komen-komen.....daripada pelajar-pelajar yang menerima


 Ada juga komen-komen pedas....
Hurmm....puteri pun tak tahu nak cakap apa dah. Fikir-fikirkan apa yang korang rasakan hehehe..
Sekian wassalam

SUSAH KE NAK SOLAT?

Assalammualaikum wbt...
Hari ini puteri nak cerita tentang solat. Awak tahu tak apa itu solat? Solat itu adalah satu ibadah yang utama buat umat Islam di seluruh dunia. Awak tahu tak solat itu tiang agama? Awak tahu tak solat itu benteng Iman? Awak tahu tak solat itu saham akhirat? Puteri harap awak-awak yang membaca ni tahu apa itu solat, mudah-mudahan..



Puteri nak cerita pengalaman puteri, bukan nak aibkan tapi nak bandingkan suasana di mana puteri perlu jaga diri, jaga Iman, dan mencari terus mencari tanpa ada kesesatan. Dulu abang puteri pernah ceritakan suasana dia belajar di universiti. Dia cerita ada seorang kawan dia bila musim peperiksaan sahaja solat, bila bukan musim peperiksaan solat entah ke mana. Siap pula, masa musim peperiksaan ajak kawan-kawan solat, bagus ajakan itu tapi kenapa perlu on and off solat? Adakah solat itu macam chipsmore?

Bukan itu sahaja, ada juga yang mengait rapatkan solat dengan parti politik. Abang puteri ceritalah ada kawan dia pro kerajaan,abang puteri ceritalah::

Kawan A: Wey mak bapak ko solat ke?
Abang : Haah laa kenapa?
Kawan A: Sah orang PAS!
Abang: Apa kena mengena?
Kawan B: Habis mak bapak ko orang BN tak solat ker der?
Kawan A: (buat muka toye, rambut berwarna, telinga bersubang)......???

Okey ini situasi sebenar di mana abang puteri yang mengalaminya. Bukan nak buat reka cerita skrip drama ke apa, tapi nak tegur apa kepentingan kita sebagai Muslim wajib bersolat!

Pada mulanya, puteri tak percaya ada orang yang macam itu, sebabnya puteri belum lagi keluar dari kawasan orang-orang yang bukan belajar sealiran dengan puteri. Puteri ambil aliran agama, tapi korang jangan percaya bulat-bulat, ada juga orang yang dah belajar agama tinggi-tinggi tapi jatuh ke lembah dosa juga. Manusia kan tak sempurna. 

Tapi bila puteri dah berada di IPTA, puteri sendiri nampak keadaan orang yang suka meremehkan soal solat, macam-macam ragam ada. Puteri hanya mampu melihat dan terus melihat. Puteri belum mampu lagi nak menegur, kalau setakat nak mengajak, Insyaallah itu sahaja yang puteri mampu lakukan. Puteri sebenarnya rasa terkilan juga, sebab puteri sendiri tak mampu nak mengajak kawan-kawan puteri yang puteri sayang untuk ke syurga sama-sama. Tapi puteri bukanlah sekuat Aisyah untuk berdakwah, puteri memerlukan orang lain untuk bimbing puteri juga. 

Dulu, puteri tak pernah terfikir pun untuk melanjutkan pelajaran di bumi universiti yang sekarang puteri menuntut sebab puteri tahu kat situ susah nak dapatkan ilmu agama yang puteri mahukan. Orang cakap kalau menuntut di situ perlu kekuatan yang luar biasa untuk menahan godaan iman. Memang betul bukan nak burukkanlah tapi itu realiti yang puteri sendiri nampak. Puteri rindu suasana di sekolah dulu, senang nak tahu macam-macam ilmu agama. Apa yang puteri dapat kat sini hanya ilmu duniawi, kalau nak ukhrawi puteri kena prefer kepada kawan-kawan puteri yang belajar di universiti lain, Puteri nak juga jadi pendakwah, tapi puteri sendiri tak terdakwah. Puteri sedih, sebab itu kalau puteri rasa kosong puteri akan minta doa ibu supaya dikuatkan iman puteri.

Puteri nak ceritalah, puteri sanggup marah kawan puteri semata-mata untuk solat! Puteri pantang kalau orang sengaja melengah-lengahkan waktu solat bila waktu musafir, berjalan tanpa ada niat yang pasti kerana Allah. Sebab itu puteri cuba elakkan diri untuk bermusafir dengan orang yang puteri kenal suka meremehkan solat! Jangan marah tapi ini realiti. Puteri memang pantang. Masa tu puteri tak fikir apa sangat apa yang penting puteri wajib tunaikan tanggungjawab puteri sebagai hamba. Puteri cakap dengan kawan puteri:

Puteri: Aku nak solat Maghrib ni, korang tak nak pergi solat ke?
Kawan: Weyh tengoklah jam dah pukul berapa, nanti nak bayar sewa kereta banyak kot!
Puteri: Otak ko! Aku nak solat! Aku tak kira! Apa ko ingat boleh suka-suka nak qada' je ke? Ingat boleh jama' ke kalau balik rumah nanti? Itu namanya jama' tak payah!
Kawan:........bengang.....
Puteri terus cari surau kat mall tersebut.....alih-alih lepas solat kawan pun sertai sekali, Alhamdulillah Ya Allah...saat kemarahan ku ini kau redakan dengan hidayahMu buat kawanku.

Bukan itu sahaja suasana yang dihadapi puteri, macam-macam lagi perangai dan ragam yang puteri sendiri pun tak faham. Mereka semua ni dah cukup 100% ke pahala terkumpul nak bawa saham akhirat kelak? Sedangkan puteri kalau tertinggal solat, sebab bangun lambat pun rasa hidup ni kena lempar batu api neraka dah...sebab itu puteri semalas manapun puteri tetap gagahkan diri untuk solat, selemah mana badan pun kalaupun rasa nak mati, puteri gagahi diri nak solat, rasa takut tak dapat solat itu lebih dari segala-galanya. 

Mula-mula, dan buat pertama kalinya puteri balik menaiki kereta api, puteri keliru dan terengang tak tahu nak solat dalam kereta api macam mana, tapi Alhamdulillah Allah kelilingkan puteri bersama sahabat-sahabat yang baik. Puteri sangat berterima kasih dengan seorang sahabat puteri ni, puteri panggil dia Abe Nie, dia banyak mengajar puteri erti jangan putus asa, bersabar dan dia juga ajar cara solat dalam kereta api. Puteri sememangnya berterima kasih sangat dengan ilmu yang dia kongsi tu.

Persoalan yang selalu akan berlegar-legar dalam kepala puteri adalah: 

"Kenapa orang yang tak solat atau yang selalu tinggal solat, selalu dapat apa yang dia nak?" 

Akhirnya persoalan itu sudah terjawab bila puteri tengok satu rancangan dakwah yang sangat bagus, tapi tak ingat tajuk rancangan tu. Jawapannya, 

"Allah bagi semua apa yang dia nak di dunia ini kerana  di akhirat kelak dia tidak akan dapat apa-apa, sebab itu kelihatan keadaan kehidupan dia di dunia begitu indah bagai syurga, dia nak kejayaan Allah bagi, dia nak kemewahan Allah bagi. Tapi di akhirat kelak dialah ornag yang paling bodoh dan juga termiskin di kalangan orang lain, kerana dia dah merasa nikmat yang tak seberapa kalau nak setanding nikmat di syurga Allah"

Lalu, puteri tersenyum kerana usahlah gusar kita usaha apa yang termampu, kalau itu sahaja Allah bagi, kita bersyukur jangan putus asa, jangan salahkan takdir, itu sudah mencukupi buat kita supaya tidak sombong dan takbur. Allah itu Maha Adil dan Maha Mengetahui apa yang hambanya perlu, bukan apa yang hambanya minta. 

Rasanya sampai di sini sahaja catatan puteri nak kongsi cerita solat dengan kawan-kawan semua. Semoga daripada cerita yang dialami oleh puteri dapat membuka minda kawan-kawan. Insyaallah, puteri doakan semoga hati, iman, taqwa, akidah dan ibadah kita sentiasa ada untuk Allah. Puteri sayang kawan-kawan puteri, puteri tegur tanda puteri sayang sangat untuk sama-sama rasai nikmat syurga, bukan nak berlagak puteri alim ke, warak ke, paling sempurna ke, tapi puteri rasa serba salah nak tegur macam mana, nak ajak macam mana, puteri takut akan ada rasa kecil hati, padahal niat puteri nak ajak sama-sama ke syurga Allah, puteri tak naklah pergi sorang-sorang, kalau boleh puteri nak kawan puteri sama-sama cari jalan Allah. Mudah-mudahan niat puteri untuk menegur ini tercapai matlamat. Aamiin Ya Rabb...Sekian wassalam

SAKA MAKAN JANIN, APA ITU SAKA?

Assalammualaikum wbt..
Puteri nak tanya kepada pembaca setia puteri, tahu tak apa itu saka? Kenapa puteri tanya soalan itu?
Sebenarnya puteri nak berkongsi cerita dengan kawan-kawan puteri di alam maya ni tentang saka. Ianya berdasarkan pengalaman puteri dan keluarga puteri sendiri. Saka ini sememangnya asalnya adalah daripada kepercayaan nenek moyang kita dahulu kala yang belum tahu dan mengenal apa erti syirik dan apakah ajaran sesat yang tidak boleh dilakukan sebagai seorang Muslim yang beragama Islam. 

Kawan-kawan pernah tengok tak cerita "Mantera Anjasmoro" dan "Sumpah Anjasmoro"?


Inilah watak-watak yang dilakonkan dalam cerita ni. Tapi puteri bukan nak promote cerita ni tau, tapi nak jadikan sebagai contoh untuk membuka minda masyarakat tentang apa yang berlaku di alam ghaib. Benda ni kita hendaklah percaya, sebabnya semua ini datangnya daripada syaitan.

Ada sesetengah masyarakat kita tidak percaya tentang kewujudan saka ini. 

Bak kata orang: "Ah, mengarut semua ni! Perkara karut marut mana ada lagi dalam zaman teknologi ni!"

Itulah ada di kalangan sesetengah masyarakat kita yang berfikiran sains takkan pernah percaya benda ini. Kalau kita mengkaji sendiri Al Quran itu, ada banyak perkara kita akan tahu termasuk saka. Sihir, saka, dan santau ni semua penyakit daripada syaitan. Cuma cara melakukan adalah berbeza. 
  1. Sihir ini orang yang mempelajari ilmu daripada syaitan, 
  2. saka ini pula orang yang membuat perjanjian dengan syaitan, dan 
  3. santau pula orang yang menggunakan khidmat syaitan ini untuk membinasakan atau memusnahkan orang lain atau dikenali sebagai hasad dengki, iri hati, dan cemburu. 
Saka ini ada jenis orang yang dapat takkan sedar dalam dirinya ada saka tersebut, sehinggalah dia berjumpa dengan orang agamawan yang tahu perubatan Islam. Baru dia akan sedar. Selain itu, orang sekeliling juga boleh dapat tahu melalui sikap seseorang itu. Sebagai contoh,

"Orang tersebut tiba-tiba kita tengok dia, muka dia nampak pucat dan tidak bermaya. Badannya sentiasa sakit dan letih seperti ada yang bertenggek di badannya."

Kita manusia biasa memang takkan nampak semua itu, tapi kalau nak tahu bayangannya macam mana tengoklah cerita yang puteri cakap tadi cerita mantera anjasmoro tu. Korang akan tahu macam mana keadaan sebenarnya. 

Bila puteri tengok cerita tu, puteri teringat dengan arwah adik puteri. Pada tahun 1999, puteri dapat tahu akan ada adik lagi. Memang gembira masa tu, lepas tu tiba-tiba ayah cakap ibu gugur, tapi pelik ibu tak jatuh macam mana boleh gugur. Perkara tu tergantung macam tu tanpa tahu apa-apa sehinggalah pada tahun 2009 jumpa dengan seorang ustaz yang mahir ilmu rawatan dan perubatan Islam.

Bayangkanlah 10 tahun kemudian baru tahu kenapa ibu puteri gugur, rupa-rupanya janin, adik puteri tu kena makan dengan si saka! Astaghfirullah hal azim. Ibu pun pelik juga sebab kalau gugur janin mesti ada, ini tak nurse dengan doktor siap cakap lagi janin tak ada, yang ada sisa-sisa daging janin, tak ke pelik? Sebab itu puteri cakap jangan sebarangan tak percaya. Ada benarnya. Ini pengalaman dalam keluarga puteri tau. 

Sekarang Alhamdulillah, saka ibu semua dah buang. Sebab ibu tak nak anak-anak ibu, cucu-cucu ibu kena tanggung risiko.Bukan setakat janin hilang itu menjadi satu kepelikan buat puteri sebenarnya. Banyak perkara berlaku dalam keluarga kami yang pelik bin ajaib. Tapi panjang sangat nak bercerita. Apa yang penting sekarang keluarga puteri dah selamat daripada gangguan saka tersebut. Titik asal tolaknya adalah kekuatan akidah, iman dan ibadah kita yang macam mana. Keluarga kami tidak jadi terlalu teruk diganggu sebabnya dari dulu sampai sekarang ayah yang didik kami semua berjemaah solat Maghrib, ayah sendiri yang mengajar kami adik beradik mengaji Al Quran, kalau kami tak solat siaplah kena rotan.Ibu sendiri mengaku, ibu tak ada banyak ilmu agama yang dia nak ajar pada kami, tapi ayah ada. 

Ibu cakap, ibu nak melahirkan anak tahfiz dan nak hantar ke sekolah tahfiz. Ibu niat macam itu bersebab supaya dapat ubati sakit macam itu. Ibu puteri bukanlah sepenuhnya sembuh dari sakit itu, masih ada lagi sisa-sisa sakitnya. Yela bayangkanlah dah bertahun-tahun sakit, baru sekarang jumpa penawar, tak ke makan masa kan....Sebab itulah lepas janin adik puteri gugur, pada tahun 2000 ibu puteri mengandung lagi, dan anak itulah adik bongsu puteri sekarang sedang menuntut di sekolah arab tahfiz di Kluang. Insyaallah mudah-mudahan adik bongsu puteri dapat laksanakan amanat dan impian ibu puteri yang satu tu. Aamiin Ya Rabb.

Cerita ini puteri ceritakan sebab petang tadi cerita sumpah anjasmoro keluar kat Tv3, tu yang jadi idea nak menulis cerita keluarga puteri...

Sekian wassalam..

DON'T FORGET ALLAH BY FARID SANULLAH

Assalammualaikum wbt...
Di hari Jumaat yang penuh barakah ini semoga kita dilimpahi nikmat dan rezeki serta keredhaan dari Nya.

Today puteri just wanna to share with all my friends who follow my story at this blog. Even though I'm always not updated anything...Since I heard this song, I'm fall in love with the voice and melody. Sometimes the song still can hear in my mind when I want to close my eyes..

So let's everyone to take in our mind to never forget Allah even you in difficult situation. Just Allah can help us.

You must be remember that, Allah's there so you are not alone. Raise your hands and said anything you want to Allah, then Allah will helping for you to solve your problems, to less your stress, to upgrade you Iman. Allah will never leave you, whatever you do, wherever you go, Allah always with us. That's the point puteri can share to you all for today. Be smile, start your life with Basmallah, Insyaallah..everything is easier for you to do. Wassalam...
 

Copyright by © 2013 Studio Puteri Nabilah