SAKA MAKAN JANIN, APA ITU SAKA?

Assalammualaikum wbt..
Puteri nak tanya kepada pembaca setia puteri, tahu tak apa itu saka? Kenapa puteri tanya soalan itu?
Sebenarnya puteri nak berkongsi cerita dengan kawan-kawan puteri di alam maya ni tentang saka. Ianya berdasarkan pengalaman puteri dan keluarga puteri sendiri. Saka ini sememangnya asalnya adalah daripada kepercayaan nenek moyang kita dahulu kala yang belum tahu dan mengenal apa erti syirik dan apakah ajaran sesat yang tidak boleh dilakukan sebagai seorang Muslim yang beragama Islam. 

Kawan-kawan pernah tengok tak cerita "Mantera Anjasmoro" dan "Sumpah Anjasmoro"?


Inilah watak-watak yang dilakonkan dalam cerita ni. Tapi puteri bukan nak promote cerita ni tau, tapi nak jadikan sebagai contoh untuk membuka minda masyarakat tentang apa yang berlaku di alam ghaib. Benda ni kita hendaklah percaya, sebabnya semua ini datangnya daripada syaitan.

Ada sesetengah masyarakat kita tidak percaya tentang kewujudan saka ini. 

Bak kata orang: "Ah, mengarut semua ni! Perkara karut marut mana ada lagi dalam zaman teknologi ni!"

Itulah ada di kalangan sesetengah masyarakat kita yang berfikiran sains takkan pernah percaya benda ini. Kalau kita mengkaji sendiri Al Quran itu, ada banyak perkara kita akan tahu termasuk saka. Sihir, saka, dan santau ni semua penyakit daripada syaitan. Cuma cara melakukan adalah berbeza. 
  1. Sihir ini orang yang mempelajari ilmu daripada syaitan, 
  2. saka ini pula orang yang membuat perjanjian dengan syaitan, dan 
  3. santau pula orang yang menggunakan khidmat syaitan ini untuk membinasakan atau memusnahkan orang lain atau dikenali sebagai hasad dengki, iri hati, dan cemburu. 
Saka ini ada jenis orang yang dapat takkan sedar dalam dirinya ada saka tersebut, sehinggalah dia berjumpa dengan orang agamawan yang tahu perubatan Islam. Baru dia akan sedar. Selain itu, orang sekeliling juga boleh dapat tahu melalui sikap seseorang itu. Sebagai contoh,

"Orang tersebut tiba-tiba kita tengok dia, muka dia nampak pucat dan tidak bermaya. Badannya sentiasa sakit dan letih seperti ada yang bertenggek di badannya."

Kita manusia biasa memang takkan nampak semua itu, tapi kalau nak tahu bayangannya macam mana tengoklah cerita yang puteri cakap tadi cerita mantera anjasmoro tu. Korang akan tahu macam mana keadaan sebenarnya. 

Bila puteri tengok cerita tu, puteri teringat dengan arwah adik puteri. Pada tahun 1999, puteri dapat tahu akan ada adik lagi. Memang gembira masa tu, lepas tu tiba-tiba ayah cakap ibu gugur, tapi pelik ibu tak jatuh macam mana boleh gugur. Perkara tu tergantung macam tu tanpa tahu apa-apa sehinggalah pada tahun 2009 jumpa dengan seorang ustaz yang mahir ilmu rawatan dan perubatan Islam.

Bayangkanlah 10 tahun kemudian baru tahu kenapa ibu puteri gugur, rupa-rupanya janin, adik puteri tu kena makan dengan si saka! Astaghfirullah hal azim. Ibu pun pelik juga sebab kalau gugur janin mesti ada, ini tak nurse dengan doktor siap cakap lagi janin tak ada, yang ada sisa-sisa daging janin, tak ke pelik? Sebab itu puteri cakap jangan sebarangan tak percaya. Ada benarnya. Ini pengalaman dalam keluarga puteri tau. 

Sekarang Alhamdulillah, saka ibu semua dah buang. Sebab ibu tak nak anak-anak ibu, cucu-cucu ibu kena tanggung risiko.Bukan setakat janin hilang itu menjadi satu kepelikan buat puteri sebenarnya. Banyak perkara berlaku dalam keluarga kami yang pelik bin ajaib. Tapi panjang sangat nak bercerita. Apa yang penting sekarang keluarga puteri dah selamat daripada gangguan saka tersebut. Titik asal tolaknya adalah kekuatan akidah, iman dan ibadah kita yang macam mana. Keluarga kami tidak jadi terlalu teruk diganggu sebabnya dari dulu sampai sekarang ayah yang didik kami semua berjemaah solat Maghrib, ayah sendiri yang mengajar kami adik beradik mengaji Al Quran, kalau kami tak solat siaplah kena rotan.Ibu sendiri mengaku, ibu tak ada banyak ilmu agama yang dia nak ajar pada kami, tapi ayah ada. 

Ibu cakap, ibu nak melahirkan anak tahfiz dan nak hantar ke sekolah tahfiz. Ibu niat macam itu bersebab supaya dapat ubati sakit macam itu. Ibu puteri bukanlah sepenuhnya sembuh dari sakit itu, masih ada lagi sisa-sisa sakitnya. Yela bayangkanlah dah bertahun-tahun sakit, baru sekarang jumpa penawar, tak ke makan masa kan....Sebab itulah lepas janin adik puteri gugur, pada tahun 2000 ibu puteri mengandung lagi, dan anak itulah adik bongsu puteri sekarang sedang menuntut di sekolah arab tahfiz di Kluang. Insyaallah mudah-mudahan adik bongsu puteri dapat laksanakan amanat dan impian ibu puteri yang satu tu. Aamiin Ya Rabb.

Cerita ini puteri ceritakan sebab petang tadi cerita sumpah anjasmoro keluar kat Tv3, tu yang jadi idea nak menulis cerita keluarga puteri...

Sekian wassalam..

0 Comments:

 

Copyright by © 2013 Studio Puteri Nabilah