A WORD CAN BE MOTIVATED FOR ME

Assalammualaikum wbt..

Salam Ramadhan ke-16, today puteri want to write an entry yang boleh mengumpulkan beberapa kata-kata motivasi daripada orang-orang yang selalu mendampingi puteri sebagai kawan, junior, adik, kakak dan anak. Tak kira siapa pun mereka, bagi puteri kata-kata yang hanya sekadar mesej yang panjang hatta pun yang pendek dapat mengubah diri ini untuk jadi lebih better than before. Sometimes, mesej-mesej inilah yang membangkitkan rasa kejiwaan dalam diri ini untuk terus tabah dan sabar meneruskan sebuah perjuangan dalam kehidupan. 

Keberangkalian kita akan mendapat mesej beserta doanya bila tiba hari kelahiran kita. Ramai sahabat handai tak kira dari kita kecil sampai kita dewasa dah nak tua pun, keluarga, sanak saudara, adik beradik, guru-guru dan ibu bapa... Insyaallah orang takkan putus-putus doakan kita melalui ucapan "Selamat Hari Lahir, Happy Birthday, Sanah Helwah", "Semoga dimurahkan rezeki, dikurniakan jodoh yang baik, diberi kebahagian sampai ke Syurga". Subhanallah indahkan ucapan-ucapan dari orang sekeliling kita.

Bukan setakat semasa di hari lahir kita sahaja, bahkan semasa kita nak ambil exam pun ramai akan menghantar mesej berunsurkan satu doa: "Bitaufiqwannajah" "Good Lcuk" "Semoga Berjaya". Begitu indahnya tercipta bila ada yang masih ingatkan kita tatkala kita sedang sibuk mentelaah ilmu, sedang kita sibuk mengejar kerjaya, masih ada orang ingat kita dalam doa. Puteri rasa terharu kepada sahabat-sahabat yang sudi menghulurkan 1001 kenangan, kemanisan dan memori yang sukar diungkapkan dengan kata-kata. Terima kasih semua atas ingatan.

But, puteri have one message to share for all my readers. This message puteri will be read a few time when I had a hard time to release my pressure from any problems.

My senior, Abdul Rahman said:
"Nabilah, you are a talented girl. Use it well. Tolong diri. Tolong orang. Buat duit banyak-banyak, lepas tu tolong lagi ramai orang. Tahu? Kalau ada orang kutuk Nabilah, biasalah, orang ada mulut, dia cakap apa yang dia nak. Itu benda yang kita tak boleh control. Be happy. Make yourself happy. Kalau Nabilah sakit hati dengan sesiapa, do know that ada orang yang fighting a battle yang orang tak tahu dan menyedihkan. And he keeps smiling anyway. The world doesn't need a hulk. Tapi a smiling Nabilah. Maybe a smile can cure a wounded heart. Maybe a light of life. You have skills. Be positive. Be a steel. Bila orang ketuk kita, kita bentuk jadi lagi power. Jadi pedang. Smile when the world does not. Do your best in anything. Busy? Biasalah. Orang yang tak busy orang yang tak buat apa-apa. Orang yang busy, orang yang bekerja. Masa kerja tak adalah jadi pemalas. Senang je naik pangkat. Saja je bagi mesej panjang lebar kat Nabilah. Do your best tau! And smile no matter how tough the world is..."

For puteri, this is the first message and the first time and the first person who give me a long word type of message which is sukasuki or saja-saja. But, puteri really, really appreciate it for this message from my sunbae. Thank you for giving me up and up either I'm not your friend or your best friend or your sister, but you are really, really likes my real brother. Just amazing that message come from my senior in my faculty. He is also my idol type when he do some work, he will do until done. I'm respect him because he always support each other when he do some work in teamwork. 


Mesti ramai pelik kan dengan mesej ini. Seriously, puteri also shocked when received this message. Ye laa, ada ke orang yang tak ada kaitan dengan kita, orang yang berkenalan atas dasar nama organisasi persatuan dan orang yang kita kenal hanyalah seorang yang kita anggap sebagai senior kita bagi mesej yang panjang lebar macam ni. Tapi, tak mustahil kan? Kalau kita buat baik kat orang, orang akan hargai kita. Orang bagi kita semangat bukan bagi kita lemah. Orang bagi kita semangat, kita akan jadi lebih kuat sebab kita tahu ada orang yang tanpa kita sedar tunggu pertolongan kita. Jadi kita jangan fikirkan dan pentingkan diri sendiri. Ramai orang sekeliling perlukan bantuan dari kita sebenarnya. Sebab itu kita perlu kuat. 

Sekian wassalam

MINGGU INDUKSI SISMA (MIS) 2013

Assalammualaikum wbt...

Artikel kali ini merupakan aktiviti yang wajib dilaksanakan setiap semester iaitu Minggu Induksi Sisma (MIS). Tujuan MIS dilaksanakan adalah untuk merapatkan ukhuwah senior dan junior dalam ahli keluarga SISMA disamping memperkenalkan SISMA kepada ahli-ahli baru. MIS kali kedua diadakan berlainan konsep dari MIS kali pertama. Kalau yang pertama dulu, banyak aktiviti dalaman seperti modul ianya sangat membosankan, jadi kami mengolah idea baru aktiviti yang bertemakan RUNNING MAN. Bukan aktiviti yang seperti rancangan realiti TV Running Man Korea tu tapi kami mencedok corak permainan bagi mengelakkan kebosanan dan menginovasikan aktiviti terbaru. Antaranya adalah dam aji guna manusia dan tepung, bola beracun, pusing 5x dan mengisi air dalam botol, membaca salah satu bahasa (melayu, inggeris atau arab) dalam masa yang diberikan dengan pantas satu team dan mencari death note untuk memusnahkan ahli kumpulan yang lain.




Semoga ukhuwah yang dibina melalui aktiviti kesukanan dikalangan ahli SISMA dapat mengeratkan hubungan senior dan junior. Aktiviti paling meriah yang puteri suka sertai! 

Sekian wassalam.

ANNUAL GRAND MEETING (AGM) SESSION 2013/2014

Assalammualaikum wbt...

Sebelum ini puteri dah ceritakan aktiviti pertama semester ke-4. Sekarang aktiviti seterusnya akan puteri ceritakan. Artikel kali ini merupakan program yang terakhir sepanjang penglibatan puteri sebagai exco kerohanian SISMA sesi 2012/2013. Program ini merupakan program pertukaran tugas dalam Persatuan Fakulti Pengurusan Maklumat SISMA bagi sesi 2013/2014. Kalau ikutkan sepatutnya awal semester 4 pertukaran organisasi perlu dilaksanakan tapi disebabkan ada beberapa hal yang tak dapat dielakkan, program ini berlangsung lambat daripada tarikh yang sepatutya. Memang kelam-kabut jugalah nak handle program. Kalau ikutkan organisasi sebelum kami biasanya pilihan raya dibuat secara manual iaitu tanda pada kertas, tapi disebabkan kami merupakan pelajar daripada pengurusan sistem maklumat, presiden kami perlu menukar aturcara majlis pilihan raya melalui pemilihan secara sistem. Ia agak sukar untuk menggunakan sistem, tapi menyahut cabaran daripada ketua koordinator kami untuk merealisasikan sistem tersebut. Alhamdulillah akhirnya kami berjaya, walaupun yang membuat sistem tersebut hanyalah presiden kami, saudara Rahman. Tapi program ini julung-julung kali pertama dijalankan pemilihan raya melalui sistem. Apa-apa pun memnag terbaik kepada mantan MT & EXCO-EXCO!

Sebelum berlakunya aktiviti pilihan raya, undian akan diambil melalui interview bersama seorang pensyarah dari Fakulti Pengurusan Maklumat dan Majlis Tertinggi SISMA. Selepas itu undian diambil kira daripada manifesto para pencalonan dan akhir sekali akan dibuat pilihan melalui pilihan raya oleh para pelajar setiap semester untuk mengundi calon-calon yang berkaliber untuk menjawat jawatan tersebut.

Manifesto para peseta
Sesi pilihan raya dijalankan melalui sistem media elektronik (laptop) dan ini adalah barisan urusetia pendaftaran
Barisan mantan MT & EXCO: Saudara Rahman (Presiden),  Saudara Hafiz (Exco Multimedia & Teknikal) dan Puteri (Exco Kerohanian)
Penyampaian tugas baru daripada mantan presiden kepada presiden baru: Saudara Rahman (Bekas Presiden SISMA) , En Zaffian (Penyelaras SISMA)  dan Saudari Rokiah (Presiden SISMA baru)
Semoga organisasi SISMA akan meluaskan kuasanya di bumi UiTM Machang sebaris bersama organisasi dari fakulti lain. SISMA is Society of Information System Management, anjuran Pelajar Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Sistem Maklumat UiTM Machang, Kelantan. 

Sekian wassalam.

SEMINAR ON CYBER THREAT ANJURAN SISMA SESSION 2013

Assalammualaikum wbt...

Team Exco Multimedia & Technical: Shamsiah, Puteri, Hafiz, Syazwan
Sebelum ini puteri dah ceritakan secara keseluruhan aktiviti sepanjang semester ke-4. Artikel kali ini puteri nak cerita secara lanjut satu persatu aktiviti sepanjang semester ke-4 (Mac-Julai). Program pertama yang dianjurkan di bawah SISMA adalah "SEMINAR ON CYBER THREAT". Program ini merupakan program terbesar sepanjang penglibatan SISMA di UiTM yang puteri pernah sertai untuk menjayakan perjalanan program tersebut. Puteri telah diberi kepercayaan oleh para pensyarah untuk handle bahagian multimedia dan teknikal. 

Sepanjang pembabitan puteri dalam SISMA ini, kebanyakan tugas yang diberikan kepada puteri adalah sebagai exco multimedia dan teknikal. Cabaran untuk merealisasikan tugasan ini tidaklah terlalu mencabar, kebiasaanya akan menjalankan tugas sebagai jurukamera dan  PA System. Tapi untuk menjadi exco multimedia dan teknikal ini perlu alert setiap masa dalam program tersebut bagi memastikan segala teknikal berjalan dengan lancar. 

Seminar on Cyber Threat merupakan seminar untuk menyedarkan para pelajar dan cara mengelakkan diri daripada sebarang ancaman dalam dunia cyber. Tak kira di spam, hack atau ditipu dengan penggunaan banking online, website hacked atau pepecahan masuk dalam akaun persendirian. Banyak juga ilmu dan maklumat yang dapat dikenal pasti melalui program ini. Penceramah yang berkaliber dari Syarikat Cybersecurity Malaysia dijemput menjadi penceramah dalam program ini. 

Urusetia Pendaftaran seminar
Perjalanan program
Penceramah: En. Nizam Kassim from Cybersecurity Malaysia



Alhamdulillah, akhirnya program ini berjalan dengan lancar dan memberi 1001 kenangan dan pengalaman yang sangat berguna untuk masa hadapan. Semoga kerjasama bersama ahli keluarga SISMA akan mekar sampai bila-bila. Seronok sangat gandingan bahu antara pelajar senior dan junior yang tidak lokek ilmu, bersama-sama merealisasikan kejayaan dalam program ini. Terima kasih juga kepada pensyarah yang memberi kepercayaan kepada puteri dan kawan-kawan untuk melaksanakan tugasan sampingan ini bagi menjayakan program ini. Sungguh berharga memori ini. Terima kasih semua.

Sekian wassalam.

RENCAH KEHIDUPAN SEMESTER 4

Assalammualaikum wbt..
Salam ramadhan untuk hari ke-12, baru hari ini princess dapat meluangkan masa untuk menaip beberapa patah perkataan untuk entry kali ini. Sekarang dah masuk fasa ke-2 ramadhan, dah banyakkah ibadah yang kita jalani sepanjang berlalunya Ramadhan kali ini? Jangan lepaskan peluang yang masih terbuka untuk anda nikmati. 

Entry kali ini princess bukan sahaja nak berbicara tentang bulan ramadhan, sekarang penggal tahun ke-2 princess berjaya habiskan pengajian di peringkat ijazah sarjana muda di uitm. Tinggal setahun setengah sahaja lagi untuk menempuhi segala cabaran kehidupan sebagai pelajar universiti. Banyak pengalaman dan ujian yang mengajar erti kehidupan dan mematangkan diri untuk menjadi lebih dewasa. Tak banyak princess boleh ceritakan dalam ruangan blog ini. Sebab terlalu banyak cerita untuk dikongsikan tapi tak dapat nak katakan dalam ruangan ini. Mungkin gambar boleh memberi 1001 cerita untuk semester ke-4. Mudah-mudahan semakin bertambah ilmu, semakin bertambah angka umur, akan semakin bertambahlah iman dan amal sepanjang semester lepas ini.

Sepanjang semester ke-4, banyak program dan aktiviti yang berjaya mendidik dan memberi 1001 kenangan pahit dan manis, dan mendidik diri ini lebih berkaliber. Insyaallah aamiin ya rabb.

Semester ke-4 merupakan berakhirnya penglibatan secara rasminya princess sebagai exco kerohanian dalam persatuan fakulti SISMA. Banyak juga pengalaman yang dapat dicedok dari senior-senior yang sangat sporting. Bergambar bersama mantan presiden dan exco multimedia & teknikal SISMA sesi 2012/2013 yang banyak membantu dan beri tunjuk ajar sepanjang bekerja di bawah kuasa beliau. Ianya merupakan perkara yang sangat sukar untuk dilupakan. Bekerjasama di bawah organisasi ini memberi 1001 pengalaman yang sangat berharga. Terima kasih senior!

Barisan bekas MT&EXCO SISMA 2012/2013 (berbaju korporat biru shj): Saudara Rahman (Presiden), Saudara Hafiz (Exco Multimedia) & saya (Exco Kerohanian)

Perjalanan sebagai mahasiswi diteruskan dengan meneroka pelusuk negeri mencari ilmu. Pengalaman sebagai pelajar universiti, terlalu banyak yang princess dapat terokai bila diberi tugas untuk mencari maklumat bagi menyiapkan kertas kerja. Semester ke-4 kali ini, princess bermusafir di beberapa buah negeri iaitu di Kelantan, Terengganu dan Perak. Sepanjang perjalanan musafir ini banyak memberi pengalaman dan juga pengetahuan selok belok tentang penyusunan rekod, kawasan negeri lain dan perjalanan yang jauh itu membuatkan diri ini rasa lebih yakin dan matang dalam menjalani kehidupan bermusafir secara bersendirian. Travelling dari Kelantan menaiki bas sangkut-sangkut sampai ke Kuala Terengganu dan bermalam selama 3 hari 2 malam, di sambung perjalanan solo menaiki bas ke negeri Perak dan bermusafir di sana selama seminggu. Itulah percutian selama seminggu lebih bagi menyiapkan kertas kerja berkumpulan. 

Ict Kuala Terengganu
Muzium Kuala Terengganu
Kellie's Castle, Perak
Pantai Sri Tujuh, Kelantan

Banyak juga aktiviti kelapangan, princess akan berjalan-jalan sekeliling universiti untuk beriadah dan keliling kampung tempat kami menginap (rumah sewa). 

UITM Machang
Kampung Ulu Sat (tempat rumah sewa)
Pengalaman bersama warga masyarakat orang asli di Jeli, Kelantan dapat memberi peluang kepada princess dan kawan-kawan dapat berbakti untuk mereka. Bukan berbakti untuk berpolitik, tetapi menyedari mereka juga saudara kita yang beragama Islam, yang mana tidak mengenal bagaimana isu Islam di luar sana kerana mereka tinggal dipinggiran hutan, bukan mudah nak dapatkan ilmu, aktiviti yang hanya satu hari membersihkan halaman rumah mereka, memang tak dinafikan kawasan mereka memang sangat kotor, tapi kita memang perlu sedari mereka sebenarnya tidak didedahkan dengan risiko bahayanya persekitaran yang kotor, jadi pengalaman menyertai program ini sangat berharga kerana betapa kita tidak pernah cakna keadaan sekeliling, lagi-lagi yang tinggal di pedalaman. Alhamdulillah dengan adanya aktiviti banyak kesedaran yang perlu kita ambil tahu.

Bersama rektor uitm

Bersama adik-adik dari masyarakat orang asli Jeli, Kelantan

Kenangan bergambar korporat bersama sahabat seperjuangan selepas berhabis pulas menyiapkan satu program yang kami sendiri anjurkan untuk salah satu sesi pemarkahan presentation berkumpulan, di mana kami perlu berpakaian formal seperti kami mempunyai syarikat atau consultant kami sendiri anjurkan. Kiranya kami perlu menjadi seorang trainer untuk sesuatu program. Dalam sesi pembelajaran inilah yang dapat mengajar kami cara berkomunikasi di khalayak ramai dengan menggunakan bahasa inggeris. Bukannya mudah nak speaking in English, ianya mengambil masa untuk menyesuaikan diri fasih dan lancar untuk berkomunikasi bersama audiences. Apa-apapun semua ini memberi suatu pengalaman yang sangat berharga untuk masa hadapan.


Inilah team princess tema purple
Semoga apa yang princess lalui untuk semester ke-4 ini memberi suatu pengalaman yang sangat berharga untuk princess hargai. Terima kasih sahabat! Terima kasih para pensyarah! Terima kasih ibu ayah! Terima kasih buat diri sendiri yang berjaya menempuhi semua liku-liku kehidupan sepanjang semester 4 yang lepas. Semoga semuanya menjadi satu memori paling indah, segala apa yang terluka dan terhiris biarlah ianya menjadi salah satu rencah untuk mematangkan diri. Apa kekhilafan yang berlalu semester lalu semoga ianya menjadi madu untuk masa hadapan. 

Inilah cerita sepanjang semester lepas, kalau diceritakan lebih mendalam memang susah nak habis. Jadi kumpulkan semua cerita dalam satu entry menjadi sebuah memori yang perlu dihargai. Terima kasih semua! Maafkan segala kekhilafanku sepanjang semester lalu. 

Wassalam.

UJIAN ITU ANUGERAH

Assalammualaikum wbt...

Today nothing to write something new. Just want to write something similar to us. Ujian dalam kehidupan bukannya calang-calang orang boleh dapat. Hanya yang Allah sayang sahaja akan melalui semua ujian, dugaan, cabaran, rintangan dan halangan dalam hidup. Bukan mudah nak laluinya kalau hidup tidak berlandaskan 2 perkara: Al Quran dan As Sunnah. 

People always said: "Nobody are perfect!"
Just like they said it: "Don't judge the book by it's cover!"
But, why people always judge a person by their cover and thinking that someone is perfect by their cover ? 

Yes, Puteri know that no person are perfect, but for my opinion, everyone must thinking about something, as a Muslim you must realize before late, it is because when you realize now you will not loss about something will make you regret one day. I'm never tells nobody that I'm perfect. But, when I want to tell something or make a mistake, people will judge me through my cover. Yes, I'm wear a tudung labuh, that's not mean I'm perfect. Full stop!

Sometimes, we not aware from our behavior or our attitude. Sometimes, we know that what we doing is wrong, but nobody can't understand what we feel it. Sometimes, not all the problems can share with our best friend. Sometimes, a small problem can make someone else hurt.

Tapi itulah rencah sebuah kehidupan seorang insan bernama manusia. Takkan lari daripada masalah. Masalah cinta kadang-kadang boleh kita tepis, masalah kerja kadang-kadang boleh kita abaikan, masalah keluarga kadang-kadang kita ambil tak peduli, biasanya kalau ada masalah dengan kawan baik sendiri bukan mudah nak dibaiki. Ada macam-macam masalah boleh terjadi. Kadang-kadang kita tak sedar apa yang kita buat, apa yang kita cakap, apa yang kita tulis. Semuanya boleh jadi satu punca sebuah permasalahan. Adakalanya, kita boleh abaikan, adakalanya kita boleh tepis, adakalanya kita boleh tak ambil kisah pun. Tapi hanya sesetengah masalah sahaja boleh kita buat macam itu.

Masalah semuanya datang dari hati. Hati yang bersih akan merasa jiwa yang tenang jika ada masalah, hati bersih juga mudah untuk menyelesaikan masalah, hati yang bersih juga dapat menenangkan jiwa antara dua orang yang bermasalah. Tapi ucapan tak sebegitu mudah untuk ungkapkan ianya bermasalah. Sesetengah orang boleh direct each other, tapi tak semua orang macam itu. Ada juga bila dengan kawan semua masalah susah nak ungkap, tapi bila dengan keluarga semua masalah selesai. Ada pula jenis orang dengan keluarga dia akan memendam rasa, tapi bila dengan kawan mudahnya dia menceritakan segala-galanya. Setiap orang ada identiti tersendiri. 

Sempurna? Ya, sempurna. Sedangkan sealim-alim manusia pun takkan pernah mengaku dirinya sempurna. Sebab kita tak tahu sama ada kita di pihak benar atau di pihak yang salah. Tidak seperti nabi dan para rasul, yang diri mereka semua dah tertakhluk akan ke Syurga, kita hanyalah insan biasa, belum tentu ke Syurga, ke Neraka mungkinlah. Puteri pun bercita-cita nak ke Syurga. Untuk ke syurga perlu paksakan diri sendiri untuk jadi sesempurna yang mungkin walaupun kita tahu kita tak mungkin boleh menjadi sesempurna nabi pun apatah lagi malaikat.

Tapi, Puteri ralat bila ada yang cakap: "Aku tak sempurna kau". Siapa cakap puteri memerlukan seseorang yang begitu sempurna untuk mendampingi puteri sepanjang kehidupan puteri di muka bumi ini. Puteri hanya mahu seseorang yang mampu menyertai puteri sama-sama mencari redha Allah. Ya, mardhatillah iaitu mencari jalan keredhaan Allah. Puteri sangat terkilan. Sepanjang pengenalan puteri bersama orang-orang sekeliling pun puteri tak pernah nak memperkecilkan kelemahannya, mungkin ada yang salah faham apa yang puteri katakan. Mungkin salah puteri menyebabkan orang lain terasa apa yang puteri katakan. 

Orang kata kalau ada masalah kita kena luahkan. Ya, kena luahkan. Sebab kalau tak luahkan nanti bernanah dalam hati, ianya akan menjadi satu dendam. Itulah yang selalu puteri lalui, bak kata pepatah "ditelan mati bapak, diluah mati emak". Bila puteri telan-setelannya masalah itu dalam hati, ianya bernanah bertahun-tahun lamanya sampaikan satu hari ia menjadi sebuah dendam. Tapi bila diluahkan pula, menjadi masalah lain, mula berfikir: "Aku ke yang tidak berpuas hati, atau dia tidak berpuas hati dengan aku?" Itulah masalahnya bila luahkan. Sebab masalah itulah yang menjadikan diri puteri seorang yang memendam masalah keseorangan. Hanya Allah yang tahu betapa terujinya hati ini untuk menahan iman daripada api kemarahan. 

Teringat suatu ketika dulu, masa sekolah. 
"Ada seorang kawan buat puteri marah, habis satu bilik prep bersepah, buku dan kerusi dicampak oleh puteri disebabkan api kemarahan yang tak pernah terluah selama 3 tahun dipendam menjadi sesuatu keadaan yang sukar dijangka oleh puteri sendiri. Tapi semua habis macam itu sahaja. Dah lepaskan api kemarahan itu terus lega."

Tapi sekarang Alhamdulillah Allah bagi jalan. Puteri sampai sekarang suka pendam rasa tak puas hati sendiri. Sampai suatu ketika, api kemarahan hampir meledak, puteri cari Al Quran untuk turunkan kemarahan tersebut. Tapi saat itu juga tak berhasil. Sampaikan puteri mencari alternatif lain untuk redakan kemarahan tersebut. Puteri mencari seseorang sahabat yang hatinya bersih bagi puteri. Ya, Allah bagi jalan itu. Akhirnya, puteri dapat luahkan segala-galanya kepada si dia sahabat dunia akhirat. Dia bawa puteri jalan-jalan dapatkan udara segar, release segala stress. Susah nak dapat sahabat macam itu. 


"Bila lihat wajah dia, serta-merta kita akan ingat Allah. Bila lihat tingkah lakunya terubat hati untuk menjadi lebih baik. Bila dengar kata bicara dia, serta merta diri ini menjadi segar seperti mendapat hembusan dari Ilahi. Ya Allah andai suatu ketika nanti temukanlah aku dan dia di syurgaMu" -Insyaallah-
Bukan mudah nak jaga hati, nak jaga iman kalau diri tak kuat untuk berdiri sendiri. Dulu, memang puteri bergantung harap dengan seseorang yang boleh bimbing puteri untuk terus istiqamah dalam beribadah. Tapi Allah rampas semua itu dari puteri satu persatu. Dari sekolah agama, puteri dikelilingi sahabat-sahabat yang selalu ingatkan puteri tentang solat, Al Quran, Hadis dan semuanya. Selepas habis sekolah, puteri diuji  pula bekerja dengan majikan yang kurang ilmu agamanya. Puteri mampu bersabar. Dalam masa itu macam-macam dugaan datang bertimpa-timpa tanpa belas kasihan. Puteri terus jadi lemah. Alhamdulillah Allah tak rampas keluarga puteri dari kehidupan puteri, itupun dah cukup rasa bersyukur. Masa itu puteri belum sedar yang puteri terlalu bergantung kepada orang sekeliling untuk berubah. Bila masuk universiti, satu persatu Allah tarik nikmat dalam persahabatan, dari situ puteri dapat tahu Allah nak mengajar puteri bagaimana nak berdakwah pula, bagaimana nak tarik sahabat-sahabat yang kurang ilmu agamanya untuk dekat denganNya. Sebab Allah rindu mereka, Allah sayang mereka. Puteri cuba untuk jalankan tanggungjawab itu, hadirnya seorang sahabat seperjuangan buat puteri jadi kuat, tapi selepas itu Dia tarik nikmat itu. Lalu, puteri redha sebab Puteri tahu Allah nak uji iman puteri, sama ada puteri sebenarnya berubah kerana seseorang atau kerana Allah. Sekarang apa yang puteri mampu lakukan dan puteri mampu katakan hanyalah berdoa semoga Allah tidak lagi tarik nikmat dalam persahabatan, kerana puteri terlalu rindu sebuah persahabatan yang berlandaskan Al Quran dan As Sunnah.

Terima kasih kepada sahabat seperjuangan puteri yang always make me up. Semoga suatu hari nanti kita dipertemukan kembali.

1. Harlina, puteri rindu nak dengar lawak dan celoteh kamu,
2. Shasha, puteri rindu sangat nak dengar Shasha membebel dan bagi motivasi,
3. Aqilah, puteri rindu sangat nak berjalan-jalan dan bercerita. Inilah satu-satunya sahabat puteri selama 7 tahun kita sekelas, sebilik, sekolah, walaupun puteri masih awkward dengan kamu, tapi kamulah kawan paling lama pernah bersama puteri dalam harungi zaman persekolahan.

Itulah nama yang selalu tertera dalam ingatan puteri. Just remind me if one day or one time I make a mistake. Don't let me down. Because I want go further with you all. If I'm wrong just said to me, do blame me, don't judge me by the cover. One more thing, I just want to say I want to apologize to all my best friends forever, if I do wrong, just tell me what, if I do something make you hurt, then tell me the problem, if I do something that you don't like, just say it. I can accept it. But, the something that I couldn't to tell you that I'm disappointing with you because when I want to say, all of you will blame me back, that's why no wonder if I can't tell you about the problem. I'm sorry.


Daripada hasil tulisan entry pada kali ini hanyalah suatu luahan buat hati sang puteri harungi semua cubaan dan dugaan dalam hidup. Andai kata ada yang terasa puteri minta maaf, hanya ini sahaja yang mampu olahkan apa yang berlaku sepanjang bersahabat. Ada suatu ketika kita tak mampu nak cakap berdepan, hanya mampu berdoa: 
"Ya Allah andai panjang jodoh kami dalam bersahabat, lembutkanlah hati-hati kami untuk menerima segala salah silap, terima segala teguran, terima segala apa yang kami lakukan, redhakanlah hati-hati kami dalam bersahabat, jangan jadikan permasalahan kecil untuk menjarakkan hubungan persabahatan kami. Semoga persahabatan di bawah naunganMu Ya Allah agar diredhai. Semoga perjalanan persahabatan kami merupakan suatu ibadah dalam pergerakan dakwah agamaMu Ya Allah, jagakan hati-hati kami Ya Allah, jangan timbulkan rasa dengki, khianat, dendam dan ketidakpuas hati yang berlarutan dalam hati-hati kami Ya Allah. Aamiin Ya Rabb" -Insyaallah-

Sekian wassalam

 

Copyright by © 2013 Studio Puteri Nabilah