ANNUAL GRAND MEETING (AGM) SESSION 2013/2014

Assalammualaikum wbt...

Sebelum ini puteri dah ceritakan aktiviti pertama semester ke-4. Sekarang aktiviti seterusnya akan puteri ceritakan. Artikel kali ini merupakan program yang terakhir sepanjang penglibatan puteri sebagai exco kerohanian SISMA sesi 2012/2013. Program ini merupakan program pertukaran tugas dalam Persatuan Fakulti Pengurusan Maklumat SISMA bagi sesi 2013/2014. Kalau ikutkan sepatutnya awal semester 4 pertukaran organisasi perlu dilaksanakan tapi disebabkan ada beberapa hal yang tak dapat dielakkan, program ini berlangsung lambat daripada tarikh yang sepatutya. Memang kelam-kabut jugalah nak handle program. Kalau ikutkan organisasi sebelum kami biasanya pilihan raya dibuat secara manual iaitu tanda pada kertas, tapi disebabkan kami merupakan pelajar daripada pengurusan sistem maklumat, presiden kami perlu menukar aturcara majlis pilihan raya melalui pemilihan secara sistem. Ia agak sukar untuk menggunakan sistem, tapi menyahut cabaran daripada ketua koordinator kami untuk merealisasikan sistem tersebut. Alhamdulillah akhirnya kami berjaya, walaupun yang membuat sistem tersebut hanyalah presiden kami, saudara Rahman. Tapi program ini julung-julung kali pertama dijalankan pemilihan raya melalui sistem. Apa-apa pun memnag terbaik kepada mantan MT & EXCO-EXCO!

Sebelum berlakunya aktiviti pilihan raya, undian akan diambil melalui interview bersama seorang pensyarah dari Fakulti Pengurusan Maklumat dan Majlis Tertinggi SISMA. Selepas itu undian diambil kira daripada manifesto para pencalonan dan akhir sekali akan dibuat pilihan melalui pilihan raya oleh para pelajar setiap semester untuk mengundi calon-calon yang berkaliber untuk menjawat jawatan tersebut.

Manifesto para peseta
Sesi pilihan raya dijalankan melalui sistem media elektronik (laptop) dan ini adalah barisan urusetia pendaftaran
Barisan mantan MT & EXCO: Saudara Rahman (Presiden),  Saudara Hafiz (Exco Multimedia & Teknikal) dan Puteri (Exco Kerohanian)
Penyampaian tugas baru daripada mantan presiden kepada presiden baru: Saudara Rahman (Bekas Presiden SISMA) , En Zaffian (Penyelaras SISMA)  dan Saudari Rokiah (Presiden SISMA baru)
Semoga organisasi SISMA akan meluaskan kuasanya di bumi UiTM Machang sebaris bersama organisasi dari fakulti lain. SISMA is Society of Information System Management, anjuran Pelajar Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Sistem Maklumat UiTM Machang, Kelantan. 

Sekian wassalam.

1 Comments:

Lili Aileen said...

Princess Nabilah, kita nak gambar semua calon y bentang manifesto tu? please? btw, nice entry. :)

 

Copyright by © 2013 Studio Puteri Nabilah