RENCAH KEHIDUPAN SEMESTER 4

Assalammualaikum wbt..
Salam ramadhan untuk hari ke-12, baru hari ini princess dapat meluangkan masa untuk menaip beberapa patah perkataan untuk entry kali ini. Sekarang dah masuk fasa ke-2 ramadhan, dah banyakkah ibadah yang kita jalani sepanjang berlalunya Ramadhan kali ini? Jangan lepaskan peluang yang masih terbuka untuk anda nikmati. 

Entry kali ini princess bukan sahaja nak berbicara tentang bulan ramadhan, sekarang penggal tahun ke-2 princess berjaya habiskan pengajian di peringkat ijazah sarjana muda di uitm. Tinggal setahun setengah sahaja lagi untuk menempuhi segala cabaran kehidupan sebagai pelajar universiti. Banyak pengalaman dan ujian yang mengajar erti kehidupan dan mematangkan diri untuk menjadi lebih dewasa. Tak banyak princess boleh ceritakan dalam ruangan blog ini. Sebab terlalu banyak cerita untuk dikongsikan tapi tak dapat nak katakan dalam ruangan ini. Mungkin gambar boleh memberi 1001 cerita untuk semester ke-4. Mudah-mudahan semakin bertambah ilmu, semakin bertambah angka umur, akan semakin bertambahlah iman dan amal sepanjang semester lepas ini.

Sepanjang semester ke-4, banyak program dan aktiviti yang berjaya mendidik dan memberi 1001 kenangan pahit dan manis, dan mendidik diri ini lebih berkaliber. Insyaallah aamiin ya rabb.

Semester ke-4 merupakan berakhirnya penglibatan secara rasminya princess sebagai exco kerohanian dalam persatuan fakulti SISMA. Banyak juga pengalaman yang dapat dicedok dari senior-senior yang sangat sporting. Bergambar bersama mantan presiden dan exco multimedia & teknikal SISMA sesi 2012/2013 yang banyak membantu dan beri tunjuk ajar sepanjang bekerja di bawah kuasa beliau. Ianya merupakan perkara yang sangat sukar untuk dilupakan. Bekerjasama di bawah organisasi ini memberi 1001 pengalaman yang sangat berharga. Terima kasih senior!

Barisan bekas MT&EXCO SISMA 2012/2013 (berbaju korporat biru shj): Saudara Rahman (Presiden), Saudara Hafiz (Exco Multimedia) & saya (Exco Kerohanian)

Perjalanan sebagai mahasiswi diteruskan dengan meneroka pelusuk negeri mencari ilmu. Pengalaman sebagai pelajar universiti, terlalu banyak yang princess dapat terokai bila diberi tugas untuk mencari maklumat bagi menyiapkan kertas kerja. Semester ke-4 kali ini, princess bermusafir di beberapa buah negeri iaitu di Kelantan, Terengganu dan Perak. Sepanjang perjalanan musafir ini banyak memberi pengalaman dan juga pengetahuan selok belok tentang penyusunan rekod, kawasan negeri lain dan perjalanan yang jauh itu membuatkan diri ini rasa lebih yakin dan matang dalam menjalani kehidupan bermusafir secara bersendirian. Travelling dari Kelantan menaiki bas sangkut-sangkut sampai ke Kuala Terengganu dan bermalam selama 3 hari 2 malam, di sambung perjalanan solo menaiki bas ke negeri Perak dan bermusafir di sana selama seminggu. Itulah percutian selama seminggu lebih bagi menyiapkan kertas kerja berkumpulan. 

Ict Kuala Terengganu
Muzium Kuala Terengganu
Kellie's Castle, Perak
Pantai Sri Tujuh, Kelantan

Banyak juga aktiviti kelapangan, princess akan berjalan-jalan sekeliling universiti untuk beriadah dan keliling kampung tempat kami menginap (rumah sewa). 

UITM Machang
Kampung Ulu Sat (tempat rumah sewa)
Pengalaman bersama warga masyarakat orang asli di Jeli, Kelantan dapat memberi peluang kepada princess dan kawan-kawan dapat berbakti untuk mereka. Bukan berbakti untuk berpolitik, tetapi menyedari mereka juga saudara kita yang beragama Islam, yang mana tidak mengenal bagaimana isu Islam di luar sana kerana mereka tinggal dipinggiran hutan, bukan mudah nak dapatkan ilmu, aktiviti yang hanya satu hari membersihkan halaman rumah mereka, memang tak dinafikan kawasan mereka memang sangat kotor, tapi kita memang perlu sedari mereka sebenarnya tidak didedahkan dengan risiko bahayanya persekitaran yang kotor, jadi pengalaman menyertai program ini sangat berharga kerana betapa kita tidak pernah cakna keadaan sekeliling, lagi-lagi yang tinggal di pedalaman. Alhamdulillah dengan adanya aktiviti banyak kesedaran yang perlu kita ambil tahu.

Bersama rektor uitm

Bersama adik-adik dari masyarakat orang asli Jeli, Kelantan

Kenangan bergambar korporat bersama sahabat seperjuangan selepas berhabis pulas menyiapkan satu program yang kami sendiri anjurkan untuk salah satu sesi pemarkahan presentation berkumpulan, di mana kami perlu berpakaian formal seperti kami mempunyai syarikat atau consultant kami sendiri anjurkan. Kiranya kami perlu menjadi seorang trainer untuk sesuatu program. Dalam sesi pembelajaran inilah yang dapat mengajar kami cara berkomunikasi di khalayak ramai dengan menggunakan bahasa inggeris. Bukannya mudah nak speaking in English, ianya mengambil masa untuk menyesuaikan diri fasih dan lancar untuk berkomunikasi bersama audiences. Apa-apapun semua ini memberi suatu pengalaman yang sangat berharga untuk masa hadapan.


Inilah team princess tema purple
Semoga apa yang princess lalui untuk semester ke-4 ini memberi suatu pengalaman yang sangat berharga untuk princess hargai. Terima kasih sahabat! Terima kasih para pensyarah! Terima kasih ibu ayah! Terima kasih buat diri sendiri yang berjaya menempuhi semua liku-liku kehidupan sepanjang semester 4 yang lepas. Semoga semuanya menjadi satu memori paling indah, segala apa yang terluka dan terhiris biarlah ianya menjadi salah satu rencah untuk mematangkan diri. Apa kekhilafan yang berlalu semester lalu semoga ianya menjadi madu untuk masa hadapan. 

Inilah cerita sepanjang semester lepas, kalau diceritakan lebih mendalam memang susah nak habis. Jadi kumpulkan semua cerita dalam satu entry menjadi sebuah memori yang perlu dihargai. Terima kasih semua! Maafkan segala kekhilafanku sepanjang semester lalu. 

Wassalam.

0 Comments:

 

Copyright by © 2013 Studio Puteri Nabilah