MINGGU INDUKSI SISMA (MIS) 2013

Assalammualaikum wbt...

Artikel kali ini merupakan aktiviti yang wajib dilaksanakan setiap semester iaitu Minggu Induksi Sisma (MIS). Tujuan MIS dilaksanakan adalah untuk merapatkan ukhuwah senior dan junior dalam ahli keluarga SISMA disamping memperkenalkan SISMA kepada ahli-ahli baru. MIS kali kedua diadakan berlainan konsep dari MIS kali pertama. Kalau yang pertama dulu, banyak aktiviti dalaman seperti modul ianya sangat membosankan, jadi kami mengolah idea baru aktiviti yang bertemakan RUNNING MAN. Bukan aktiviti yang seperti rancangan realiti TV Running Man Korea tu tapi kami mencedok corak permainan bagi mengelakkan kebosanan dan menginovasikan aktiviti terbaru. Antaranya adalah dam aji guna manusia dan tepung, bola beracun, pusing 5x dan mengisi air dalam botol, membaca salah satu bahasa (melayu, inggeris atau arab) dalam masa yang diberikan dengan pantas satu team dan mencari death note untuk memusnahkan ahli kumpulan yang lain.




Semoga ukhuwah yang dibina melalui aktiviti kesukanan dikalangan ahli SISMA dapat mengeratkan hubungan senior dan junior. Aktiviti paling meriah yang puteri suka sertai! 

Sekian wassalam.

0 Comments:

 

Copyright by © 2013 Studio Puteri Nabilah