SEMINAR ON CYBER THREAT ANJURAN SISMA SESSION 2013

Assalammualaikum wbt...

Team Exco Multimedia & Technical: Shamsiah, Puteri, Hafiz, Syazwan
Sebelum ini puteri dah ceritakan secara keseluruhan aktiviti sepanjang semester ke-4. Artikel kali ini puteri nak cerita secara lanjut satu persatu aktiviti sepanjang semester ke-4 (Mac-Julai). Program pertama yang dianjurkan di bawah SISMA adalah "SEMINAR ON CYBER THREAT". Program ini merupakan program terbesar sepanjang penglibatan SISMA di UiTM yang puteri pernah sertai untuk menjayakan perjalanan program tersebut. Puteri telah diberi kepercayaan oleh para pensyarah untuk handle bahagian multimedia dan teknikal. 

Sepanjang pembabitan puteri dalam SISMA ini, kebanyakan tugas yang diberikan kepada puteri adalah sebagai exco multimedia dan teknikal. Cabaran untuk merealisasikan tugasan ini tidaklah terlalu mencabar, kebiasaanya akan menjalankan tugas sebagai jurukamera dan  PA System. Tapi untuk menjadi exco multimedia dan teknikal ini perlu alert setiap masa dalam program tersebut bagi memastikan segala teknikal berjalan dengan lancar. 

Seminar on Cyber Threat merupakan seminar untuk menyedarkan para pelajar dan cara mengelakkan diri daripada sebarang ancaman dalam dunia cyber. Tak kira di spam, hack atau ditipu dengan penggunaan banking online, website hacked atau pepecahan masuk dalam akaun persendirian. Banyak juga ilmu dan maklumat yang dapat dikenal pasti melalui program ini. Penceramah yang berkaliber dari Syarikat Cybersecurity Malaysia dijemput menjadi penceramah dalam program ini. 

Urusetia Pendaftaran seminar
Perjalanan program
Penceramah: En. Nizam Kassim from Cybersecurity Malaysia



Alhamdulillah, akhirnya program ini berjalan dengan lancar dan memberi 1001 kenangan dan pengalaman yang sangat berguna untuk masa hadapan. Semoga kerjasama bersama ahli keluarga SISMA akan mekar sampai bila-bila. Seronok sangat gandingan bahu antara pelajar senior dan junior yang tidak lokek ilmu, bersama-sama merealisasikan kejayaan dalam program ini. Terima kasih juga kepada pensyarah yang memberi kepercayaan kepada puteri dan kawan-kawan untuk melaksanakan tugasan sampingan ini bagi menjayakan program ini. Sungguh berharga memori ini. Terima kasih semua.

Sekian wassalam.

0 Comments:

 

Copyright by © 2013 Studio Puteri Nabilah