ANYONE CAN EXCHANGE!

Assalammualaikum wbt.


Banyak benda puteri nak kongsi. Dari satu cerita ke satu cerita. Banyak juga entry yang puteri lebihkan kepada bicara hati. Exchange yourself! Yes, puteri rasa sekarang puteri lebih baik daripada dulu. Ibu puteri dah mention puteri semakin matang dalam berfikir dan bertindak. Pengalaman pahit sebelum ini banyak mematangkan puteri menjadi seorang yang lebih baik.

Bukan mudah nak berubah. Sikit demi sedikit. Satu persatu puteri cuba ubah, puteri muhasabah diri balik, cuba perbaiki diri balik. Banyak benda bila puteri baca balik entry puteri yang lama-lama tu, langsung tak matang! Dari ayat agak keanak-anakan, lepas tu kepada ayat keremajaan yang suka memberontak dan agak degil serta keras kepala, sampailah entry yang sekarang nie puteri sedang karangkan.

Ibu paling banyak berkorban perasaan nak menghadapi anak perempuannya yang melalui zaman ketidak stabilan emosi. Bila puteri muhasabah setiap sebelum tidur atau pun sedang menaip entry nie, puteri akan rasa sebak, sedih dan kecewa dengan diri sendiri. Lalu bertanya pada diri: "Kenapa aku sangat teruk?" Ya Allah sesungguhnya puteri khilaf, puteri jahil dalam menguasai emosi dan ego pada masa lalu. Tapi, tindakan lalu puteri itu banyak mengubah puteri menjadi apa yang puteri jadi sekarang. Lebih bersifat rasional dan profesional. Bercakap bila perlu. Berfikir sebelum berkata-kata. Bertindak bila perlu. Semua tu banyak melalui proses kesabaran dan tabah yang tahap tertinggi. Banyak dugaan bila difikir semua itu adalah terbaik untuk sesuatu perubahan dalam diri.

Sekarang, puteri dah boleh slow talk dengan ibu, dah tak macam dulu-dulu. Bila bercakap dengan ibu dah boleh bawa berbincang, dah boleh terima setiap teguran, dah boleh terima lawak ibu dan bila ibu cakap sesuatu or membebel, puteri akan senyap. Tapi itulah kadang-kadang ada sikitlah menjawabnya tapi tak macam dulu. Terlalu kerap nak memberontak dan selalu sangat nak menang bila cakap dengan ibu, maksudnya melawan laa tu. By the way, setiap kejadian itu ada hikmah di sebaliknya. Sekarang ibu jadi macam kawan puteri. Setiap masalah ibu dengar, setiap masalah ibu cuba cari jalan penyelesaiannya, sama-sama berbincang. Bila soal jodoh, ibulah orang pertama puteri akan kongsikan. Tiada orang lain, tiada yang tersembunyi. Tiada lagi rahsia antara ibu dan anak.

Sekarang, bila puteri buat salah or terkasar dengan ibu, cepat-cepat puteri minta maaf. Kalau dulu punyalah payah nak ucapkan kata "MAAF" tu. Teruk betul! 

"Kasih Ibu Membawa Ke Syurga"

Sebaris kata itulah membuat puteri bertekad dan nekad nak berubah. Sebab ibu jugalah yang menjadi puteri satu inspirasi untuk mencapai impian dan dapatkan kejayaan, bukan semata-mata nak memberi kebanggaan buat ibu dan ayah, tapi puteri buat semua ini, sebab puteri paling banyak buat dosa dengan mereka. Puteri berharap puteri sempat nak balas jasa mereka, puteri sempat nak berbakti kepada mereka, puteri sempat nak menunaikan haji dan umrah bersama-sama ibu dan ayah. Macam-macam lagilah puteri nak something yang special dengan mereka yang banyak bersabar dengan kerenah puteri dari sejak kecil lagi. Ibu selalu mention, dalam banyak-banyak anak, puterilah yang paling mencabar nak jaga. 

Mungkin inilah ujian buat ibu dan juga puteri. Orang kata, kalau anak lahir dalam karung ni agak degil dan keras kepala. Memang pun, sangat degil dan keras kepala. Dari kecil, ibu pernah cakap, puteri menangis tak pernah berhenti dari sejak lahir sampai berapa bulan, puteri tak tahu. Ibu cakap kalau lambat bertindak, mungkin puteri tak macam sekarang. Mungkin menjadi anak istimewa iaitu sindrom down kalau tak salah namanya. Tapi, Alhamdulillah Allah Maha Pengasih lagi Penyayang. Allah tak beri ujian yang berat itu pada ibu. Ibu cepat tahu bila nenek inform pasal keganjilan sikap masa puteri kecil dulu macam "Ahmad Albab", nasib baiklah tak diberinya nama "Nur Albab" hahaha..Now, nak dijadikan cerita, asal orang felda ke, orang kampung ke terutama kawan-kawan ayah dan ibu gerenti akan cakap: "Ini ke anak yang selalu menangis tu? Dah besar dah dia." Owh memang segan juga nak mengaku, hahaha, by the way itulah trademark puteri masa kecikkecik sinonet dulu kan? hahaha

Okeylah sampai di sini kalam untuk hari ini untuk bicara hati puteri. Semoga ada cerita yang lebih membahagiakan untuk dikongsikan bersama. Apa-apa yang kurang tu semuanya daripada puteri sendiri. Maafkan segala salah silap, segala kekhilafan masa lalu puteri. Andai ada yang tersinggung tu maafkanlah puteri. Semoga Allah memberkati hidup kalian semua. Okey korang, enjoy!

Sekian wassalam.

0 Comments:

 

Copyright by © 2013 Studio Puteri Nabilah