CINTA? SEBAB CINTA, AKU BEGINI

Assalammualaikum wbt..


Cinta? Apa maksud cinta? Cinta tu penting ke? Kadang-kadang pening nak takrifkan apa itu cinta dengan manusia. Dari rasa cinta timbul pula rasa rindu. Bila dah rindu di situ timbul orang ketiga menghasut (syaitan). Memang menakutkan bila ingat balik kisah-kisah percintaan yang tersangkut di tengah jalan tu. Ya, puteri bukanlah sempurna pun untuk sesiapa. Puteri hanyalah manusia biasa, yang akan bangkit selepas beberapa kali terjatuh. Jatuhnya puteri dalam perjalanan, dalam setiap liku-liku kehidupan bukannya setakat luka-luka kecil kat kulit je, tapi sampai bernanah dah hati ni. Serik! Bila ditunjal pelbagai persoalan tentang cinta. Kadang-kadang puteri lali nak mendengar. Kadang-kadang tu puteri rasa untuk bercinta tu macam dah tak ada dalam kamus hidup. 

Susahnya nak lupa cinta pertama yang pernah hadir dalam hidup. Dalam hidup akan ada yang pertama. Dalam hidup jugalah akan ada kegagalan. Apa puncanya? Tak sabar? Ingin mencuba? Mungkinlah. Itulah naluri remaja yang puteri pernah lalui. Sangat menyakitkan dan rasa diri ini tidaklah baik seperti mana pandangan orang di sekeliling. Kadang-kadang hati ini pernah juga tertaut secara tak sengaja, bila terlihat dan terpandang seorang pemuda yang sangat manis wajahnya, seperti baiknya para rasul dan nabi. Tampak warak, tampak alim. Tapi, bila refleksikan pada diri puteri sendiri, puteri rasa sangat rendah diri, rasa macam tak layak pun untuk sesiapa memiliki diri ini, sungguh tak secocok, tak sepadan pun, langsung tak ada kesedondonan. Perasaan ini membuatkan seolah-olah puteri tak ada life nak bercinta dengan sesiapa pun. Bukan tak redha, tapi perit rasa di hati. Susahnya nak ubati. 

Kata orang, cinta itu lumrah. Tapi, puteri pelik kenapa ujian cinta ini bagi orang sangat ringan, bila puteri hadapi ianya sangat mencabar. Ini soal hati. Hati yang tidak kuat dengan landasan iman memang akan goyah. Tapi, semua itu kisah lama. Kisah lama yang buat puteri makin lama, makin kuat, makin cuba untuk perbaiki diri. Bila disoal tentang cinta, tentang jodoh, puteri akan jawab sekarang bukan masanya. Walhal hati ini cukup kuat nak merasa dicintai dan mencintai secara halal. Sungguh cemburu bila melihat orang lain bahagia, puteri tumpang gembira. Cuma kadang-kadang bila tengok saban hari ke hari akan ada sahaja orang buat majlis akad nikah. Bila pula turn puteri ya? 

Normal kan perasaan itu hadir? Baru-baru nie, puteri dapat 2 khabar berita dari bekas pecinta puteri (exbf). Sebelum ini, puteri pernah couple 2x. Itupun berpisah kerana bersebab. Memang bukan jodoh dari Allah. Puteri redha.  Bulan September 2013 nanti (exbf) puteri yang pertama akan kahwin dengan pilihan hatinya, kami berpisah pun sebab puteri yang minta putus. Bulan Mac tahun depan (exbf) puteri yang kedua pula kahwin , itupun dengan pilihan mak dia. Dalam menyampaikan kegembiraan tu, tiba-tiba terselit perasaan dalam hati puteri:
"Ya Allah, kuatkan aku. Hilangkan rasa sayang dan cinta yang berbaki ini. Sungguh aku redha dengan qada' dan qadarMu. Aku tahu ini adalah perancanganMu yang terbaik untukku. Jodoh aku dengan mereka bukanlah yang terbaik dalam perancanganku. Berilah aku kekuatan iman dan rasa sayang ini hanya untukMu yang satu. Temukanlah aku dengan imam yang bakal membimbingku ke jalan syurgaMu. Sungguh aku redha, Ya Allah. Andai tiada jodohku di dunia ini, hadirkanlah aku sekeping hati untuk aku merindui jodohku di syurga nanti. Aamiin Ya Rabb."

Setiap saban hari, meniti doa-doa ini tulus dari hati ini. Kerana puteri rasa nak rebah setiap kali menatap wajah-wajah yang pernah hadir dalam sekeping hati ini. Bukan sekadar rebah, bahkan hati rasa sebak, rasa pilu, hampir menitis air mata, tapi puteri tepis, sebab apa? Mereka tak berhak pun jadi bahan untuk puteri menangisi. Mereka bukan sesiapa pun. Siapa mereka? Mereka hanyalah hadir sekejap cuma, hanya ingin menguji kekuatan hati dan iman. Sungguh puteri tersungkur dalam ujian ini. 

Kadang-kadang rasa sedih bila puteri berfikir, kenapa puteri tak pernah elak rasa ingin dicintai atau mencintai dengan sesuatu yang belum halal untukku? Hilang sudah prinsip-prinsip yang puteri gagahkan. Hanya sekadar ayat-ayat cinta yang diberikan oleh mereka, yang mana ianya boleh je jumpa kat tepi jalan tu, pun boleh terkandas. Lawak pun ada, gelak guling-guling bila ingat balik. Propa aje lebih! Cakap tak serupa bikin! Susahkan nak jadi yang betul-betul menjaga hati? Memang susah! Kadang-kadang itu tertanya-tanya sendiri: "Kenapa Allah temukan aku dengan seseorang yang salah (bukan jodoh untukku)?"


Akhir kalam cinta, inilah bicara hati yang tulus dari hujung hati puteri. Setulus-tulusnya! NOKHTAH! Cukuplah dengan ujian ber'couple' yang tak sudah nie. Hopefully sangat puteri dapat jumpa seseorang yang memahami puteri, menerima puteri seadanya walaupun dia yang akan jadi suami puteri suatu hari nanti tu tahu selok belok kisah percintaan puteri sebelum akad nikah antara kami kelak. Puteri tak nak cari yang terlalu sempurna. Cukuplah sekadar yang mahu bangkit dan teruskan liku-liku hidup ini untuk menempuh ke arah perjalanan ke syurga Allah. Bukan yang tampak alim, warak atau sebagainya. Cukuplah dia lelaki yang bawa puteri dan bimbing puteri ke jalan yang diredhai Allah. Setiap manusia itu takkan pernah sempurna, pasti akan ada cacat celanya. 

Sekian wassalam.

0 Comments:

 

Copyright by © 2013 Studio Puteri Nabilah