JODOH? BENARKAH DIA?

Assalammualaikum wbt..


Kali ini puteri hanya nak tulis satu luahan hati, satu perasaan yang merindui, tapi Astaghfirullah hal azim..dia bukan milikku lagi. Ya Allah dugaan apa ini kau beri kepada hambaMu ini. Ya, tahu ianya tak berat berbanding saudara-saudaraku di bumi Mesir sana. Tapi inilah salah satu ujian dan dugaan hati. Tak apalah redhakan apa yang sedang berlaku sekarang. Saat ini, ketika ini dah banyak cara, dah banyak kerja dilakukan semata-mata nak lupakan, nak hilangkan, nak kurangkan rasa rindu, rasa cinta, rasa suka, rasa sedih, rasa kecewa dan semualah 1001 perasaan itu. Susah nak gambarkan dengan kata-kata. Setiap hari, setiap detik apa yang cuba dilupakan semakin kuat di hati sebut-sebut nama dia, semakin kuat di ingatan gambaran wajah-wajah famili dia, bila mimpi, esok bangun balik mesti cakap itu mainan syaitan! Walhal masa mimpi tu bulan Ramadhan, mana ada syaitan. Lastly, buat-buat lupa, hati tak keruan. Tak tahu apa maksudnya. Bila cakap mungkin ini petunjuk, takkanlah kan dia dah pun bagi jawapan. Buat apa nak mengharap sesuatu yang dah tahu jawapannya? 

Sebenarnya, sebelum ini pun dah alami perkara yang sama 2x. Dah jadi pengajaran dan nak pegang pada prinsip iaitu "DON'T COUPLE BEFORE NIKAH"! Alhamdulillah Allah kuatkan hati, kuatkan iman puteri untuk tidak lagi terjebak dengan dunia cinta monyet tu. Tapi untuk kehadiran cinta kali ke-3 ini terdetik. Tak tahu nak salahkan siapa? Mungkin puteri. Semasa cinta monyet, ada pernah kawan lelaki tersebut syorkan suruh buat solat istikharah, tapi malangnya saat itu kesedaran untuk beristikharah tak ada dalam diri. Yakin semberono je ada. Al maklumlah itu zaman kejahilan puteri dalam memiliki cinta zaman muda mudi. Semua orang ada masa silam. 

Tapi saat ini dan untuk julung pertama kalinya untuk beristikharah berulang-ulang kali rasa ringan, rasa mudah nak buat, rasa terfikir: "Kenapa puteri dulu tak pernah nak buat solat sunat istikharah? Walhal 2 rakaat aje pun." Itulah dulu kan zaman remaja manalah nak fikir matang soal kehidupan rumah tangga, yang difikirnya cinta aje. Memang tak lah. 

Sekarang puteri hanya cuba menyibukkan diri dengan belajar, kerja sambilan sebagai freelance just as my hobby for leisure time. Kadang-kadang bila bergosip dengan kawan-kawan perempuan, gerenti akan terselit soal kahwin, boyfriend girlfriend, pakwe makwe. Then I choose to be a silencer girl. Malas nak fikir, bila sebut nanti, ada aje orang bangkitkan nama dia. Haishh...

Every man who I know, I will tell my mom first. When my mom know that man, she always talk every time, every day and so on. Setiap kali borak dengan ibu, soal kahwin gerenti tak kering dari mulut ibu. Kadang-kadang ibu ada cakap mungkin dia masih dalam dilema. Owh, nak percaya ke? Actually, dah cerita itu ini dengan ibu, tak sangka ibu akan tanyakan soal jodoh ini dengan seorang ustaz yang pengamal perubatan Islam. Ustaz tu yang puteri kenallah setakat ini, dia boleh ubat sakit dalaman yang dikuasai syaitan dan jin (histeria, saka, tindih jin and so on) lepas tu dia juga boleh ubati penyakit organ dalaman sebagai contoh macam abang puteri pernah kena sakit darah talasemia. Alhamdulillah ustaz tu dapat detect hati abang bengkak, then dia ubat dengan cara dia macam scan kat badan orang guna tangan dia and of course ayat-ayat suci Al Quran. Okey stop cerita pasal pekerjaan ustaz tu. Yang utama ceritanya adalah, "my mom ask him about me!" Then the ustaz said, I have someone, but the someone is in dilemma. Itu sahaja yang ustaz tu cakap. By the way, beberapa tahun yang lalu, sebelum ibu tanya ustaz tu soal jodoh puteri, time tu puteri pernah bertandang kat klinik ustaz tu, then tiba-tiba ustaz tu cakap: "Awak ini apa yang ustaz nampak, ramai orang laki sukakan awak, mereka lihat awak bagaikan puteri, tapi awak kena pandai memilih". Dari situ puteri pelik, macam mana ustaz tu tahu, puteri guna gelaran "puteri"? Masa itu apa yang terdetik dalam hati puteri adalah: " Boyfriend pun tak ada, inikan ramai lelaki?" hahaha, serius memang tak percaya pun masa tu. After that, dengan tak sangkanya ramai kawan-kawan lelaki cucuk jarum, hahaha..masa tu dah mula percaya apa ustaz tu cakap. Bukan setakat itu sahaja, masa puteri couple dengan seseorang yang bergelar ustaz or cikgu agama, ustaz tu cakap apa, dia tengok je puteri lepas tu ustaz tu cakap apa: "Handsomenya orang tu, putih, pakai kopiah, baik orangnya" Owh my Allah, memang terkejut bila ustaz tu tegur puteri macam tu, alahai malu memang tak boleh cakaplah.

Okey now, apa yang ibu ceritakan pada puteri, puteri tak tahu nak percaya atau tidak. Sebab apa yang puteri dapat perhatikan, apa yang ustaz tu kata memang kena kat seseorang yang puteri dambakan sekarang ni. Mungkin dia dalam dilema. Apa-apa pun puteri hanya anggap ianya suatu kebetulan dalam hidup. Tak payah nak percaya sangat, nyaya hati sendiri kalau kecewa. 

Mesej-mesej dia dalam handphone 1st puteri beli pakai duit gaji sendiri, puteri tak pernah padamkan. Sebabnya ianya ada sentimental value. Dulu rajin juga bermesej. Ada je masalah pasal life or pelajaran mesti mesej. Tapi dulu puteri selalu dan banyak jugalah tanya pasal hukum hakam. Biasalah kalau kat sekolah belajar tu belajar juga, tapi belajar untuk exam, memanglah tak ingat! hahaha...

Itulah mulanya masalah, bila lelaki dan perempuan berkawan. Lama-lama mesti akan ada terdetik dalam hati sesaat ke beberapa minit ke perasaan suka tu. Puteri banyak kali ignore, tapi perkara tu jadi melarat, dah tengah-tengah couple dengan orang lain, boleh pulak tangkap feeling dengan orang lain, entah apa-apa aje laa. Apa-apa pun jawapan dari dia, dia hanya anggap puteri hanyalah seorang adik. By the way, memang cool je bila dapat jawapan tu. Sebab persoalan yang sekian lama terngiang-ngiang kat dalam minda sampai mengganggu jantung, limpa, hati dan segala organ dalaman untuk focus on study terlayang-layang sebarnya. hahahaha... itupun sebab kawan yang suruh tanya dan berterus-terang dengan dia, jawapan belakang kira. Masa nak mulakan mesej tu balik, memang awkward sangat-sangat. Tapi kawan-kawan banyak mendesak suruh juga send mesej kat dia, supaya puteri tak terlalu bawa diri jauh sangat yang kononnya, dia bakal imamku...hahaha....sampaikan mesej-mesej yang puteri hantar tu kebanyakannya kawan-kawan puteri yang tolong buatkan ayat. Kalau puteri nak buat ayat nak meminang lelaki memang tak lah jawabnya. 

Inilah pertama kali, bagi puteri, puteri proposed someone dalam hidup puteri sebab yakin dia boleh bimbing puteri untuk ke syurga. Tapi, jawapan tetap jawapan. Dia dah bagi jawapan, so buat apa nak terhegeh-hegeh lagikan? Senang nak cakap, macam cool aje tahan. Kononnya kuatlah, tapi setakat ni tak menangislah cuma rasa nak tumbuk-tumbuk aje hati dengan otak ni, suruh hilangkan perasaan suka dan ingat kat dia tu. Haish...sampai sekarang asal buka facebook, nampak gambar dia kat list friend tepi sidebar wall profile puteri, asal buka twitter mesti buka bahagian "connect" nak tahu ada orang reply mesej ke tak, alih-alih nampak mesej dia. hahaha...apa-apa pun ini adalah dugaan, ada jodoh ke tidak, itu urusan Allah. Apa yang puteri tengah nak sediakan sekarang ni, nak habiskan study dengan keputusan yang cemerlang, nak kerja yang hebat-hebat, dapat beli kereta dan rumah sebiji, lepas tu nak pergi Mekah dengan keluarga buat haji dan umrah. Insyaallah mudah-mudahan dipermudahkan. Aamiin.

Setiap kali perasaan rindu itu hadir, puteri akan tepuk pada dada puteri dan cakap dengan hati puteri:

"Duhai hati, duhai Iman, bersabarlah. Tolong bantu puteri jangan sakitkan hati ini dan lemahkan iman ini. Puteri kena kuat, sebab puteri sayang diri puteri kerana Allah. Puteri juga sayang dia, tapi sayang dia tak bermakna kalau dia bukan jodoh puteri, bantu puteri ringankan beban rindu ini. Lupakan dia, hilangkan nama dia dalam hati ini, andai dia bukan untukku" 
Ada 3 lagu, bila puteri dengar puteri akan ingat dia: | Ku Pilih Hatimu by Ussy ft Andika Pratama | Tuhan jagakan dia by Motif band | Ku tetap Menanti by Nikita Willy | #(setiap lagu ada sentimental value buat puteri) #


Sekian, wassalam.

0 Comments:

 

Copyright by © 2013 Studio Puteri Nabilah