ORDER FOR PERSONAL BLOG

Assalammualaikum wbt..
Untuk tempahan Personal Template, harga yang ditawarkan adalah lebih murah sedikit daripada Blogshop Template, iaitu RM30/blog. Ini adalah kerana penggunaan dan design agak berlainan sedikit. Di sini puteri akan sertakan terma dan syarat bagi mengelakkan sebarang salah faham mahupun ketidak puas hati terhadap design atau olahan. Sekiranya, anda tidak dapat mematuhi sebarang terma dan syarat yang telah digariskan oleh puteri, puteri berhak membatalkan process edit dan design blog anda, dan wang anda akan dikembalikan. Sekian.

  1. Column blog yang akan diproses hanyalah 2 column sahaja. Sekiranya anda mahukan 3 column puteri tidak akan meneruskan process tersebut.
  2. Design puteri akan berubah dari semasa ke semasa. Sekiranya anda ingin menambah sebarang item, sila nyatakan semasa anda ingin menempah. 
  3. Sebelum process design dimulakan, sila pastikan anda Download/Back up coding/template lama/blog anda. Sebarang kerosakan atau kehilangan maklumat dari blog anda,itu bukan lagi di bawah tanggungjawab puteri.
  4. Blog anda akan diproses mengikut turutan. 1st come 1st serve. Tidak ada sebarang loncatan.
  5. Blog anda akan diproses selepas anda membuat bayaran sebanyak 50% atau full payment. Sebarang bayaran, anda hendaklah sertakan resit atau information bayaran anda kepada puteri sama ada dengan Facebook/ email.
  6. Bayaran diterima adalah dari akaun Maybank/ Bank Islam. Untuk bayaran Top up takkan dilayan.
  7. Tempahan ini diambil dengan menggunakan platform Blogger.com. Selain daripada platform tersebut, tempahan anda akan dibatalkan. 
  8. Sekiranya anda bukan ahli Blogger.com, untuk pembukaan akaun baru akan di charge sebanyak RM10
  9. Puteri bukan seorang Webmaster Profesional, sebarang design adalah olahan dari bacaan coding HTML| CSS| PHP dan Design dari Adobe Photoshop.
  10. Anda hanya boleh menukar sebarang idea design sebanyak 2x sahaja. Sekiranya lebih akan di charge.
  11. Pastikan anda sertakan draft design daripada anda sendiri bagi mengelakkan sebarang salah faham atau tidak suka dengan design puteri. Sekiranya, anda menyerahkan 100% design daripada idea puteri sendiri, anda hanya ada 1x sahaja peluang untuk menukar idea design anda.
  12. Sekiranya anda ingin membatalkan design anda dari puteri, pastikan anda inform awal supaya puteri tidak terlepas pandang.
  13. Design full template, puteri berhak meletakkan Copyright di blog anda.
  14. Sebarang pertukaran design hendaklah dimaklumkan selewat-lewatnya sehari selepas puteri beritahu anda tentang pemprosesan blog anda. Sebarang pertukaran design tidak akan dilayan selepas itu melainkan tiada customer lain sedang menunggu proses penyiapan blog mereka. 
  15. Pastikan anda sentiasa keep in touch bersama puteri untuk bekerjasama bagi mempercepatkan process penyiapan blog anda.

  1. Email  dan Password Blog anda
  2. Kombinasi warna
  3. Tema blog
  4. Design header [sertakan gambar | ayat | contoh background]


P/s: Puteri akan membuka sebarang tempahan Blog Template mengikut masa cuti puteri. Hal ini kerana puteri merupakan seorang pelajar IPTA sepenuh masa. Jadi, untuk menempah template hendaklah mengikuti masa cuti puteri. Harap maklum. Maaf sekiranya masa yang anda ingin menempah puteri tidak dapat mengambil tempahan tersebut. Walaubagaimanapun, puteri akan inform semula kepada setiap email/pm inbox facebook puteri bagi memberitahu tentang pembukaan tempahan blog ini. 

Sekian wassalam.

0 Comments:

 

Copyright by © 2013 Studio Puteri Nabilah