SALAM AIDILFITRI 1434 HIJRAH

Assalammualaikum wbt..
Masih dalam mood Syawal lagi kan? Kali ini lambat sikit nak tulis cerita di aidilfitri. Tak banyak pun nak ambil gambar. Sebab Aidilfitri kali ini puteri sambut secara sederhana sahaja. Nak pulang ke kampung, kampung memang dah tak ada sejak nenek dah kembali menghadap Allah. Hanya beraya bersama ahli keluarga. Kalau setiap tahun lepas bersalam-salaman antara ahli keluarga kami akan pulang ke kampung atau menziarahi ke kuburan. Tapi kali ini tidak, puteri pagi-pagi raya lagi dah bangun siapkan juadah untuk makan lepas solat raya, tapi puteri tak rasmikan langsung baju raya untuk tahun ini. Pakai baju T-shirt biasa duduk kat rumah macam itu sahaja, memang awkward jugalah pagi-pagi raya pakai baju buruk hahaha. Okey di bawah ini beberapa gambar juadah di pagi Aidilfitri: Ketupat segera, ayam masak kari, daging masak rendang, kek batik dan satu menu lagi lambat masak iaitu sayur campur goreng sambal.


Kali ini puteri nak ceritalah beberapa agenda sepanjang musim Aidilfitri tahun ini. Syawal kali ini puteri dapat rasmikan baju raya adalah pada hari raya ke-4. Itupun sebab ada sepupu melangsungkan perkahwinannya. Dapatlah juga bergaya dengan baju raya. Kalau tak rasa-rasanya masa ada events aje kot nak bergaya baju design sendiri.








Bukan setakat majlis walimah sepupu je, majlis walimah senior puteri baru-baru ini pun buat masa bulan Syawal juga. Ramainya membina masjid baitul Muslim. Alhamdulillah. Masa pergi walimah seorang senior terjumpa pula senior paling senior masa kat Munshi dulu, sekarang ini dah jadi artis. Bukan setakat artis, Imam Muda lagi, iaitu IM Nazrul. Dapat duduk semeja masa datang walimah senior nie merangkap bekas anak murid ibu puteri. Pengantinnya bekas anak murid ibu, yang imam muda pula bekas anak murid ayah. Alhamdulillah semua anak-anak murid ayah ibu semuanya berjaya. Tumpang gembira, sebab puteri pun salah seorang bekas anak murid ayah ibu haha.. Let's see the pictures!

credit photo: Imam Muda Nazrul



Mesti ada tertanya kan kenapa tak ada satu pun gambar puteri dengan mereka ini? Almaklumlah puteri seorang pemalu hahaha....hati teringin tapi segan. Kalau datang dengan member-member ada nak juga ambil gambar dengan mereka nie, tapi disebabkan datang dengan parents memang tak nya lah nak ambil gambar kan, setakat tangkap gambar dari jauh ajelah..Itu sebab gambar-gambar semua tak pun yang pandang kamera dari puteri, huwawawa...apa-apa semoga berbahagia sampai ke syurga, aamiin. Puteri bila lagi ea? Entahlah jodoh pertemuan urusan Allah, kita hanya mampu berdoa, usaha selainnya berserah. 

Okey, di sini sahajalah cerita di Aidilfitri yang seberapa sangat. Apa-apa happy for any moents in my life =)
Wassalam...

0 Comments:

 

Copyright by © 2013 Studio Puteri Nabilah