SOMEONE SPECIAL?

Assalammualaikum wbt..

Kadang-kadang rasa rindu yang bertaut itu ada sebabnya. Kenapa perasaan itu selalu sangat bertandang? Allah nak uji hati kita, sama ada kita rindukan Dia atau someone special yang ambil dari hati kita. Tapi , normallah seorang insan akan saling merindui. Tak kiralah kepada siapa? Sahabat ke, keluarga ke, guru-guru ke or someone special ke mesti akan ada sebab kenapa rindu akan bertandang. Ya, rindu bertandang bila banyak memori yang special sepanjang tempoh perkenalan dengan seseorang itu, ia akan membuat hati berkata bahagia. 

Tapi puteri peliklah, apa yang special sangat dengan nama orang yang puteri dambakan sangat sampai susah sangat nak lupakan tu? Walhal kami tak adalah mencipta sebarang memori yang indah or kata-kata yang lebih ke arah nak mengayat pun. Mungkin ini suatu permainan hati, perasaan, nafsu dan syaitan semata. Tadi baca mesej-mesej dia sepanjang conversation antara kami di Facebook 03 February 2011 sehingga 06 June 2013. Hampir 3 tahun lebih juga berhubung. Itu pun on/off. Kebanyakan conversation mula pun puteri banyak tanya pelbagai kemusykilan dalam bab hukum hakam sesuatu perkara. Dalam berhubung tu, ada je gurau senda. Normal jugalah. As usually as a friend, right? Kadang-kadang ada something yang kita nak luahkan kepada someone yang bagi kita, dia caring pada kita. Tak kira waktu tu tengah bahagia dengan couple ke or tengah sedih bila putus or ada masalah dengan couple. Tak sangka dalam conversation yang pada awal macam biasa-biasa sahaja, menumbuhkan benih rasa suka.

Puteri kali ini tak adalah nak cerita siapa someone special tu. Just nak tahu apa sebab, kenapa dan mengapa serta bagaimana rasa rindu tu mula bertandang dalam hati ini? Kadang-kadang puteri tak faham, kenapa perlu hadirkan seseorang dalam hidup kita, walhal dia bukan yang terbaik or dia bukan untuk kita. Seboleh-bolehnya nak elakkan perkara ini terjadi.Tapi diri ini hanyalah insan biasa, yang juga punya perasaan untuk mencintai dan dicintai. Tak salah kan? Sebab ianya lumrah manusia. 

Bila ditanya soal hati, maka jawapannya takut mengecewakan dan dikecewakan. Ya, puteri pernah rasa perasaan kecewa yang high. Lagi-lagi ada satu masa tu, dah tak fikir siapa puteri sebenarnya, ada iman lagi ke tidak? Sampai macam tu sekali menyalahkan takdir kerana temukan hati ini dengan someone yang bukan untuk kita. Puteri ingat lagi, bila puteri tanya balik moment lama pada exbf, kenapa dia lepaskan puteri, sedangkan dia juga berduka lara? Rupa-rupanya, dia dah buat solat istikharah dan dia dah nampak calonnya siapa. Okey puteri boleh terima kalau dia bagitahu hal sebenar. But, dia tidak lakukannya pun, bila didesak baru dia cerita. Mulut senanglah cakap masih sayang, walhal dah ada petunjuk buat dia, kenapa perlu seksa hati orang lain? Sejak itu, puteri mula berfikir untuk solat istikharah.

Ada hikmah di sebalik kejadian yang lalu. Walaupun satu persatu Allah tarik segala nikmat. Dari result STPM yang tak seberapa nak lepas, tawaran kemasukan ke universiti pun tak lepas, diduga pula hati diuji dengan terpaksa rela melepaskan orang yang disayangi yang kononya yakinlah dia jodoh kita. Tapi, masa tu Allah bagi sesuatu yang puteri sendiri tak terduga. Lepas kecewa dengan masa lalu, puteri hari-hari berdoa puteri nak keluar dari Johor, kalau boleh nak ke Pantai Timur, masa tu fikir harap-harap dapat masuk Unisza. Tapi Alhamdulillah, Allah dah lama khabarkan:

"Allah akan beri apa yang kita perlu, bukan apa yang kita mahu, kerana Dia yang tahu apa yang terbaik buat setiap hamba-hambaNya yang Soleh"

Selepas beberapa ujian dan dugaan yang bertimpa tu hadir, Allah kurniakan beberapa nikmat, tanda Allah masih sayangkan puteri. 
  • Allah bagi result yang kurang, tapi Allah balas dengan kejayaan tak disangka dalam pertandingan blogger tema kemerdekaan under Utusan Malaysia dan dapat pula RM300 sebagai hadiah saguhati.
  • Allah tak bagi peluang untuk kemasukan universiti panggilan yang pertama, tapi Allah hadiahkan tawaran kedua dengan ilmu yang baru. Maksudnya, semasa kemasukan yang pertama, semua kos yang puteri minta kebanyakannya kos pengajian Islam "Syariah, Al Quran & Sunnah and etc". Untuk permohonan kali ke-2, ibu dan abang yang banyak tolong uruskan, masa tu puteri dah give up sangat-sangat sampai ayah dan ibu risau. Ibu yang selalu bangun malam dan buat solat sunat istikharah untuk puterinya bagi permohonan universiti (rayuan). Masa tu attitude puteri sangat teruk jugalah. Macam tak boleh langsung terima qada' dan qadar Allah. Then, Allah bagi peluang kedua yang berlainan kos dari STPM dan pula dapat tempat di kawasan Pantai Timur. Allah itu adilkan. 
  • Next, Allah pisahkan hubungan yang tidak diredhaiNya means couple, tapi Allah gantikan dengan someone special itu untuk bimbing puteri supaya terus usaha dan jangan putus asa. Allah sayang puteri, puteri sayang Allah. 

Bila puteri coretkan cerita-cerita lalu, semua perkara ini banyak bagi muhasabah untuk diri puteri sendiri. Supaya beringat, jangan sesekali berputus asa terhadap sesuatu yang kita tak tahu baik buruknya. Percaya setiap apa yang Allah telah catatkan. Soal jodoh, puteri dah tak fikirkan lagi, siapa, bila, di mana, sempat ke tidak....semua ini berlaku bila si dia dah beri jawapan. Tapi, kenapa hati ini masih mengharap akan ada sinar dari si dia? Semuanya menjadi tanda tanya. Puteri dah tepu nak fikir, untuk hilangkan rasa pengharapan yang menghantui setiap lena, setiap jaga setiap detik. Kadang-kadang puteri akan jawab sendiri bagi setiap persoalan yang berlayang-layang dalam fikiran. Bukan senang nak tepis kesemua perasaan yang hadir tanpa diundang, yang datangnya tanpa sebarang salam. Ianya berlaku hanya sekelip mata. 

Akhir kalam, puteri berharap agar suatu hari nanti, puteri dapat lupakan sesiapa yang pernah hadir dalam hidup ini. Tak kira ianya dikecewakan atau dibahagiakan. Walaubagaimanapun, puteri nak mohon maaf andai pernah menyakiti, mengecewakan, mengguris, berkasar, terlancang kata atau terlajak bicara. Puteri juga nak ucapkan terima kasih atas kehadiran yang banyak memberi sokongan, memberi tunjuk ajar, menjaga semangat dan sebagainya. Apa-apa pun semoga kalian semua akan menjadi sahabat puteri sampai syurga. 

Be loved. Be friend. Be nice. Sekian wassalam.

0 Comments:

 

Copyright by © 2013 Studio Puteri Nabilah