YA RASULULLAH AKU MERINDUIMU

Assalammualaikum wbt..
12 Rabiulawal? Masih ingat lagikah kita tarikh istimewa ini? Masih ingat lagikah nama seseorang yang merindui kita suatu ketika dahulu?Sudahkah kita menyampaikan salam rindu dan cinta kita kepadanya? Pernahkah terfikir suatu ketika nanti kita akan bertemu dengannya?

"Umati, umati, umati" Teriakan daripada kekasih kita, kekasih awal dan akhir. Kekasih yang menyanyangi kita seluruh jiwa dan raganya sebelum kita dilahirkan lagi. Pernahkah kita menghargainya?


Terdetik di hati ini, "Ya Rasulullah aku merinduimu". Kerap kali perasaan rindu ini menerjah di hati ini. Mungkin hati ini bukan milik manusia yang dulunya disalah gunakan. Sekarang merasakan rindunya kekasihku yang satu ini. Kekasih yang telah lama merindui umat-umatnya. 


Ya Rasulullah
Salam buat mu duhai kekasih Allah
Kami sentiasa mengingatimu
Wahai penghulu anbia
Ya Rasulullah
Kini tiba detik yang bersejarah
Hari kelahiranmu yang ditunggu
Detik gemilang
Seluruh alam bergembira
Dengan kedatangan dirimu
Bagaikan rembulan mengambang
Membawa cahaya yang terang
Hapuslah segala kejahilan
Musnahlah segala kezaliman
Ya Rasulullah ya habiballah (2x)
Sejarah perjuangan mu
Diingat dikenang kembali
Dijadikan contoh tauladan
Di dalam mengharungi kehidupan
Tabahnya dirimu ya Rasul
Menempuhi dugaan tuhan
Biar pun dicaci difitnah
Semangatmu terus menyala
Akhirnya membawa kecemerlangan
Akhirnya membawa kemenangan
Ya Rasulullah ya habibAllah (2x)


Sekian wassalam.

MEREKA K.A.M.I

Assalammualaikum wbt...
Salam ukhuwah dari puteri. Dah lama tak update sebarang cerita. Apa yang nak cerita ya hari ini? Tak ada apa yang menarik, cuma ikutkan hari ini kena pergi satu program. Tapi nak dijadikan cerita kami tak dapat pergi sebab tak cukup bas. Memang agak bengang, sebabnya penat-penat bangun pagi-pagi semata-mata melanguk kat medan ilmu. Nasib baik tak pakai baju bagai nak ghak. BTW, ada jugalah hikmahnya. Hari ini semua kelas cancel, then bolehlah siapkan segala bagai kerja-kerja yang bertimbun-timbun.....




Semester kali ini SISMA dah ada baju rasmi tersendiri. Baju korporat purple+yellow=black. So let's chek it out our photoshot yang seberapa.





Sekian wassalam. 

OHSEM LIFE!

Assalammualaikum wbt..
Hari ini puteri nak share sepanjang aktiviti semester ke-5. Banyak juga perjalanan hidup yang ohsem! Banyak perkara dapat dipelajari.

Baru-baru ini, puteri bersama kawan pergi buat research seorang tokoh wanita yang sangat ohsem di Kuala Lumpur! Siapa? Seorang ibu, seorang ahli perniagaan, seorang suri rumah, seorang isteri, seorang wanita yang punyai hati yang sangat ohsem! 



Before do the research, we go somewhere yang ohsem juga. Sebuah studio, pertama kali menapak jugalah. Tempat ini dapat kami lawati sebab tempat kerja seorang kenalan kawan puteri (bakal kakak ipar).




Ini juga pengalaman pertama kali bermusafir secara tidak langsung tanpa family atau rombongan beramai-ramai. Sepanjang stay di KL, memang cuak juga tapi disebabkan ada kenalan yang support us tempat tinggal, siap bawa window shopping di Times Square. Naik turun LRT dan Monorail, yeah1 sepanjang seumur hidup inilah yang pertama, jadi agak jakun di situ yerk! haha...BTW, pengalaman ini sangat-sangat ohsem! TQ so much kepada yang sudi berbelanja, sudi bawa jalan-jalan pusing bandaraya KL yang besar itu!

Inilah detik yang bersejarah. Tiada pengajaran sekiranya tidak dibuat, tiada pengalaman kalau perjalanan tak sejauh mana kita melangkah. 

Bermusafir, indah sungguh dalam perjalanan sepanjang bermusafir bersama 4 orang sahabat. Walaupun agak janggal tapi sungguh ohsem! Okeylah itu sahaja coretan kali ini. Sekian, wassalam.

STUDENT LIFE NOWADAYS

Assalammualaikum wbt..
Alhamdulillah bertemu lagi puteri dengan pembaca blog yang setia. Hari ini baru dapat meluangkan sedikit masa menulis cerita tentang puteri menghadapi kehidupan sebagai pelajar tahun akhir. Bukan dapat rest or relax selalu macam tahun pertama dulu-dulu tu. Kali ini amat memerlukan komitmen yang lebih tinggi untuk siapkan kertas kerja projek yang berlambak tu, entah boleh siap ke tidak tu tak tahulah. Sebab memang agak sukar sedikit nak memulakannya. 

Sebelum itu, puteri nak ucapkan "Salam Aidiladha 1434H"! Sepanjang cuti raya + mid term break ni puteri banyak habiskan masa depan laptop untuk membaca subjek-subjek yang bakal test naik cuti nanti. Selain tu, puteri siap buat buku comel untuk subjek-subjek semester ini. Rajinkan? haha actually, rasa seronok bilea tengok buku berwarna-warni dan happy go lucky macam kanak-kanak ribena. Nak post gambar tak sempat nak capture sebab buku tu tak stapler lagi. 

Okey sekarang banyak dah puteri sediakan Study Planner either kat dinding bilik rumah sewa, kat komputer, kalau ada meja belajar sendiri gerenti penuh jadual! 



Memang agak padat. Penuh dengan assignment yang belum dimulakan pun, test yang bakal menjelma, skrip lakonan, masa nak berlakon semua tu perlukan masa. Kalau tak memang pressure tak sudah. Kalau boleh semester kali ini tak nak buat hal, walaupun kadang-kadang bukan mudah nak elak. Cuba menjadi seorang yang lebih penyabar dan cuba untuk tidak mengungkit. Walaupun kadang-kadang tu merungut jugalah. Agak sukar bekerja dalam kumpulan. Sebab kadang-kadang tu tak ada peluang nak berikan idea. Tapi accept jelah daripada berlaku pergaduhan. Even ada rasa tak puas ke tapi apakan daya, kita ni bukannya budak Dean List or Dekan pun, tak pernah pun! Sebab tu orang selalu pandang rendah. It's okey walaupun tahu ada kelebihan yang Allah bagi iaitu soft skill dalam editing dan coding sekalipun, orang tetap takkan nak pandang awak tu siapa kalau tak dapat dean list right? Btw, itu semua dunia semata, puteri study pun bukan sebab nak something special sangat pun. Maybe ini juga satu hobby yang puteri idam-idamkan. Walaupun bukan seorang art designer yang ambil course art and design sekalipun, information system management juga mengajar puteri menjadi seorang yang lebih berinovasi dan kreatif melakukan sesuatu perubahan. 

Islam itukan cantik, indah jadi seni juga ada keindahan dan kecantikannya. Makanya gabungkanlah jadikan ianya sesuatu impak yang maksima. Betul tak? Masalah? Owh itu takkan pernah berakhir, walaupun kita mengelak sejauh mana sekalipun, masalah tetap ada. Apa-apa setiap masalah itu, ada sebab, kenapa kita perlu tempuhi. Kadang-kadang Allah nak uji either kita ni bersabar atau tidak, either kita ni bijak atau tidak untuk pilih dunia atau akhirat. Kadang-kadang puteri terfikir, apa yang puteri ada kalau dunia puteri minta? Apa yang puteri dapat kalau puteri pilih dunia? Kadang-kadang rasa resah gelisah, tak tenang, hidup tunggang-langgang. Tengok baliklah apa yang kita lakukan seharian. Mungkin ada lubang-lubang dosa noda kita dah lakukan.

Okey setakat di sini celoteh puteri, sekian wassalam.
 

Copyright by © 2013 Studio Puteri Nabilah