STUDENT LIFE NOWADAYS

Assalammualaikum wbt..
Alhamdulillah bertemu lagi puteri dengan pembaca blog yang setia. Hari ini baru dapat meluangkan sedikit masa menulis cerita tentang puteri menghadapi kehidupan sebagai pelajar tahun akhir. Bukan dapat rest or relax selalu macam tahun pertama dulu-dulu tu. Kali ini amat memerlukan komitmen yang lebih tinggi untuk siapkan kertas kerja projek yang berlambak tu, entah boleh siap ke tidak tu tak tahulah. Sebab memang agak sukar sedikit nak memulakannya. 

Sebelum itu, puteri nak ucapkan "Salam Aidiladha 1434H"! Sepanjang cuti raya + mid term break ni puteri banyak habiskan masa depan laptop untuk membaca subjek-subjek yang bakal test naik cuti nanti. Selain tu, puteri siap buat buku comel untuk subjek-subjek semester ini. Rajinkan? haha actually, rasa seronok bilea tengok buku berwarna-warni dan happy go lucky macam kanak-kanak ribena. Nak post gambar tak sempat nak capture sebab buku tu tak stapler lagi. 

Okey sekarang banyak dah puteri sediakan Study Planner either kat dinding bilik rumah sewa, kat komputer, kalau ada meja belajar sendiri gerenti penuh jadual! 



Memang agak padat. Penuh dengan assignment yang belum dimulakan pun, test yang bakal menjelma, skrip lakonan, masa nak berlakon semua tu perlukan masa. Kalau tak memang pressure tak sudah. Kalau boleh semester kali ini tak nak buat hal, walaupun kadang-kadang bukan mudah nak elak. Cuba menjadi seorang yang lebih penyabar dan cuba untuk tidak mengungkit. Walaupun kadang-kadang tu merungut jugalah. Agak sukar bekerja dalam kumpulan. Sebab kadang-kadang tu tak ada peluang nak berikan idea. Tapi accept jelah daripada berlaku pergaduhan. Even ada rasa tak puas ke tapi apakan daya, kita ni bukannya budak Dean List or Dekan pun, tak pernah pun! Sebab tu orang selalu pandang rendah. It's okey walaupun tahu ada kelebihan yang Allah bagi iaitu soft skill dalam editing dan coding sekalipun, orang tetap takkan nak pandang awak tu siapa kalau tak dapat dean list right? Btw, itu semua dunia semata, puteri study pun bukan sebab nak something special sangat pun. Maybe ini juga satu hobby yang puteri idam-idamkan. Walaupun bukan seorang art designer yang ambil course art and design sekalipun, information system management juga mengajar puteri menjadi seorang yang lebih berinovasi dan kreatif melakukan sesuatu perubahan. 

Islam itukan cantik, indah jadi seni juga ada keindahan dan kecantikannya. Makanya gabungkanlah jadikan ianya sesuatu impak yang maksima. Betul tak? Masalah? Owh itu takkan pernah berakhir, walaupun kita mengelak sejauh mana sekalipun, masalah tetap ada. Apa-apa setiap masalah itu, ada sebab, kenapa kita perlu tempuhi. Kadang-kadang Allah nak uji either kita ni bersabar atau tidak, either kita ni bijak atau tidak untuk pilih dunia atau akhirat. Kadang-kadang puteri terfikir, apa yang puteri ada kalau dunia puteri minta? Apa yang puteri dapat kalau puteri pilih dunia? Kadang-kadang rasa resah gelisah, tak tenang, hidup tunggang-langgang. Tengok baliklah apa yang kita lakukan seharian. Mungkin ada lubang-lubang dosa noda kita dah lakukan.

Okey setakat di sini celoteh puteri, sekian wassalam.

0 Comments:

 

Copyright by © 2013 Studio Puteri Nabilah