CINTA ITU PASTI KEMBALI

Assalammualaikum wbt..
Bukan mudah nak jadi wanita yang berani menyuarakan hasrat di hati, andaikata menyukai seseorang. Inilah pertama kalinya puteri memberanikan diri menyatakan hasrat di hati pada seorang lelaki. Bukan ingin mengajak untuk bercinta, tapi hanya sekadar luahan jujur dari hati kerana terpikat akhlak yang diberi. Banyak perkara baru puteri dapat belajar dari dia. Bukan sekadar ilmu agama, ilmu perniagaan serba sedikit dapat puteri ketahui. 

Kata orang ibarat perigi mencari timba, tapi itu pepatah melayu, kalau islam ajar, sekiranya wanita itu menyatakan hasrat hatinya kepada seseorang lelaki yang disukai atas dasar agamanya adalah lebih baik. Ini bukan desperate, hanya mahu bertanya sudah berpunya ke belum. Tapi itulah masa yang akan menentukan segalanya.

Hari ini, pertama kali di ajak keluar tapi puteri terpakasa menolak ajakan itu sebab kena juga ikut cakap ibu. Ibu tahu puteri masih ada hati lagi dengan dia. Walaupun dah tahu apa jawapan dari dia, puteri terima dengan redha. Walhal perkara itu bukan mudah nak dilupakan, sebab kenapa, puteri banyak kali doa: "Andai dia bukan untukku jauhkanlah nama dia, apa-apa tentang dia dari ingatan dan hati ini". Tapi semua itu tak terjadi malahan semakin bertambah-tambah, adakah ini mainan syaitan?

Bukan nak jadi alim ke apa, tapi atas ketidak izinan ibu, puteri turutkan, orang kata instinct seorang ibu itu lebih baik didengari daripada dilawan. Ibu cakap kalau puteri pergi juga, ibu takut puteri akan kecewa, mungkin ada hikmah yang baik buat puteri. Mana tahu dia juga sedang menilai sejauh mana akhlak puteri dalam sebuah pergaulan dalam persahabatan. Ya, kita mungkin tak sedar buat masa sekarang, mungkin suatu ketika nanti Allah akan tunjukkan perkara yang lebih baik, yang lebih terhormat, yang lebih mulia disisiNya kelak, mana tahukan? Semua itu kehendak Allah. 

Hati ini walaupun sedang berbolak balik sekalipun, Alhamdulillah Allah utuskan jawapan terbaik dari ibu. Baru terasa lega nak dengar cakap ibu. Sampai bila puteri nak jadi macam selalu kan. Walaupun anggapan sebagai kawan, tapi perasaan malu dan segan itu lebih dari segalanya. Mungkin bukan sekarang ditakdirkan untuk berjumpa, biarkan masa yang menentukan segalanya. Insyaallah.


Mungkin puteri perlu perbaiki diri sebaik mana yang mungkin terlebih dahulu, akan datang sesiapa yang menjadi imam buat puteri akan merasa mudah untuk didik puteri ke arah bersama-sama menjadi yang dicintai Allah dan rasul. Biarkan ianya sakit sekarang, jangan kemudian kelak kita sengsara kerana kesakitan yang kita cari sendiri.

Serius kali ini puteri tak nak ajak ber couple pun just nak bagitahu sahaja hati ini. Walaupun sebenarnya puteri juga belum bersedia untuk menjadi permaisuri di hati sesiapa pun. Cuma perasaan itu sungguh menyakitkan. Andainya dia perasan, maafkan puteri sebab terlanjur berkata. Ya, puteri tahu kita berkenalan atas dasar sebuah persahabatan. Tapi tipulah kalau sedetik masa pun tak pernah rasa suka atau sayang kalau dah rapat. 

Apa-apa pun sekarang puteri hanya mampu bertawakal sahaja, sebab rasa serik untuk mengatakan perasaan itu lebih menyakitkan. Okey untuk hari ini sahaja hanya perkara hati dan cinta di layankan. Maaf kalau cerita kali ini agak membosankan. Tapi inilah diari puteri untuk menulis apa yang puteri rasakan saat ini. Maafkan puteri sebab tak dapat jumpa or keluar bersama makan and borak-borak. Sebab my mom tak bagi, puteri kena ikut cakap ibu, sebab syurga puteri buat masa sekarang adalah ibu.

Sekian wassalam.

THE MOMENT KL TRIP SEMESTER 5

Assalammualaikum wbt..
Lawatan ke Kuala Lumpur bagi semester ke 5, banyak membuka dan memberi ruang hati dan mata untuk melihat sejauh mana nilai persahabatan nilai pengetahuan itu diungkapkan. Ada yang manis ada juga yang pahit. 

Lokasi 1: Skali Data Center at CST Company, Cyberjaya



Lokasi 2: Jabatan Meteorologi Malaysia, Petaling Jaya





Apa-apa pun biarlah masa menentukan siapa kita akan datang, Sekian wassalam. 

KENAPA KITA DIUJI?

Assalammualaikum wbt..


Salam buat semua pembaca blog puteri. Hari ini menjadi satu hari yang paling mencabar, yang paling membuatkan hati ini rasa terkilan dek sikap manusia yang tak pernah memikirkan hati dan perasaan orang lain. Sukar nak faham kenapa mereka begitu, begini?

Kenapa kita diuji?
Ujian itu satu rahmat. Itu tanda Allah sayang kita. Itu tanda Allah rindu kita. Itu tanda Allah nak kita jumpa dengan Dia. Dalam banyak-banyak bersahabat, yang paling banyak dugaan adalah ketika di alam universiti. 

Teringat lagi kata-kata akak-akak senior SMKAS suatu ketika dahulu di Surau. Mereka seringkali mengingatkan kami adik-adik supaya bersedia apa yang berlaku dan apa yang akan berlaku di luar sana. Kita di sini semuanya bertudung labuh, kita di sini semuanya tahu hukum Allah, kita di sini semuanya belajar secara mendalam ilmu Akhirat. Tapi di luar, banyak cabaran akan mendatang. Akan ada orang tanya macam-macam pada kita, walhal umur kita baru setahun jagung, kenapa? Sebab kita budak sekolah agama. Itu perspektif orang luar. 

Kadang-kadang apa yang diimpikan dari sekolah nak bersama sampai akhir dengan kawan-kawan sekolah agama, sebab kita takkan rasa kosong. Tapi, Allah sendiri ada menyatakan, Allah akan ambil orang yang didik kita untuk jauh dari kita, Dia nak tahu kita lakukan semua ini sebab orang yang didik kita atau kita sendiri buat kerana Allah.

Teringat lagi masa zaman persekolahan, universiti-universiti jenis islamik pilihan pertamaku: UIAM, USIM, UNISZA, UNIVERSITI AL AZHAR...
Tak pernah terdetik langsung pilihan yang kuterima ini adalah buatku...
Tapi aku tak layak di sana hanya kerana Bahasa Arab. Aku redha. Taqdir menentukan aku di sini. Aku terima seadanya.

Kuingat ilmu agama mudah dicari, tapi rupa-rupanya banyak halangan. Nak cari orang soleh, boleh dikira dengan jari tak sampai 10 jari. Kalian aku rindu sangat, aku rindu ukhuwah yang dibina, aku rindu mendengar celoteh kisah-kisah para sahabat, aku rindu mendengar berita-berita tentang akhirat. Aku rindu para ustaz dan ustazah yang seringkali dan tak pernah jemu bertazkirah, kita berusrah bersama, mendengar kepelbagaian ceramah yang meruntun di jiwa. Menitik air mata ini, tatkala di sini, aku perlu terkapai-kapai mencari setitis ilmu agama....sukarnya....tak jumpa...
Tapi, Al Quran membantu aku menjadi lebih kuat. Ya, Allah sentiasa ada buatku, saban malam aku meruntun, memohon agar aku terpelihara, agar aku istiqamah sebanyak mana telah aku usahakan selama ini.

Bukan senang nak berhijrah, bukan mudah nak berubah. satu persatu. Pabila melihat wajah-wajah mereka sahaja, hati ini terus tenang. Tenang sangat-sangat...Terima kasih kerana ilmu yang kalian bagi buat aku kuat di sini...terima kasih sahabat, terima kasih warga pendidik...kalian tetap di
hati.

Duhai ayah dan ibu,
Rinduku pada kalian sangat menggunung....
kalian banyak berpesan saat diri ini terleka, terlalai, terlupa, terabai tentang duniawi....

Benar kata orang, bukan mudah nak jadi baik, jadi baik orang pijak, jadi jahat orang mengata, jadilah yang bersederhana. Sekian wassalam.
 

Copyright by © 2013 Studio Puteri Nabilah