HAKIKAT TUDUNG LABUH

Assalammualaikum wbt.

Teringat sejenak, waktu mula-mula menjinakkan diri dengan tudung labuh.

Dapat tawaran Form 4 di SMKA Segamat [2007] - Rasa diri tak layak, siap tanya pada ibu, macam mana nak makan kalau tudung labuh sangat? Nanti kotor sana sini. Time tu labuh bukan kemain masa mula-mula masuk. Rasa nak tergelak bila teringat semula. Bila pakai tudung labuh, badan nampak macam gemuk dan besar. Sebab kalau pakai tudung labuh mesti kena pakai baju labuh, besar dan tak jarang.

Pertengahan Form 4 - Tudung labuh yang bukan kemain tu di adjust semula jadi standard size macam budak-budak lain. Tapi kat sekolah je pakai tudung labuh jenis bulat tu sebab peraturan kan. Kat luar sekolah je terus terbang tudung labuh ganti tudung bawal yang jarang bidang '45 tu. Masa tu tak rasa lagi kenikmatan tudung labuh. Stoking dan stongan jangan harap nak pakai, kira ikut trend budak-budak kat sekolah jugalah.

Form 5 - Dah jadi senior, kena jadi contoh kononnya, masih jadi budak skema time tuh. Stoking dan stongan mula jadi rutin, tapi kat sekolah ajelah. Keluar je pagar sekolah jadi budak biasa. haha. Suatu ketika berfikir, sampai bila nak jadi macam 'chipsmore'? Kejap macam ni, kejap macam tu, takde identiti tersendiri. Bukan mudah nak jadi baik. Semua bermula dari hati yang bersih sebab mudah nak terima. Masa umur budak-budak macam tu, antara anti-couple juga. Masa tu diperangi oleh kata-kata senior yang tak sukakan cara pemakaian pelajar perempuan batch kami yang semakin singkat dan tak mengikut tatacara pemakaian tudung labuh sebenar (ukurannya bawah siku, bawah pusat, bawah punggung) dan tidak memakai stoking selepas keluar dari kawasan asrama puteri.

After SPM - Mula membeli bawal bidang '60. Rasa pelik. Rasa janggal tak payah cakap, tapi Alhamdulillah ramai kawan-kawan support dan suka. Masa tu, terfikir nak terus berubah sebab tengok ustazah pakai tudung labuh cantik, ada kawan pakai tudung labuh bawal cantik sangat-sangat, dan terjatuh cinta pada tudung labuh bawal ye masa tu. haha. Jadi terikut-ikut lagi time tu. Bila dah tamat peperiksaan, mula bertanya pada diri, segan pula nak jumpa kawan lama, mesti ramai terkejut kalau pakai tudung labuh, semua nanti panggil aku ustazah. Tak sukalah. Masa tu rasa rendah diri dengan tudung labuh, tapi Allah jaga hati ini bila Allah tunjuk lagi sahabat-sahabat yang bertudung labuh itu sangat cantik! Jadi semangat semakin kuat.

Form 6 - Bila pakai tudung labuh, terfikir pula soal jodoh. Masa ni ramai dah couple. Rasa diri tak ada sesiapa yang suka pada aku. Hakikatnya ada. Tapi masa tu masih mengekalkan trademark sendiri untuk tak nak couple until nikah. But, masa inilah dugaan hati dinodai. Allah uji dengan ujian cinta zaman remaja. Masa ini 2 kali kecewa dihadapi dengan cinta sebelum nikah. Pada mulanya memang kecewa dan berputus asa yang teramat sehingga rasa tak nak hidup. Tapi Allah Maha Mengetahui, bukan setakat ujian cinta dan ujian hati diduga, tapi diduga dengan sektor kejayaan dalam peperiksaan tidak mampu dikecapi. Memang berputus asa paling dahsyat dalam hidup. Alhamdulillah dikurniakan ibu bapa yang sangat memahami, merekalah penguat saat suka dan duka. Hanya mereka tahu siapa yang pernah hadir dalam hidup ini dan pernah melukai hati ini dan pernah permainkan perasaan puteri mereka ini. Mereka kenal setiap lelaki yang pernah hadir dalam hidup puteri mereka, terima kasih duhai ayah dan ibu, dikaulah sahabat dikaulah permata dunia akhiratku.

Pelajar UiTM - Bukan mudah nak jaga hati supaya istiqamah sekiranya tidak dijaga dari awal. Setiap dugaan dan ujian yang Allah hadir sebelum aku jejak ke menara gading inilah mengajar aku jadi lebih kuat dan jadi lebih mengetahui apa yang terbaik dan apa yang terburuk andai aku lakukan sesuatu tanpa berfikir terlebih dahulu. Bertudung labuh di universiti, tiada rasa pelik dan jelik pun dalam hati, sebab ku lihat ramai juga di kalangan pelajar universiti berpakaian seperti aku, tapi mereka lebih bagus. Adakala aku akan jadi cultural shock. Al-maklum terbiasa sudah suasana islamik dan tarbiyah di bumi SMKAS, tiba-tiba suasana jadi lain bila mana tiada islamik dan tarbiyah lagi untuk mendidik diri ini, semuanya kena cari sendiri, lagi-lagi "Usrah", memang taklah uitm nak sediakan. Jadi akan rasa kekosongan juga di situ. Dengan tudung labuh inilah yang membuatkan aku berfikir banyak kali untuk jaga diri, konon jaga ikhtilat tapi perkara itu juga aku tidak mampu lakukan. Seringkali bergurau senda dengan yang bukan muhrim, sering mengada-ngada juga, sering galak ketawa, sering bermain-main dengan lelaki. Susahnya nak jaga diri ini andai tiada siapa yang mengingatkan, Ya Allah aku rindukan sahabat-sahabat perempuan yang banyak mengajar aku cara jadi wanita yang tidak dipandang lelaki, tapi aku tidak mampu lakukan keseorangan, aku perlukan seseorang yang mampu bimbing aku. Aku juga pernah dilabel oleh pensyarah yang aku bertudung labuh pun berani tiru dalam test, yes masa itu aku tak berani untuk mengaku yang aku tak pernah tiru, sebab sebelum aku bertudung labuh dahulu pun pernah meniru, dan sekarang juga pernah meniru, tipu dan bohonglah kalau semua orang yang bertudung labuh tak pernah buat kesalahan sekecil itu. Kalau aku nak mengaku sekalipun, aku tak akan bersuara kerana itu akan jadi riak pada diri dan lebih baik aku berdiam hanya Allah yang tahu siapa aku sebenar.

Bila tiada sahabat-sahabat seangkatan sepeti di SMKAS, aku cuba bawa diri untuk lebih mendekati Allah. Bukan mudah ya dalam hidup mencari sesuap ilmu agama di dalam kalangan pelajar yang bukan belatar belakangkan sekolah agama dan keluarga yang menitik beratkan soal agama, semua orang ada identiti tersendiri dan aku bersyukur kerana setiap jalan yang aku lalui ini dipandu Allah untuk aku. Aku bersyukur punya ayah dan ibu yang sentiasa mengingatkan anak-anaknya tentang solat, Al Quran dan zikrullah. Aku juga bersyukur punya adik-beradik yang berhati lembut dan mudah berkongsi tentang soal agama. Terima kasih Ya Allah atas kurniaan keluarga paling terindah ini.

Setiap orang ada masa silamnya tersendiri, begitu juga aku. Aku bukan dilahirkan terus bertudung labuh litup, tapi Allah banyak sayangkan aku, bila Allah sayangkan aku, dan aku jaga hubungan aku dengan Allah, Allah akan bantu setiap langkah kehidupan hambanya yang sentiasa meminta bantuan darinya walaupun berulang-ulang kali kesalahan yang sama dilakukan. Jangan pernah tinggalkan Allah, kerana Allah tak pernah tinggalkan kita sedetik saat pun. Subhanallah. 

Sekian Wassalam.

2 Comments:

Mar Mansor said...

semoga niat murni akan berhasil..uitm mana?

NJihe.am said...

Salam singgah, menutup aurat itu satu tuntutan agama. studioous.blogspot.com/

 

Copyright by © 2013 Studio Puteri Nabilah