SEMESTER AKHIR DI UITM MACHANG

Assalammulalaikum wbt..

Baru berkesempatan nak meng'update' kisah terbaru, yang tak berapa nak baru. Tapi inilah moments yang tercipta sepanjang perjalanan semester akhir dan beberapa semester yang lepas. Bergambar bersama sahabat-sahabat serumah, sekelas, sefakulti, sebilik, seuniversiti, para pendidik fakulti IM, jiran Taman Alia. Entry kali ini lebih banyak gambar dari perkataan. Biarlah gambar berbicara. Pelbagai acara dan moments dapat dicoretkan sepanjang berada di UiTM Machang Kelantan. 3 tahun sudah pun berlalu. Dari hangout bersama kawan-kawan di serata negeri Kelantan, Terengganu, Kuala Lumpur, Selangor, Kedah, Perak, Melaka dan banyak lagi, bersama para pendidik melalui events seminar, dinner, lawatan sambil belajar dan sebagainya. Ada juga bersama jiran sebelah rumah yang awesome. 











Sekian sahaja di sini, sehingga kita berjumpa lagi di lain hari dan waktu yang diizinkan. Ada jodoh jumpa lagi, sayonara....

LAWATAN KE ARKIB NEGARA CAWANGAN KELANTAN

Assalammualaikum wbt..
Lawatan baru-baru ini bersama sahabat Fakulti Pengurusan Maklumat dijemput ziarah ke Arkib Negara Cawangan Kelantan. Adalah beberapa gambar yang sempat di tangkap untuk dibuat kenang-kenangan kami pernah menjejaki dunia arkib. Pelbagai ilmu baru dan ilmu yang pernah kami pelajari secara teori didedahkan melalui praktikal pula, dapatlah memahami lebih mendalam tentang cara-cara pemprosesan pemuliharaan bahan arkib dan penjagaan bahan arkib dengan teliti dan betul.



Sekian wassalam.

YESTERDAY HANGOUT WITH FRIENDS

Assalammualaikum wbt..
Kali ini Puteri nak paprkan beberapa gambar sepanjang perjalanan Puteri hangout dengan kawan-kawan hujung minggu ini. Ikutkan ada beberapa invitation from my best friend. Seorang dari sekolah SMK Munshi Ibrahim, seorang lagi dari SMK Agama Segamat dan seorang lagi kakak angkat, anak mak pengasuh Puteri. Kesemuanya tidak dapat dihadiri sebabnya study jauh sangat dari negeri Johor. Alahai banyak sangat termiss jemputan walimah dari kawan-kawan sekolah, maafkan saya yer...Insyaallah next person I will coming your wedding day....

 
Wedding Kak Syafika [kakak anak mak pengasuh] :"Kak Ika, semoga kamu juga berbahagia di samping suami dan cinta serta berkasih sayang sampai syurga Allah =)"

 
Najwa's wedding day today, I can't coming for her wedding event, I'm sorry but I wish that: "You and your lovely husband will be happy until Jannah, Insyaallah...aamiin I'm just praying for both of you, my bestie.. "

 
My classmate, schoolmate syafiqah: "Semoga kamu berbahagia bersama suamimu, jadilah isteri penyejuk mata dan hati suami dan berbahagialah kalian sampai syurga Allah" Maaf tak dapat juga hadirkan diri ini ke majlis walimah kamu...

Walaupun tidak dapat menghadirkan diri ke walimah-walimah sahabat sendiri di Johor, dapat menemani kawan kepada kawan kahwin di Machang ini pun merasakan kehadiran kalian di sini. Semoga berjumpa lagi kawan-kawan di walimah yang akan datang, Insyaallah... =)


Sempat snap gambar bersama kucing yang comel di PET HOUSE Tanah Merah, menghilangkan rasa kerinduan pada binatang yang comel binatang kesayangan nabi Muhammad SAW.

Sekian sahaja tulisan kali ini yang dapat dikongsikan bersama kalian semoga kalian bahagia dan ceria semuanya..aaminn...Sekian wassalam.

MY LIFE WITHOUT YOU

Assalammualaikum wbt..
Sekian lama tidak update sebarang entry baru, sekarang baru ada ilham datang nak update. Bukan mudah nak concentrate dan istiqamah nak update entry kisah kehidupan. Baru-baru masuk semester bagi semester akhir banyak sangat commitment yang perlu didahului terlebih dahulu. Jadi terbengkalai sekejap blog inspirasi hati untuk berbicara tentang kehidupan diri bagaimana.

Awal semester sudah diberi schedule yang best bila kita berusrah macam-macam aktiviti kita boleh sertai. Dalam berusrah jugalah kita jumpa pelbagai sahabat-sahabat baru yang datangnya dari jurusan berbeza, umur berbeza, negeri yang berbeza dan status yang berbeza. Dari situ kita kutip macam-macam pengalaman hidup untuk kita hadapi untuk masa akan datang.
 
Biarlah gambar yang berbicara sepanjang perjalanan dalam Mukhayam Khayr 2014 di Pantai Melawi, Bachok, Kelantan.







 

Baby and I, tak sah kalau jumpa budak kecik atau baby comel mesti nak photo shoot dengan depa semua nie, comel-comel belaka. 3 gambar di bahagian atas (tudung biru) adalah anak-anak saudara (anak-anak sepupu) yang bawah pula, sebelah kiri anak cina masa tu pergi KL ada lawatan sambil belajar sempat lagi bergambar, yang sebelah kanan pula anak lecturer.


Jadi ini sahaja untuk permulaan bulan Mac untuk puteri cerita serba sedikit. Walaupun tak banyak tapi hanya ini mampu jadikan tatapan memori kehidupan puteri.  Sekian wassalam.

SEINDAH MAWAR BERDURI

Assalammualaikum wbt...
Jangan memulai cinta jika takut terluka. Jangan ucapkan cinta jika tak tulus kata. Jangan katakan cinta jika hati tak merasa.

Gambar-gambar di bawah ini adalah hasil daripada kreativiti puteri sendiri menghasilkan kuntuman mawar yang awesome! 4 kuntum yang tiada membawa maksud apa-apa tapi mawar inilah mengingatkan puteri tentang suatu perasaan yang indah yang dinamakan "CINTA".  Tiada maksud tersembunyi tapi hanyalah suatu luahan yang bakal tumbuh. Dah lama tumbuh tapi belum mekarkan  lagi. Insyaallah ada jodoh puteri terima  si dia seadanya.

Mawar ini hasil daripada color paper craft by handmade. Bintang-bintang bakal bersinar bila masa itu tiba seadanya. Semalam mimpikan dia dan ibunya, tak faham maksud tersirat. Tak tahu mungkin puteri terlalu rindu, biarkan ia tumbuh sendiri, biarkan ia hanyalah mimpi indah. Tak pernah terfikir akan mimpi sedemikian rupa. Puteri hanyalah insan biasa, tidak ada rupa seperti secantiknya bidadari syurga, hanya mampu bersyukur apa adanya diri ini. Semoga mimpi itu terus indah dalam alam realiti. Aamiin.
 
Sekian Wassalam.

WEDDING FASHA WALIMAH KE-3

Assalammualaikum wbt..
25 Januari 2014, majlis walimah seorang sahabat dari SMKAS. Akhirnya dapat juga menghadiri jemputan Fasha. Sebelum ini, walimah pertama dan kedua dari batch sendiri tak dapat menghadirkan diri atas sebab study jauh sangat. Tapi kali ini dengan bantuan Aqilah dan Syakirin nak pergi sama-sama kahirnya tanpa dirancang dapat juga pergi.

Tahniah buat sahabat, Fasha dan suami. Semoga berbahagia sampai syurga. Insyaallah giliran saya bakal menyusul kemudian andai jodoh itu cepat. 

Jom tengok kemeriahan kami bersama-sama menghadiri walimah kali ini bersama kawan-kawan form 4 dan form 5 SMKAS.








Ini gambar nak ambil berkat orang kata hehe...insyaallah suatu hari nanti, aamiin..

Sekian wassalam.
 

Copyright by © 2013 Studio Puteri Nabilah