IT’S ALL ABOUT LIFE


Hidup ini bukanlah mudah yang disangka untuk menjadi lebih cemerlang dan selesa sentiasa. Akan ada insan-insan di sekeliling yang kita akan anggap mereka kawan, keluarga atau teman paling rapat sekalipun pasti akan ada perasaan iri hati dengan apa yang kita kecapi tanpa kita sendiri duga akan dapat. Itulah sikap manusia yang masing –masing ada PHD (Perasaan Hasad Dengki) dalam diri mereka (bak kata ayahku).

Kadang-kadang insan yang kita hormati sebagai guru atau orang tua sekalipun pernah membanding-bandingkan kita (ibarat anak murid yang kurang bijak dalam pelajaran) saat itu kononnya mahu memberi peransang kepada anaknya (yang dikategorikan sebagai pelajar cemerlang) untuk lebih cemerlang dari kita tapi dia tidak sedar perbandingan yang diperkatakan itu (kononnya mahu memberi peransang anaknya untuk cemerlang) mampu membuatkan hati orang lain tersinggung.

Rezeki itu Allah yang beri. Sekiranya Allah mahu beri rezeki itu cepat, dia akan beri dengan kadar segera. Sekiranya dia mahu memberinya lambat sekalipun itu hak Allah untuk menguji kesabaran umatnya. Sekalipun lambat, Allah itu Maha Adil, dengan kelambatan rezeki itu kadang-kadang Allah berikan nikmatNya yang teramat besar nilainya berbanding dengan rezeki yang Allah beri kadar segera.
Usahlah pertikaikan apa orang itu dapat, apa orang itu tidak dapat. Setiap rezeki yang Allah beri itu bukanlah atas dasar mana kepandaian seseorang itu pandai atau tidak pandai dalam akademik, tapi Allah nilai atas usaha dan doa yang kita minta hari-hari. Allah uji orang yang bijak akademik dengan memberikan kecemerlangan setiap ujian yang dilalui untuk tahu adakah orang yang bijak akademik itu menggunakan kebijaksanaannya itu untuk agama atau untuk kebanggaan diri sendiri? Allah juga uji orang yang tidak pandai akademik itu dengan kegagalan setiap ujiannya untuk tahu seseorang itu mudah putus asa, salahkan taqdir atau kembali bangun usaha dan usaha lagi? Itulah ujian Allah sama adil dan saksama untuk menilai kehebatan insan yang bijak pandai dengan insan yang tidak bijak pandai.

Ada sahaja orang yang tidak pandai mampu menjadi kaya dan hidup mewah. Dan ada juga orang yang pandai tapi akhirnya hidupnya merempat di jalanan bukan itu sahaja ada juga yang menjadi gila. Itulah ujian yang Allah beri. Dia mahu lihat siapa di antara umatnya yang sentiasa berusaha.
Orang berilmu tidak semestinya bergantung kepada tahap kepandaian akademiknya. Ada sahaja orang yang tidak pandai tapi ilmunya tinggi berbanding orang yang nampak luarannya pandai sekalipun. Ilmu dan tahap kepandaian seseorang itu bukanlah pada markah yang kita dapat dalam setiap peperiksaan yang kita lalui, tapi ilmu yang kita praktikkan dalam kehidupan seharian kita itu akan berkekalan sampai ke akhirnya.

Bukan setakat tahap pendapaian akademik yang orang akan iri hati. Kadang-kadang ada juga orang mencemburui kemesraan suami dan isteri yang nampak mesra dan bahagia. Dalam setiap kehidupan tidaklah semuanya indah belaka. Akan ada ujian di setiap kebahagian yang kita kecapi.

Allah sudah berfirman dalam Surah Al Ankabut ayat 2-3: “Apakah manusia itu mengira bahawa mereka akan biarkan (saja) hanya dengan mengatakan: Kami telah,” sedang mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya, Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia pasti mengetahui orang-orang yang dusta.”

Tiada siapa dapat tahan kalau orang itu sentiasa iri dan menabur fitnah serta mengata bermacam-macam rekaan cerita sampai tidak sedar dengan kesilapannya dalam berkata-kata itu akan memusnahkan silaturahim antara sahabat, kawan, kekeluargaan dan masyarakat. Banyak versi cerita yang Puteri nak kongsikan dalam bab iri hati sesama kawan sendiri.

VERSI 1          : KECEMBURUAN DIKALANGAN GURU SESAMA GURU DI SEKOLAH

Cerita ini bukan aku yang alami. Tapi orang yang rapat denganku dari kecil lagi. Mereka pernah mengajar di sekolah yang sama. Ramai dikalangan guru wanita akan cemburu melihat kebahagiaan pasangan suami isteri ini. Hal ini kerana, si suami seorang guru yang berpotensi tinggi dalam melakukan apa jua kerja yang diberi. Si suami seorang guru yang serba boleh, seorang yang bertanggungjawab, mesra dan peramah sehingga ramai dikalangan guru perempuan mengimpikan seorang suami sepertinya. Dari sebab itu, timbullah rasa tidak suka, rasa dengki, rasa tidak puas hati, rasa cemburu dan rasa benci dari sesetengah guru wanita terhadap si isteri yang bertuah mempunyai si suami yang diidamkan. Tatkala itu, bermulalah episode PHD dalam setiap perwatakan yang di lalui si suami isteri tersebut. Walhal dalam hal yang sebenar para guru di sekolah tersebut bukanlah tahu ujian besar apakah yang dilalui oleh pasangan suami isteri ini. Mereka bijak menyorok masalah mereka kerana masalah yang dialami bukanlah masalah kerja tapi peribadi. Inilah sikap professional yang dipraktikkan oleh pasangan suami isteri ini untuk tidak mencampur adukkan isu kerja dan peribadi. Sekiranya warga guru sekolah itu tahu pasti tidak aka nada taburnya fitnah, hasad dengki dan kecemburuan yang rasanya tidak perlu wujud di dalam hati mereka. Si suami seorang yang sangat tabah dan redha dengan ujian yang Allah beri. Dikurniakan isteri yang seringkali sakit tapi sakit orang yang tidak nampak. Hanya si suami, isteri dan anak-anak yang tahu mengalaminya. Ditakdirkan suatu hari, si isteri diserang hysteria di sekolah, ada juga dikalangan guru wanita berbisik-bisik mengatakan si isteri seorang yang mengada-ngada dan manja. Walhal sakit itu bukanlah dibuat-buat. Sakit yang biasa kita dengar tidak sehebat dengan sakit yang tidak biasa kita dengar. Sakit di dunia ini tidaklah sesakit seperti sakit alam ghaib yang datangnya daripada syaitan dan iblis.

Inilah salah satu versi di mana sifat hasad dengki manusia tidak terhakis. Hal ini kerana hasad dengki ini datangnya dari syaitan dan iblis. Mereka sudah berjanji akan hasut manusia ke lembah neraka sehingga ke akhirnya.

VERSI 2          : KAWAN TIKAM BELAKANG

Versi ini sudah muak kita dengar. Memang takkan hilang sifat hasad dengki sesama kawan sendiri. Perkara ini semua orang akan lalui. Tak kira kau pemimpin, kau pegawai, kau guru, kau pelajar, kau buruh kasar, kau kuli semua akan rasa situasi ini di mana kawan tikam belakang. Kadang-kadang apa yang kita buat itu untuk kebaikan semua orang, tapi siapa sangka akan ada kawan mencanang cerita tidak benar tentang kita. Nak mencari kawan yang ada tatkala kita susah dan senang bukan mudah. Biasanya kita mudah dapat kawan bila kita senang, tapi bila kita susah pasti tak jumpa orang yang kita nak cari itu melainkan Allah.

Kadang-kadang sangat mudah kita menangis kerana sikap kawan kita. Sehinggakan sanggup kita pendamkan rasa sakit hati itu dalam-dalam di sudut hati kerana mahu jaga hati kawan. Tapi tanpa sangka kawan yang kita nak jaga sangat hatinya, buat kita lebih sakit. Memang sukar untuk mencari sahabat yang berdamping dengan kita kerana Allah. Hanya yang akan berdamping dengan kita bila kita punya harta, ilmu, kepandaian dan kemampuan yang kita lebih ada darinya.

Saat itu hanya satu kita pegang dengan kata-kata Allah: “Dan jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan orang-orang yang kafir.” Surah Yusuf ayat 87.


Kesimpulannya, usah risau Allah kan ada. Adanya Allah yang sentiasa merindui tangisan sedan sendu hambanya meminta dan mohon bantuan dariNya sangatlah Allah hargai. Oleh itu tetapkan diri anda sentiasa bersama Allah. 

Sekian wassalam.

0 Comments:

 

Copyright by © 2013 Studio Puteri Nabilah