PART 1: MOMENTS AS LAST YEAR DEGREE STUDENT LIFE

Assalammualaikum wbt..

Sekian lama tidak muncul corat-coret kehidupan sepanjang tahun 2014, pelbagai kenangan suka duka bersama kawan baru dan lama. Tahun 2014, merupakan tahun akhir sebagai pemegang Ijazah Sarjana Muda Kepujian Pengurusan Sistem Maklumat adalah tahun paling sibuk mengendalikan kepelbagaian aktiviti dan projek yang memerlukan kekuatan fizikal dan mental untuk merealisasikan cita-cita itu. 

Petikan kata-kata dari drama Korea: "Untuk berjaya mencapai cita-cita itu mudah, tapi untuk mencapai impian itu bukan mudah."

Banyak Puteri nak cerita sepanjang tahun 2014. Tapi kita pergi satu per satu untuk menceritakan setiap kenangan yang dilalui puteri bagi mengharungi setiap perkara baru yang berlaku setiap hari. Mac 2014 sehingga Julai 2014 adalah semester akhir mengharungi pembelajaran secara teori sebelum mengharungi semester untuk berpraktikal. Saat itu mungkin menjadi saat paling bahagia untuk tinggalkan segala memori pahit yang dilalui sepanjang belajar di bumi Kelantan. Mungkin niat di hati ingin menghilangkan semua memori. Tapi bukanlah mudah yang disangka. Banyak lagi pancaroba yang perlu dilalui dalam dunia pekerjaan. 

Hanya gambar dan wajah mereka mampu menceritakan setiap detik suka dan duka. Sahabat dan pensyarah. Tiada yang lebih indah selain kenangan waktu belajar bersama mereka. Inilah kehidupan akan ada keindahanya disebalik kepahitannya. Walau pahit telanlah ia, biarkan ia mekar sebagai kemanisan kehidupan. 

Bersama sahabat usrah buat kali terakhir berusrah bersama mereka

Makan malam terakhir bersama sahabat dan pensyarah (waktu ni aku tak dapat sebab ??)


Bersama sahabat serumah dan jiran sekampung sekelas jalan-jalan ke Rantau Panjang dan makan malam bersama untuk terakhir kalinya.


Tiada apa yang perlu dirungkaikan. Tiada apa lagi yang perlu dikesalkan mungkin. Tiada apa lagi yang perlu dikecilhatikan. Tiada apa lagi yang perlu diperkatakan. Kerana  persahabatan itu indah dengan asam garam kehidupan. Hanya ini dan gambar ini menceritakan segala perjalanan sepanjang musim semester 6 tahun lepas. Sekian wassalam.

0 Comments:

 

Copyright by © 2013 Studio Puteri Nabilah