PART 2: MOMENTS AS LAST YEAR DEGREE STUDENT LIFE

Assalammualaikum wbt...


Sekarang corat-coret memori bahagian 2. Corat-coret kali ini Puteri nak cerita banyak perkara yang dilalui sepanjang musim praktikal di sebuah syarikat swasta di Kuala Lumpur. Pertama kali belajar melalui liku-liku kehidupan di sebuah kotaraya yang penuh kesesakan dan cita-cita yang tinggi seperti menara Kuala Lumpur. 

Macam -macam perkara yang baru dapat dipelajari. Berkenalan dengan orang-orang baru, suasana baru, belajar yang berbeza dari universiti dan sebagainya. Sepanjang praktikal di Kuala Lumpur, banyak masa dihabiskan berjalan-jalan mempelajari suasana selok-belok kawasan bandaraya yang besar. Dari tidak tahu nak naik LRT sampailah mampu berjalan bersendirian menaiki kenderaan ini. Dari tak tahu apa itu monorail, KTM, LRT dan pelajari aplikasi yang memerlukan kemudahan kenderaan seperti MyTeksi dan Waze untuk jalan-jalan baru di kawasan Kuala Lumpur sehinggalah mampu untuk mempraktikkanya. Dengan kepelbagaian inilah mengajar erti keberanian mencuba sesuatu yang baru dan erti kesusahan hidup di kotaraya. Sebelum ini kehidupan agak selesa di kawasan yang tidak sesak di Kelantan. Ianya tidaklah sama, dan tersangatlah berbeza, lagi-lagi zaman yang penuh kemaksiatan dan kejahatan. Hanya Allah yang tahu apa yang perlu dilalui sepanjang kehidupan di Kuala Lumpur. Akan rasa diri terancam walau tengok sekeliling ramai orang sekalipun, walaupun sebelum ini berada di Kelantan rasa terancam apatah lagi duduk di kawasan bandaraya yang besar. 

Hanya mampu memberikan pandangan melalui gambar-gambar sepanjang perjalanan di kotaraya Kuala Lumpur. Pelbagai aktiviti kemasyarakatan yang dapat berpengalaman menyertai seperti melawat anak-anak yatim di Madrasah Hashimiah, Selangor, membantu ibu-ibu tunggal di sekitar Bandar Tasik Selatan, membersihkan surau di Tasik Titiwangsa dan menyertai latihan pembelajaran di Johor Bahru dan sebagainya.

Gambar 1 dan 2: Program Sambutan 5 Tahun Syarikat dan Hari Raya Aidilfitri



Gambar 3,4 dan 5: Program latihan pembelajaran di Johor Bahru




Gambar 6: Aktiviti kemasyarakatan bersama ibu-ibu tunggal sekitar Bandar Tasik Selatan


Gambar 7:  Aktiviti kemasyarakatan bersama anak-anak yatim Rohingya di Madrasah Hashimiah Sealngor


Setakat ini corat-coret sepanjang aktiviti praktikal di kotaraya Kuala Lumpur. Kita akan bersambung corat-coret aktiviti praktikal di bahagian 3. Sekian wassalam.

0 Comments:

 

Copyright by © 2013 Studio Puteri Nabilah