I TOLD ALLAH I MISS YOU, THEN I JUST PRAY FOR YOU

Assalammualaikum wbt...



Pagi ini bila buka mata mesti akan melihat informasi dalam Facebook. Alih-alih ternampak satu artikel yang buat aku menarik untuk membaca sampai habis. Kisah kasih yang mungkin belum pasti atau mungkin bukan milikku. 


Bila terbaca memang sebiji kena dengan apa yang sedang aku alami. Mungkin sebab faktor umurku semakin meningkat membuat aku berfikir tentang perkara yang satu ini. Tapi bersediakah aku menjadi permaisuri buat pemimpin aku? Walau sedang sibuk menjalani kehidupan sebagai pelajar semula, ianya membuat aku tetap akan berfikir perkara yang satu ini. Pasti akan membuat perkara yang paling lelah untuk berfikir dan berfikir. 

"Should I wait for him or just leave it?"

That's question always in my mind when sometimes I miss about him a lot. When I miss him, then I will cried and just pray to Allah and leave everything to Allah to make a better choice for me. If he is the better person for my life, my religion and my future then make our heart become one, But if he is not to be mine then please take and care of my heart from miss or cried all about him. 

"Penantian itu sangat meletihkan. Tapi untuk melupakan sangat sukar untuk dilakukan. Dan paling sukar untuk dilakukan adalah tidak tahu sama ada perlukah untuk menunggu atau melupakan."

Seorang demi seorang sudah bergelar isteri mahupun ibu. Aku cuba tidak memikirkan soal itu, tapi hati wanita bukan mudah untuk dipujuk. Pasti akan ada rasa perasaan ingin disayangi dan dibelai oleh lelaki yang bergelar suami. Tapi itu bukan perkara yang mudah, kerana jodoh, ajal, pertemuan dan perpisahan Allah aturkan. Hanya doa penentu segalanya. 

Sebelum ini pernah mengadu juga pada sahabat rapat, mereka selalu mengatakan lupakan sahaja si dia. Memang mudah nak berkata untuk melupakan tapi bukan mudah hati dan minda ini untuk melupakannya. Banyak ciri-cirinya sudah membuat aku yakin itu dia. Tapi itu hanyalah khayalan mungkin, itu tidak aku tahu. Mungkin aku silap pada mata kasarku dan sekarang hanya mampu bersabar dan berdoa. Siapa dia di sebalik topeng yang tidak aku nampak. Siapa dia yang aku rindu amat sangat sehingga aku tidak mampu untuk ungkapkan sepatah pun pada dia. Mungkin kerana aku takut kerana ianya mungkin hanyalah khayalan syaitan yang bertopengkan manusia. Allah...

“Ya Allah, jika dia yang terbaik buat diri ku, agama ku, keluarga ku dan urusan ku pada masa kini dan akan datang, kau berilah aku kekuatan dan kesabaran untuk menunggu sampailah masa yang sesuai itu tiba. Tapi, jika bukan dia orangnya ya Allah, kau cabutlah perasaan ini, kau pisahkanlah kami dengan cara yang paling baik dan kau gantikanlah dia dengan yang lebih sesuai dan layak untuk ku.”
Artikel ini ditulis bila tiba-tiba ada sekeping artikel terpampang menjawab segala persoalan yang bermain di fikiran aku kala ini. Jawapannya aku belum tentukan untuk teruskan penantian mahupun melupakan segalanya. Andai aku mampu untuk lupakan dia pasti aku tidak terasa untuk lihat wajah dia sekalipun. Allah bawa hati ini untuk lebih mencintai dari segalanya.....
Sekian wassalam.

0 Comments:

 

Copyright by © 2013 Studio Puteri Nabilah