IT'S ALL ABOUT LIFE



Assalammualaikum wbt...

Setelah sekian lama menyimpan cerita yang mungkin orang katakan ianya mustahil berlaku, tapi percayalah dalam dunia ini tiada perkara pelik berlaku tanpa kehendak Allah. Segala perancangan kita mungkin kita rasakan terbaik, tapi sebenarnya perancangan Allah itu lebih baik untuk kita turuti. Usaha, doa dan tawakal satu perbuatan yang akan kita lakukan untuk selesaikan sesuatu permasalahan dalam kehidupan kita. Tanpa 3 perkara itu, kita mungkin lemas dalam lautan bayangan kita sendiri yang terlalu delusional. 

Adat atau budaya masyarakat Melayu dengan adat dan budaya masyarakat Islam adalah 2 perkara yang berbeza, Sepatutnya tidak boleh disamakan antara satu sama lain. Inilah permasalahan di zaman Moden yang tidak faham fakta kebudayaan masyarakat Melayu dengan masyarakat Islam itu sendiri. Sebab itu Islam mengajar umatnya pelajari agama melalui AlQuran dan Sunnah bukan dari penganutnya itu sendiri. 

Kali ini saya bertanggungjawab untuk perjelaskan apa itu Saka dan apa itu Membela. Saya bukan pakar dalam bidang ini, tapi terdapat kepelbagaian pengalaman yang pernah saya lihat, rasa dan alami sepanjang 25 tahun saya bernafas di bumi Allah ini. Kebanyakan orang Melayu hatta orang Islam di Malaysia tidak dapat membezakan 2 perkara yang saya sebutkan, Sampaikan menjadi satu salah faham di kalangan kaum keluarga dan adik beradik. Perkara inilah yang syaitan sangat suka iaitu memecah belahkan tali persaudaraan dan persefahaman antara satu sama lain. Kita ambil yang positif buang perkara negatif. 

Saya tidaklah pernah membuat sebarang R&D berkenaan 2 perkara ini. Tapi ianya berlaku tanpa di duga dan tanpa kita ketahui yang diri kita penuh dengan perkara-perkara itu. Untuk pengetahuan, Saka adalah perkara yang diwarisi dari turun temurun warisan nenek moyang pada zaman dahulu yang sedia maklum kita tahu, zaman dulu bukan mudah nak mempelajari ilmu Islam sendiri. Hal ini sebagaimana sejarah Tanah Melayu kita dahulu pun dipelopori oleh agama Hindu dan Buddha dan Animisme sebelum Islam tiba di Tanah Melayu. Jadi tidak mustahil kenapa nenek moyang kita boleh membela "Saka" tersebut. Waktu itu kalian boleh gelarkan "Saka" adalah dibela, Tapi sekiranya zaman ibu bapa, cucu cicit pada zaman era teknologi kini, kebanyakan "Saka" adalah diwarisi tanpa disedari oleh Si Pewaris. Si Pewaris memang takkan sedar sehingga Si Pewaris mencari penawar dengan bertanya kepada Allah. Allah Maha Mengetahui segala apa yang tersirat dan yang tersurat. 

Ganguan ‘saka’ adalah jin atau jin-jin yang diwarisi daripada seorang manusia kepada seorang manusia lain sama ada secara disedari atau tidak disedari, yang biasanya melibatkan keturunan. Sebenarnya, apa sahaja jin-jin atau hantu-hantu (roh sesat) yang diwarisi adalah saka tidak mengira jin keturunan, segala hantu-hantu seperti hantu raya, perbomohan, jin nenek moyang dan sebagainya. Namun bagi masyarakat Melayu, ‘saka’ lebih difahami sebagai jin/ nenek moyang yang diturunkan daripada orang yang lebih tua (datuk, nenek, bapa, bapa saudara ke bawah) kepada orang yang lebih muda yang ada pertalian darah dengannya (seperti anak, cucu, anak saudara dan sebagainya). (More Info)

Hal ini berlaku dalam keluarga saya sendiri di mana saya melihat setiap kesengsaraan dan kesakitan yang dialami oleh ibu bapa dan adik beradik sendiri. Saya melihat sendiri setiap pepecahan dan ketidaksefahaman antara adik beradik dan sanak saudara sehingga terputus pertalian keluarga dan berlakunya kehilangan yang mungkin bagi kita perkara biasa, tapi Saka walau bukan dari sudut medikal boleh juga menjadi punca kematian, dan kita tahu setiap kematian itu adalah kehendak Allah. Walaupun kita nampak ada punca dari sudut medikal sekalipun, kita tetap tidak boleh endah atau memandang enteng terhadap sesuatu perkara itu ada juga dari sudut kefahaman dalam agama. Sebagaimana kita ketahui syaitan ada sahaja di mana-mana. Sekiranya berlaku perjanjian antara syaitan dan manusia, tiada perkara yang tidak mustahil boleh berlaku. 

Perkara ini terlalu berat untuk dipercayai bulat-bulat oleh sesetengah pihak yang mungkin dari golongan intelek. Sampaikan sanggup menuduh bermacam-macam sehingga jatuhnya sebuah FITNAH!. Bukan setakat fitnah bahkan menjadi kebencian terhadap ahli keluarga sendiri sehingga tidak menghormati orang yang lebih tua. Jangan kata golongan intelek ini golongan bijak pandai dari segala segi, walhal mereka tidak faham apa terjemahan AlQuran itu sendiri. Sanggup menuduh bermacam-macam kata, sanggup melemparkan berbagai-bagai bicara sehingga menghiris perasaan sesetengah pihak. Bila mahu perjelaskan perkara yang sebenar dikatakan kita pula yang Membela, walhal Saka itu adalah warisan turun temurun, sekiranya tidak bersatu untuk membuang atau menghapuskan saka tersebut memanglah tak jadi apa-apa pun. 

Contoh situasi: 

"Ali, Ahmad dan Abu adalah adik-beradik. Ali seorang yang terlalu ego dan setiap pendapatnya perlu dituruti oleh adik-adiknya walaupun pendapatnya tidaklah betul. Ahmad pula jenis yang solatnya tunggang langgang, ilmu agamanya pula cetek. Abu pula jenis yang membawa diri, sentiasa bertanya mengenai agama, suka cari ilmu agama, jenis pendiam dan tidak melawan. Selepas pemergian ibu bapa mereka, mereka menjadi orang asing. Tidak saling berziarah, dan menjadi jauh. Abu tetap menziarahi abang-abangnya walau dia selalu sakit. Abang-abangnya tidak tahu keadaan Abu yang selalu mencari penawar untuk setiap kesakitan yang dialaminya. Apa yang abang-abangnya nampak kehidupan Abu dilimpahi anak-anak yang cerdik, kerja yang bagus dan kehidupan yang sempurna. 

Ali pula jenis ego, tidak pula turun menziarahi adik-adiknya. Inikan pula anak-anaknya untuk menziarahi bapa-bapa saudara mereka. Selalu melawan pendapat dengan adik-adiknya. Ahmad pula jenis solatnya kejap nak kejap tak. Inikan melihat AlQuran. Hidupnya dipenuhi dengan kehendak duniawi. Kerja, duit dan makan. Itulah fakta yang diterapkan dalam hidupnya. Hidupnya kontang-kanting, keluarga entah ke mana, anak-anak jenguk pun tidak. Abu tertekan dengan permasalahan yang dialami oleh adik-beradiknya dan penyakitnya yang tak sudah, Bila jumpa dengan doktor, doktor cakap sihat. Walhal apa yang Abu rasa badannya sakit-sakit sentiasa, Abu hampir putus asa untuk mencari penawar. Dari satu tempat ke satu tempat semuanya tidak serasi. Dan satu hari ada orang mengkhabarkan kepada Abu pergilah tunaikan Haji dan doalah di sana. Tanyakan kepada Allah apa yang sebenar tejadi dalam hidupnya. Dan apa penyakitnya yang tiada kesembuhan (Walau dia tahu setiap penyakit ada penawarnya kecuali mati). Saat Abu pulang ke tanah air, dia mendapat semua petunjuk satu persatu ditayangkan di layar matanya, 

Satu persatu petunjuk menunjukkan apa yang berlaku sehingga Abu berjumpa dengan seorang Ustaz yang mahir dalam ilmu Islam mengenai Alam Ghaib ini. Ustaz tersebut menerangkan satu persatu apa yang berlaku sebenarnya dalam keluarga Abu dan adik-beradiknya yang lain. Ustaz menyuruh Abu menyampaikan perkara ini kepada adik-beradik yang lain supaya bersatu untuk membuang saka tersebut. Hal ini kerana kos perubatan tersebut tidak mampu untuk dibiayai oleh Abu seorang bagi mewakili keluarga Abu dan keluarga adik-beradiknya sendiri. Abu cuba membawa perkahabaran tersebut dengan niat di hati adik-beradiknya bersetuju untuk berubat bersama-sama dan menampung kos perubatan tersebut. Tapi apa yang Abu bayangkan tidaklah seindah apa yang Abu harapkan. Adik-beradiknya saling menuduh yang Abu ini kolot dan dituduh pula membela saka. Maka dari situ berlakulah perkara yang Abu tidak pernah terfikirkan akan berlaku. Bukan setakat adik-beradik menuduh Abu membela saka, bahkan anak saudara turut tidak hormat pada Abu dan melenting kepada anak-anak Abu. Sejak dari peristiwa tersebut, Abu tidak lagi menziarahi adik-beradiknya kerana setiap kali Abu berziarah dia akan jatuh sakit yang teruk. Abang-abangnya langsung tidak ambil kisah mengenai Abu. Satu ketika, Ali telefon pada Abu, dan memberitahu dia sakit. Abu tersenyum sinis kerana apa yang dia rasa, abang-abangnya juga rasa. Tapi dengan sifat dan rasa kasihan yang tinggi, Abu tetap memberi khidmat nasihat pada abangnya Ali untuk pergi berubat. Ali sejak itu pergi berubat. Ahmad juga merasai apa yang Abu rasai. Sejak itu juga Ahmad pergi mencari penawar.

Tapi, saka bukan mudah nak dihapuskan. Ia juga memerlukan kos kewangan yang tinggi. Orang Melayu bila berkenaan duit akan menjadi lemah dan berkira. Sememangnya akan menjadi mahal, bukan mudah nak hapuskan saka, seseorang itu perlu mempelajari ilmu tersebut untuk membuangnya. Dan Ustaz yang membuang saka tersebut juga memerlukan duit untuk mencari penawar dalam perubatannya. Fikirlah positif, sedangkan kita nak cari ilmu dunia pun perlukan duit beribu-ribu, inikan pula ilmu agama dan akhirat. Ustaz itu pun perlukan duit untuk mempelajari ilmu agama, perubatan dan akhirat. Ingat senang nak cari ilmu berkenaan perkara-perkara ghaib ini? Dalam universiti pun tak ada lagi bidang berkenaan ini, Sebab hanya orang-orang tertentu sahaja boleh mempelajarinya. Oleh itu, tak perlulah berkira soal duit untuk hapuskan perkara yang negatif dan anasir jahat ini. Semua perkara ada kegagalan dan ada kejayaannya. Bukannya sekali dua pergi berubat, lepas itu fikir dah sihat. Tidak pun, dari segi medikal pun ada try and error untuk cari penawar penyakit tersebut. Kalau dalam segi medikal sekalipun nak cari ubat dan ilmu perubatan perlukan kos yang beribu-ribu inikan pula ilmu alam ghaib. 

Fikirlah setiap usaha untuk kita jauhkan segala khurafat dan syirik ini, ingat satu sahaja Allah akan permudahkan jalan bagi orang-orang yang membantu di jalan Allah. Rezeki akan ada setiap apa yang kita lakukan ikhlas. Allah sediakan ujian untuk kita hanya kerana satu perkara. Hanya kerana ingin tahu berapa banyak kerinduan kita terhadap Allah. Sebab itu setiap ujian itu ditunjukkan segala kesabaran, segala keikhlasan, segala kepercayaan dan segala keredhaan kita terhadap apa yang kita lalui. Setiap perkara ada TRY & ERROR. Sedangkan dalam pendidikan kita ada KEGAGALAN dan KEJAYAAN apatah lagi dari segi perubatan. 

Sekian sahaja coretan saya, bicara saya kali ini. Mungkin ada perkara yang membuat orang lain terasa melalui penulisan saya ini, tapi percayalah setiap apa yang saya tuliskan ini adalah perkara yang saya alami dan lihat sendiri apa yang berlaku di kalangan keluarga saya. Sikap pentingkan diri sendiri, ego tak bertempat, tiada kesefahaman, saling menuduh dan sikap panas baran yang tidak pandai dikawal. Semuanya adalah sifat-sifat yang syaitan akan bertepuk tangan. Mungkin anda adalah golongan intelektual, golongan bijak pandai, golongan kerjaya yang dipandang tinggi, tapi beringatlah setiap apa yang kalian lontarkan tanpa berfikiran matang dan positif, menjadikan anda bukan salah satu dari setiap golongan tersebut. 

Mungkin anda kata saya menuduh, saya berkata yang bukan-bukan. Tapi pelajari terlebih dahulu apa yang dimaksudkan dengan SAKA. SAKA adalah perkara yang diwarisi bukan yang dibela. Jangan sampai suatu ketika kalian merayu-rayu meminta petunjuk, meminta jalan bagaimana mahu diurusi. Sekian, wassalam.

COMEBACK WITH QUOTES ART AND DESIGN

Assalammualaikum...
Happy Sunday everyone! Today just show off my improve skill on drawing by Illustrator. Check it out!



Okay thank you for watching....

THROW YOUR EGO, PLEASE BE REALISTIC PERSON


Assalammualaikum..

Sekian lama aku tak bercerita dalam laman yang usang ini. Semoga hari ini lebih indah daripada semalam. Hari ini aku nak share satu pengalaman yang sangat menakutkan dalam hidup aku. Copy & paste dari post Facebook aku.


ACCIDENT...
("Maaf post ini sangat panjang, sila fahami, teliti dan prihatin.")





Alhamdulillah Ya Allah, kau beri aku dan kedua ibu bapaku bernafas dan bertaubat di duniaMu ini lagi. Perkara pertama kali dalam hidup aku dan kedua ibu bapaku, tiba-tiba perkara buruk ingin berlaku di saat ayah dan ibu sakit, ianya berlaku pada petang semalam (Rabu, 20 Julai 2016) di jalan menuju ke Ledang, selekoh tajam.


Perkara nak terjadi orang kata, tapi benda ini dengan izin Allah. Orang yang tak pernah alami, akan kata cerita kami ini kolot atau tahyul. Tapi percayalah perkara ghaib juga diceritakan Allah dalam Al Quran. Tak semua orang Allah boleh bagi instinct kuat untuk perkara buruk akan berlaku. Allah beri nikmat yang mungkin ada pada orang lain dan mungkin tiada pada orang lain, di saat ini Allah timbulkan rasa keraguan untuk membenarkan ibu dan ayah pergi berseorangan, maka aku membuat keputusan untuk offer diri drive kereta. Tapi ibu membantah untuk drive sendiri, aku relakan walau dari sudut hati aku dah tak berapa sedap, perasaan bercampur baur menandakan akan ada perkara buruk bakal berlaku. Dalam perjalanan dari Labis ke Felda Chempelak, memang dah rasa tak berapa sedap hati, tapi mulut ini membaca ayat-ayat terakhir dari Surah Al Baqarah yang didendangkan di corong radio kereta. Sepanjang perjalanan ayat Quran ini menenangkan jiwa aku yang risau dan resah melihat keadaan ayah dan ibu. Perkara ini terdetik bila dengar kisah dari ayah kepada sahabat aku yang pernah berlaku beberapa hari sebelum ini. Menyebabkan aku berfikiran untuk sentiasa berwaspada dan berzikir. Dalam perjalanan itu pula, di jalan Bukit Kepong menghala ke Tangkak, tiba-tiba hujan lebat secara tiba-tiba. Ibu drive kereta dalam meter yang rendah. Sebab fikir jalan licin dan jalan tak berapa nampak, kelabu. Dan waktu itu aku cuba untuk melihat di tempat duduk belakang untuk mengetahui keadaan ayah ketika itu okay atau tidak. Tapi kepala aku tidak mampu untuk berpaling ke belakang, terasa susah dan berat. Beberapa kali juga aku cuba untuk berpaling tetapi tetap terasa berat dan susah. Sampai satu saat, aku membaca ayat Kursi, dan sekuat hati aku berpaling kebelakang, aku melihat tenungan dan renungan tajam ayah sangat berbeza, cepat-cepat aku menoleh ke hadapan. Wajah itu seperti memarahi aku. Mungkin kerana aku mengikut ayah dan ibu untuk berubat. Aku dah mula tak sedap hati. Aku cuba perhatikan wajah ibu di tempat pemanduan, tiba-tiba ibu senyap tidak bersuara. Aku mula rasa risau dan cuba perbanyakkan berzikir dan mengikut alunan ayat Quran di corong radio. Saat itu juga fikiran aku mula merencanakan sesuatu sekiranya berlaku apa-apa biarlah aku pergi sebelum kedua ibu bapaku. Aku akan cuba bertindak sebaik mungkin untuk menyelamatkan mereka.


"Ya Allah jangan kau ambil nyawa mereka kerana aku belum sempat berbakti pada mereka. Berikan aku peluang."


Aku cuba sebaik mungkin untuk bertenang dari berfikiran yang bukan-bukan. Sampai beberapa selekoh aku banyak kali mengerling meter kelajuan ibu dan kaki ibu. Aku juga memerhati setiap gerak geri ibu. Aku dah start tak sedap hati. Hanya sedetik seketika, tiba-tiba di cermin depan viva aku nampak macam benda putih seperti flash kamera. Memang tiba-tiba tak nampak apa berlaku. Tapi tangan aku tiba-tiba laju memegang stereng kereta ibu ketika itu ibu kaku tak bergerak hatta bersuara. Lantas tangan ku menarik stereng kereta dari masuk ke line yang bertentangan dari kami. Waktu tu aku perasan sesuatu jalan itu memang banyak air akibat hujan lebat, tapi pergerakan seperti ditarik oleh sesuatu. Aku tak tahu kenapa secara automatik tangan aku membelok stereng tersebut menghala ke penghadang selekoh. Dan waktu itu ayah menjerit pada ibu suruh tekan brek. Waktu dan detik itu memang aku tak tahu nak cakap apa, terus mengucap ya Allah..!


Alhamdulillah, kereta tak teruk dan kami tak panik. Alhamdulillah tiada apa yang cedera dan tiada apa yang buruk berlaku. Alhamdulillah ada juga insan yang prihatin dari arah bertentangan terus memberhentikan kereta mereka untuk membantu kami. Tak tahu apa pandangan mereka nampak pada kereta dan keadaan kami. Tapi Allah aturkan keadaan kami tidak begitu teruk. Hanya Allah yang tahu waktu itu aku co-driver muka dah pucat, jantung dah macam terhenti seketika. Kereta kami tersadai di bahu jalan, ayah dan ibu keluar dari kereta dalam keadaan blank, dan aku pula stay dalam kereta kaku. Tiba-tiba aku tersedar aku tak keluar dari kereta, Bila aku keluar dua orang lelaki cuba bertanya keadaan kami, "Awak okay ke?" aku membalas "kami okay" dan masa tu kalau orang tengok keadaan kami memang macam orang tak betul lagaknya. Yelah bayangkan baru lepas accident, pastu orang tanya okay ke tak, yang kami lagaknya macam tak ada pape berlaku, pastu terus drive menonong, tak rasa macam pelik ke? Tapi dua orang pemuda tu tolong kami untuk undur kereta dan melihat lalu lintas kereta ketika itu. Terima kasih kepada dua orang pemandu tersebut walau tak kenal terima kasih sangat-sangat membantu.


Dalam perjalanan seterusnya, ibu duduk di seat belakang ayah pula yang memandu. Yang peliknya waktu tu tiba-tiba wajah ayah kembali kepada biasa yang aku nampak wajah ayah aku. Allah kuatkan ayah untuk terus drive, tak tahu sama ada ayah kesiankan ibu atau tak nak aku risau or ayah rasa dia terbeban, I don't know what the reason it is. Then sampai kat stesen minyak di area Ledang, kami check kereta tersebut. Aku perhatikan gerak geri ayah dan ibu, Alhamdulillah Allah kuatkan ayah, Allah kuatkan ibu menentang kekuatan yang jahat itu. Aku cuba untuk offer diri untuk drive kereta, tapi ayah senyap sahaja. Aku tak puas hati, tapi aku tak mampu nak cakap apa-apa, mungkin ayah kenal aku macam mana. Tapi aku dah surrender apa-apa berlaku aku akan drive! Allah nak tetapkan ayah juga drive, sepanjang perjalanan ke Melaka aku cuba bacakan ayat-ayat Al Quran di belakang ayah. aku berdoa semoga Allah kuatkan ayah. Alhamdulillah dalam pukul 6.00 sampai juga kami di pusat perubatan Islam di Melaka. Ustaz Hedzer banyak bantu keluarga kami. Dalam waktu berubat ustaz ceritakan segala-galanya apa penyakit ayah dan ibu. Dan apa yang berlaku di pertengahan jalan tadi pun ada kaitan juga dengan sakit ayah. Rupa-rupanya ada benda menumpang di belakang kereta kami dan cuba menghalang kami dari berubat. Patutlah wajah ayah tampak garang seperti memarahi aku, mungkin aku dia nak uji.


Di saat ini aku mula merasa kasihan melihat ayah dan ibu. Kenapa mereka selalu kena dan sakit sebegini, sedangkan semua benda itu sudah dibuang bersih, ustaz pun dah cakap dan selalu check keluarga kami. Tapi aku cuba berfikiran positif ini adalah salah satu ujian Allah buat kami semua. Beberapa kali nyawa kami terancam hanya kerana benda saka dan sihir orang. Aku tak tahu apa yang orang tak puas hati dengan kami. Sedangkan kami adik-beradik dulu semua orang canang kami tak pandai, kami tak bijak, dan kami tidak cantik. Selalu membanding-bandingkan kami (inilah masalah kalau jadi anak CIKGU!) Lali aku dengar orang mengejek kami. Ayah dan ibu hanya terasa dan memendam rasa di hati. Kami bersabar dan terus bersabar apa yang orang nak buat pada kami. Kalau nak diceritakan memang sangat berjela-jela.


Hari ini menjadi pengajaran buat kami. Syukur Ya Allah kau selamatkan aku dan kedua ibu bapaku dari kecelakaan ini. Rupa-rupanya inilah pengalaman yang berlaku pada orang yang ketika kemalangan dan di saat maut nak datang. Saat ini dan ketika ini jantungku masih berdegup laju, mengingat perkara petang tadi. Doakan ayah dan ibu ku sihat dan dilindungi dari hasil kecelakaan ini. Aku dah penat nak mengingatkan orang lain, buanglah saka kalian...elaklah diri dari cemburu dan menyihir orang lain...tolonglah jangan buat orang lain sengsara.


Post ini sebagai peringatan dan pengajaran, don't judge people by their personalities. Bukan nak menyalahkan tapi buanglah ego itu. Jangan kerana ego orang lain sengsara. Tolonglah cari alternative untuk buang saka anda. Susah kalau nak ziarah orang kita pula yang terkena. Sebab itu jangan marah ayah dan ibu kami sekiranya kami tidak mampu mengunjungi rumah anda. Ada sebab musababnya kenapa kami tidak boleh ziarah kalian. Memang ajal dan maut di tangan Allah, tapi ingatlah mencegah lebih baik dari mengubati betul kan?


Aku harap andai ada orang sekeliling baca post ini dan maka fahamilah. Bukan kami tak mahu, tapi keadaan tidak mengizinkan. Sebab itu bila orang mengata, kami tadah saja telinga kami, sebab kalian tidak pernah kena dan mengalami apa yang kami rasakan. SAKIT!


BUANGLAH SAKA KALIAN.....JANGAN EGO!
ELAKLAH MENYIHIR ORANG LAIN....JANGAN CEMBURU!
TOLONGLAH JANGAN ANIAYA KAMI LAGI...REZEKI ALLAH ADA PADA SETIAP HAMBANYA...


FALLING IN LOVE - MUSIC

Assalammualaikum wbt..



Once again I want to post something in my mind. I don't know why I can falling in love by R&B, Rap genre in music world. I love a few artist are famous in Asia and world maybe. KPop is best music genre for rapping and R&B I had been love for a long time. 

1. BIGBANG



2. iKON



After that I was found out about Malay Pop music from my country have the best rapper man and woman. 

3. SONAONE


I love the song "No More and Firefly"

4. DE FAM


Their song is very excited "Supergirl and With You"

Now, I am starting like the music genre from C-Pop which is both of them are famous during their time with EXO, but I am not a fan for them, until after the two of them create their own music in chinese version it make me feel excited to hear their songs!

5. LUHAN 



6. Z.TAO



At the end, music can make people to get freedom to life in their own style without worried anything. Even though, the problems always behind us every time, everyday and every what we are doing. Just do what you want in your life, and your family is always beside you.

WELCOME BACK A NEW MYSELF

Assalammualaikum wbt...

Hello everyone! Who is still read my blog until now even I'm not active almost for 1 year maybe. Right now, I'm really busy to finish my further study in master's level and also complete my part time job as a kindergarten teacher. 

There is more story I want to tell you all about, but I don't know how to begin my story at here....

Nothing special but there is something new and fresh I would like to share and keep in my memory. From zero to something, from nothing to everything. I am just an ordinary woman who want to love by someone and to love someone. 


Everyone have their own future ambition and mission to accomplish. There is my bucket list to achieve my future strategy planning.

1. I want own my business in art and design studio
2. I want to travel the whole world
3. I want to make some sweet as candy memory in my life 
4. I want a man who can guide me to Jannah and make me happy until the last breath
5. I love music just to hear and keep in my mind to release my pressure and stress

Other than that, I don't want to sit silently in my own room just watching the whole world. I love KDrama, KPop, KVariety Show, CPop, MPop.....all of them give me more ideas to achieve something. It's awesome!


Black is awesome too even it is too dark in darkness.

Begin in year 2016, May 14.







 

Copyright by © 2013 Studio Puteri Nabilah