DILEMA DALAM PILIHAN 2

Assalammualaikum wbt..


Sebelum ini aku dah ceritakan benda ni, tapi mungkin cerita yang sebelum ini tak berapa nak teratur, jadi aku aturkan balik cerita ni...hahaha....(sebenarnya tak ingat pun dah cerita kah3x)

Dilema dalam pilihan

Kali ini aku nak bercerita mengenai pengalaman aku dalam membuat sesuatu pilihan. Semua orang pernah mengalami dilema dalam memilih sesuatu perkara betul tak? Tak kiralah dalam pendidikan, pekerjaan hatta dalam perkahwinan. Semuanya memerlukan sebuah perbincangan secara terbuka dan buatlah perbincangan bersama pencipta kita, Allah SWT. Kerana sebaik-baik perancangan yang kita cuba aturkan dalam hidup kita semuanya ditentukan Allah sejak di Luh Mahfuz lagi. Rezeki kita sentiasa ada tak kira cepat atau lambat, sedikit atau banyak, dekat atau jauh semuanya ada kerahmatan dan kebaikannya untuk kita. 

Sebagaimana cerita yang aku nak sampaikan kali ini adalah dari pengalaman aku sendiri. Ini adalah perkara terbesar mungkin yang perlu aku buat pemilihan antara pekerjaan yang mana kau perlu pilih antara dapat gaji lumayan vs perkara yang kau minat vs pengalaman yang baru. Kalau nak ikutkan ekonomi zaman sekarang ini, sudah tentu ramai fresh graduate lebih memilih untuk bergaji tinggi, betul tak? Memang nafsu dunia tak akan pernah habis. 

Setelah mengganggur selama hampir 8 bulan sejak bulan Julai yang lalu seusai habis pengajian di peringkat Sarjana, aku sedaya upaya nak kerja cepat. Aku mula misi aku untuk mencari kerja tak kira jawatan apa pun aku terima asalkan aku tidak susahkan ibu dan ayah aku lagi. Dan ditakdirkan aku dipanggil interview di sebuah syarikat iaitu Muslim Volunteer Malaysia (MVM) sebagai Eksekutif Program, tapi waktu tidak mengizinkan aku untuk pergi ke tempat temuduga tersebut sebab urusan adik aku nak masuk UNISZA. Ayah tak benarkan aku pergi Puchong seorang diri tanpa teman. Aku terpaksa lepaskan peluang tersebut untuk menghormati keputusan ayah aku walaupun ibu aku bagi lepaskan. Aku pada mulanya tak redha pun dengan keputusan ayah aku, tapi bila dah slowtalk dan face to face dengan ibu, ibu cakap ayah tak nak aku bekerja lagi. Dia nak aku rehat dulu dari kepenatan aku belajar sambil bekerja dulu waktu aku sambung pengajian Sarjana kat Shah Alam. Dia tahu aku letih dan penat sebab tu dia suruh aku rehat puas-puas sebelum job hunting seterusnya. 

Then, dalam bulan 10 yang lalu, ibu balik dari sekolah terus maklumkan pada aku ada interview terbuka kat Johor Bahru iaitu SL1M. Aku memang happy laa bila dapat tahu ada temuduga SL1M nie. Aku pun tanya-tanyalah sapa-sapa kawan aku nak join pergi sekali. Then kitaorang pun pergilah kat sesi temuduga tersebut. Tempat pertama yang aku tuju adalah Tabung Haji. Aku tak tahu apa yang best kat Tabung Haji tu sebab dari zaman universiti lagi aku aim tempat tu nak praktikal tapi tak dapat hahaha....tapi ada hikmahnya aku tak dapat, aku belajar benda yang aku paling minat degan lebih mendalam lagi dengan company yang aku pilih tu. Selain Tabung Haji, aku mohon gak SL1M under Khazanah Nasional dan TM. Lepas tu, aku melanguklah kat rumah tanam anggur lagi dari bulan 11 sampailah bulan 3 yang lalu ni, aku dapat 3 tawaran serentak cuma hari yang berbeza.

Pertama sekali, aku nampak iklan kat FB ada jawatan kosong untuk Sales Admin + Designer untuk event management under Karnival Geng Masjid (KGM) kat Setia Alam dengan gaji basic RM1500, then aku grab jela offer tu, mana tau dapat kan. Tup..tup majikan tersebut reply email, dia test aku punya skill untuk design macam-macam. Aku pun tonjolkanlah segala skill yang aku ada ni dan forward kat dia. Tak tahulah kepuasannya macam mana, then dia offer tawaran interview. Kalau nak tahu, inilah interview paling sempoi aku pernah pergi. Dalam banyak-banyak interview aku pernah pergi tak ada pun kena interview kat Secret Recipe. Waktu dalam perjalanan nak pergi interview tu, aku terima satu mesej masuk dalam Whatsapp aku, di mana sebelum ni aku pernah try untuk kerja kat Nexpert Academy sebagai IT Support di Petaling Jaya dengan gaji basic RM3K. Waktu inilah aku dah dalam dilema, belum pergi interview lagi ni untuk KGM, padahal tengah on the way dah ke Shah Alam. Then my mom said, we just going to interview and ambil experience from that. Aku ikutkan nasihat ibu aku. Walau dalam kepala otak aku ni dipenuhi hasutan dahsyat syaitan supaya ambil kerja yang gaji tinggi sikit tu hahaha....

Waktu tu Nexpert Academy pun belum attach document untuk pengesahan lagi. Jadi tak nak lah yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran betul tak? Aku pun grab dua-dua tawaran tersebut. Masa interview KGM tu aku dah dapat agak aku confirm dapat. Cumanya keputusan itu kata majikan tersebut dalam 2-3 hari dia akan bagitahu. So aku hold dululah kan. Aku pun tanya lagi kat ibu, pasal Nexpert Academy ni macam mana. Untuk pengetahuan, sebelum aku pergi interview KGM tu aku dah buat istikharah. Aku doa berilah keputusan yang terbaik untuk aku. After interview KGM settle, Nexpert Academy dah minta details aku untuk keluarkan surat tawaran tersebut. Aku dilema dan dilema. Aku bincang dan terus bincang semasa on the way nak balik Johor. Dalam lepas Asar macam tu, tetiba Tabung Haji call tanya nak tak join SL1M. Agak-agak apa reaksi aku bila dengar benda tu? Of course laa happy kan boleh pilih tempat cawangan mana kau nak antara Pontian, Johor Bahru, Segamat dan Kota Tinggi. Semestinya aku pilih Segamat hahaha...Dalam waktu tu aku still confius sebenarnya, sebab aku berharap giler dapat kat KGM tu sebab kerjanya benda yang dah lama aku minat dan aku tunggu untuk dapat. Tapi ianya menjadi satu beban untuk aku berfikir dalam memilih yang terbaik. Bila aku senyap sekejap aku terfikir ini mungkin jawapan yang Allah beri pada aku adalah yang terbaik, di saat aku dilema memilih antara KGM dengan Nexpert Academy, Allah bagi rezeki lain iaitu Tabung Haji.

Ibu lagilah gembira bila dapat tahu aku dapat Tabung Haji, memang niat dia nak sangat ada anak sorang masuk Tabung Haji walaupun sebagai SL1M Trainer. Jadi aku buat keputusan ikut pilihan ibu dan mungkin ini jawapan yang terbaik yang aku minta dalam doa aku tu. Dalam tengah gembira tu, esoknya pula dapat jawapan daripada KGM yang aku berjaya dapat pekerjaan sebagai designer tu. Owh masa tu hati aku berbelah bagi sangat-sangat. Sebab aku tahu confirm masuk Tabung Haji aku kena belajar pasal kewangan yang merupakan perkara baru buat aku untuk aku belajar lagi berbanding dengan designer yang memang terang-terang minat dan kemahiran yang aku paling tinggi yang aku ada dalam diri aku. Tapi aku cuba sedapkan hati aku untuk membuat keputusan mencabarkan diri sendiri ceburi bidang yang bukan bidang kau. Yes benda ni memang berat aku nak buat keputusan. Aku kalau benda-benda macam ni memang menangis ajelah keje aku. Ibu ayah dan banyak kali tanya ikutlah apa yang aku rasa minat dan mampu, buatlah keputusan sendiri. Waktu tu aku dilema dengan kewangan sebenarnya. Kalau nak diikutkan gaji RM1500 duduk dengan mak ayah vs duduk rumah sewa, better kau pilih duduk dengan mak ayah sekurang-kurangnya duit elaun kau dapat tu boleh simpan jadi modal bisnes sendiri nanti, yes aku terfikir benda ni, dan buat keputusan untuk teruskan cuba menceburi bidang yang baru ini.

At least, aku ada untuk jaga ibu dan ayah di saat adik beradik aku semua duduk berjauhan sekarang ni, aku je yang dapat rezeki duduk depan ibu ayah lagi. Mungkin ini jawapan terbaik dari Allah untuk aku berkhidmat dan berbakti untuk ibi ayah setelah sekian lama aku merantau di negeri orang selama 5 tahun. Jadi kat sini aku nak nyatakan kepada awak-awak yang rajin membaca di blog ini dengan penuh ketabahan dan kesabaran, untuk memilih dan membuat decision tu, bincang dengan ibu ayah, kawan-kawan (kalau ada kawan yang positif lagi bagus), adik beradik dan lastly buatlah istikharah minta petunjuk dari Allah mana yang terbaik untuk kau, agama kau, hidup dan mati kau, keluarga kau...dan lain-lain. Sekian sahaja coretan bicara hati aku untuk kornag semua. Wassalam.

PERTEMUAN TANPA DIJANGKA, PERPISAHAN YANG DIJANGKA

Assalammualaikum wbt..

Today I want to tell you about my beautiful memories during training courses under Tabung Haji on 27 March 2017 until 4 April 2017. In 9 days, I'm done build a friendship between my new friends from different states, different faculty, different lifestyle, different universities, and all are different. But, aku dikelilingi insan-insan yang baik-baik dan sangat sporting dalam bekerjasama membantu aku ketika aku dilantik ketua dorm dan latihan dalam kumpulan. I'm very appreciated for being my dorm mates, team mates and my friends. Then, let's check it out through pictures at below:



















I hope that our friendship never end here. May Allah bless our life with His Rahmat and Rahman...
Thanks for everything that I get from here. Thanks for being nice and good friend to me even you all don't know who am I and who you are for me but Allah meet us to share everything here and till Jannah..amiin...Wassalam.

KEINDAHAN ITU SATU KESYUKURAN

Assalammualaikum wbt..

Salam buat semua pembaca blog yang setia. Mungkin ada yang sudi membaca, mungkin hanyalah sudi melawat blog untuk melihat keindahan dari mata. Baru-baru ini, terdapat banyak perkara berlaku dalam masa satu minggu membuat aku belajar bagaimana memilih yang terbaik. Perkara pertama yang paling buat aku terlalu excited bila dapat panggilan temuduga bekerja di Setia Alam sebagai Designer. Perkara kedua pabila aku layak untuk menjalani training di Kuala Lumpur sebagai IT Support. Dan yang ketiga perkara yang merupakan harapan ibu ayah dan juga aku nak mendapat tempat di Tabung Haji, Alhamdulillah rezeki datang dalam secara mendadak tanpa aku duga dan bersedia untuk membuat keputusan.

Di sini aku nak abadikan kenangan aku bersama ibu ayah dan adik bongsu melawat di Pulau Langkawi. Jom tengok!





















Next article, I will tell you about my experience with new friends and new environment before training at Tabung Haji. Now thank you a lot to spend your time to read and visit my blog. Wassalam.

DILEMA DALAM PILIHAN

Assalammualaikum wbt..



Alhamdulillah bersyukur aku kepada Allah dikurniakan oleh orang-orang yang baik di sisiku. Selama 8 bulan aku menanti dan menanti panggilan yang aku perlukan untuk memulakan lubuk rezeki aku. Setiap orang berbeza rezekinya termasuk aku. Tatkala, sahabat-sahabat aku di ambang perkahwinan, di bahtera kekeluargaan, aku masih di sini dan bersendiri menanti status yang dinantikan. Dalam waktu penghujungnya bulan Mac 2017, aku dihujani pelbagai tawaran kerja yang mungkin membuatkan aku dalam dilema. Antara minat dan kewangan. 



Pertama kali aku mencuba nasib memohon satu kerjaya yang memang aku minati sejak dari azali lagi, dan impian aku serta matlamat aku punya satu iaitu memiliki galeri sendiri. Kerjaya yang aku ingin ceburi adalah graphic designer. Tapi disebabkan aku bukanlah dikalangan yang mahir serba serbi dan masih memerlukan tunjuk ajar, ada secubit perasaan rendah diri untuk mencuba bidang ini. Aku yakin di hadapan majikan yang bakal mengambil aku berkerja tapi hakikatnya aku masih ada secubit perasaan khuatir dengan bidang yang aku minat. 

Khamis, 23 Mac 2017 aku bertemu dengan bakal majikan aku untuk ditemuduga. Saat itu harapan aku setinggi gunung untuk mendapatkan apa yang minat. Alahmdulillah sepanjang temuduga tersebut aku lancar berkata-kata tanpa perasaan gemuruh, cumanya aku kekurangan keyakinan untuk meneruskan segala minat aku pabila ditanya soal editing video dan designing yang formal. Aku boleh buat cumanya aku perlukan dorongan dan sokongan. Penemu duga aku seorang yang humble bagi aku sebabnya pertama kali aku pergi temu duga di Secret Recipe, Setia City Mall. Tak seperti sebelum ini kebanyakannya di pejabat masing-masing. Dalam waktu yang sama sebelum aku pergi temuduga tersebut aku mendapat satu panggilan yang ditunggu-tunggu aku. Panggilan kerja dengan gaji lumayan gaji basic RM3K, kalau nak diikutkan kehidupan di bandar dan keadaan sekarang ekonomi tak menentu pasti ramai ambil kewangan sebagai jalan penyelesaian. Tapi aku masih terus dalam dilema. Ibu dan ayah hanya mengikut keputusan aku. Aku berbelah bagi antara minat dan gaji yang lumayan. Waktu itu hati aku tergerak untuk bekerja sebagai designer kerana itu minat aku dan kekuatan aku, tapi kepala aku memikirkan dan mengira-ngira bagaimana pula kos kehidupan aku untuk membiayai hutang PTPTN, bayaran kereta (bila kereta dah ada nanti), sewa rumah, bil air, api dan internet semuanya kos tinggi perlu dikeluarkan. Aku berfikir dan terus berfikir untuk penyelesaiannya. Ibu menyuruh aku buat solat istikharah mohon petunjuk dariNya. Bermesyuarat dan perbincangan sudah dilakukan antara ibu dan ayah. Aku follow apa yang Islam ajar pada aku di saat aku dilema apa yang perlu aku lakukan untuk mendapat yang terbaik dan keredhaan dari Allah. 



Selepas usai Solat Subuh, sebelum pergi temu duga, aku beristikharah memohon petunjuk dari Allah, bukan dari mimpi malahan dari segi lain Allah beri aku jawapan yang mudah. Aku berdoa, permudahkanlah segala urusan aku. Aku tidak berkata yang mana satu perlu aku pilih tapi aku memohon permudahkan segala urusan aku. Usai sahaja berdoa, aku bersedia untuk pergi temu duga dengan fikiran yang terbuka dan hati yang lapang. Berfikiran positif mungkin ini jawapannya kerana ianya dipermudahkan urusan untuk ibu dan ayah menemani aku pergi ke sesi temu duga tersebut. Selepas aku di temu duga, aku berasa lega dan yakin ini mungkin jawapan yang aku pasti dapat tawaran kerja ini. Dalam perjalanan pulang aku tak berhenti bercerita itu ini dan berbincang bagaimana pula nak cari penginapan dan penganngkutan. Dalam bercerita dan bercerita tanpa dijangka, ada tertera satu panggilan nombor pejabat. Aku terus menjawab panggilan tersebut dan ianya membuatkan penantian aku berakhir. Aku dapat panggilan latihan SL1M Tabung Haji. Pada awalnya memang itu harapan ibu ayah nak aku bekerja di bawah Tabung Haji sejak dari zaman belajar di universiti lagi. Walau hakikat sebenar ayah aku lebih menyuruh aku menjadi seorang pensyarah. Aku terpaksa meredhai harapan ayah dan ibu kerana aku tahu keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibu dan ayah. Apa sebab aku rela mengikut apa sahaja yang ibu ayah cadangkan, sebabnya apa yang aku rancangkan tanpa keredhaan mereka berdua, segala kerja aku jadi tak menentu dan kelam kabut, Bila aku follow apa yang mereka harapkan Alhamdulillah semuanya smooth je perjalanannya. Sebab itu walaupun hati aku kuat memberontak tapi aku tak boleh nak menafikan hak mereka berdua. Mungkin kali ini tugas aku sebagai anak untuk sentiasa berdekat dengan mereka setelah 5 tahun merantau di negeri orang untuk menimba ilmu. 

Mungkin bila kamu kamu yang sudi membaca al kisah aku ini, akan merasakan aku bodoh memilih SL1M yang belum tentu kau dapat serap atau tidak. Tapi aku percaya pilihan ke 3 ini jawapan paling kuat untuk doa yang aku minta. Sebabnya aku training 6 bulan dengan elaun RM1500 sebulan, dan berdekatan dengan rumah aku dan mudah aku nak pergi kerja sebab ibu benarkan pinjam kereta dia sementara tunggu process pembelian kereta 2nd hand. Dengan harga itu aku boleh kumpul duit aku untuk jadikan modal berniaga kecil-kecilan. Aku tidak perlu mencari rumah sewa, membayar bil-bil dan makanan pun tak perlu difikirkan kosnya. Itulah kemudahan urusan yang mungkin Allah beri untuk aku sebagai jawapan kepada doa yang aku minta. 

Walaupun hati ini berat menolak tawaran kerja sebagai designer, dan rasa serba salah kepada penemu duga tersebut, tapi aku perlukan berfikiran sebegini supaya ibu ayah tak perlu risau nak menyediakan pengangkutan segera dan wang tambahan untuk menampung bayaran kehidupan aku lagi. Cukuplah aku 5 tahun (3 tahun degree dan 2 tahun master) di negeri orang dengan hasil duit peluh ibu ayah menanggung lebih untuk aku selama 26 tahun ini. Sebab itu aku buat keputusan demi kebaikan semua orang dan kebaikan untuk aku juga, aku positif diri aku, untuk mencabar dalam jangka masa 6 bulan ini aku kumpul duit dan bersungguh-sungguh unutk mendapat apa jua position dalam Tabung Haji. Doa ibu Insyaallah makbul.

Setiap orang ada jalan cerita dan ada dilema dalam kehidupan. Bukan senang nak memilih. Ada Pros dan Cons. nya. Dan aku melibatka diri mencuba yang terbaru dalam bidang yang mungkin tak nampak minatnya dan belajar dari latihan yang disediakan oleh pihak Tabung Haji ini, mungkin ini yang terbaik untuk aku lebih mendekati diri kepada Allah. Aku menyayangi dan mencintai ibu ayah aku. maka aku cuba kerjakan apa yang dicintai oleh mereka, kerana aku percaya setiap apa yang keluar dari mulut mereka dan hajat mereka pasti Allah permudahkan segala perjalanan yang bakal aku lalui nanti.

Sekian wassalam.


 

Copyright by © 2013 Studio Puteri Nabilah