CINTA SATU ILUSI ATAU REALITI

Assalammualaikum w.b.t




Hari ini aku nak cerita sedikitlah mengenai pengalaman aku sendiri yang menghadapi cinta ilusi dan cinta realiti. Cinta bukan mudah nak diungkap dengan kata-kata yang manis, bukan mudah juga untuk dipaparkan dengan anggota badan bahkan bukan mudah untuk kita luahkan dengan niat di hati. Bukan mudah untuk kita tahu apa itu cinta yang sebenarnya. Adakah ia satu ilusi sebuah perasaan yang menodai kita untuk lupakan semuanya atau sebab realiti yang membawa kita dihanyut noda dunia? Ini yang ingin aku rungkaikan pada episod kali ini.

Cinta pertama selalunya indah pada kali pertama tapi membuatkan engkau hanyut bila cinta itu bukan satu realiti tapi satu ilusi dari permainan dunia. Ingin ketahui cinta ilusi itu apabila kau jatuh cinta kau membayangkan perkara yang sweet akan berlaku walhal disebaliknya adalah perkara yang akan membuatkan kau tak keruan, resah gelisah dan rasa sakit hati lebih menerjah. Cinta realiti perkara yang tidak akan wujud kerana setiap orang ada ujian dan musibah di setiap kebahagiaan itu. 



Pernah tak korang approach someone to be your husband? Aku pernah buat kerja gila ni, konon nak meminanglah, alih-alih kena reject. Konon dalam hati kuat tapi tak kuat pun. Just remind myself, bila benda ni akan berlaku lagi, tolonglah jangan approach lelaki terlebih dahulu melainkan ciri-cirinya itu tepati syarat dalam diri kau. Perkara yang paling aku benci bila kena kenen2 dengan orang lain. Jangan ingat dalam hati tak mudah cair, jiwa seorang wanita terlalu lembut untuk jatuh cinta dengan mudah. Aku cuba remind diri sendiri jangan jadi bodoh lagi dipermainkan hati dengan seorang lelaki hatta dipemainkan dengan kata-kata orang-orang sekeliling. Benda tu tipuan semata-mata.

Dulu aku pernah dikenen2kan oleh orang-orang disekeliling aku, mula-mula aku buat tak kisah tapi lama-lama hati dan diri ini jadi terperasan konon ada orang suka aku, padahal orang itu dan orang disekeliling itu sedang mengejek aku untuk aku jadi malu di khalayak ramai yang aku jatuh cinta. Benda inilah buat aku jadi serik untuk jatuh cinta lagi. Bukan mudah nak move on, dalam banyak-banyak orang sekeliling aku yang ada waktu aku jatuh adalah ibu ayah dan adik beradik, orang lain? Hurmm usah cakaplah diorang semua macam semut, nampak ramai tapi semua menjauh bila benda sweet tu dah habis. 

Jadi untuk jadi seorang wanita yang hebat cuba move on dari segala-galanya. Cinta untuk lelaki bila lelaki itu sah menjadi suami buatmu. Jodoh, kita pun tak tahu siapa jodoh kita walaupun sudah berkahwin sekalipun jangan 100% akui itu jodoh kita, sebab ajal kita, kita pun tak tahu inikan pula jodoh kita. Adakah jodoh kita dengan kematian atau kelalaian bercinta dengan insan yang belum kita tahu dia jodoh kita? Jadi manusia ni jangan mudah dengar cakap orang sangat. Lagi-lagi bab-bab mencari jodoh. Jangan jadi bodoh untuk benda yang remeh temeh.

Cari semula cinta hakiki dan abadi, iaitu cinta Allah dan Rasul, kerana ia kekal dan tidak menyakitkan walau kau sedang sendirian. Kerana Allah sayangkan dan cintakan hambanya yang selalu ingat padaNya. 

0 Comments:

 

Copyright by © 2013 Studio Puteri Nabilah